4 research outputs found

    Kebimbangan Prapertandingan dan Orientasi Matlamat Dalam kalangan Peserta Merentas Desa

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kebimbangan prapertandingan dan orientasi matlamat di kalangan peserta merentas desa. Subjek kajian ini terdiri daripada peserta merentas desa (N-464) yang mewakili negeri masing-masing dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi tahun 2003. Peserta-peserta terdiri daripada peserta lelaki (N=237) dan perempuan (N=227) yang benunur antara 13 hingga 18 tahun (min=15.58).S emua subjek memberi maklum balas menggunakan sod selidik Competitive State Anxiety Inmtory-2 (SCAI-2; Martens, et.al. 1990) dan Task and Ego Orientation in Sport Questionnuire (TEOSQ; Duda & Nicholls, 1992).Hasil analisis min dan sisihan piawai mendapati, kese1uruha.n peserta merentas desa MSSM menunjukkan tahap kebimbangan prapertandingan (M-64.32, SD=8.3 1) yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan kebimbangan kognitif, kebimbangan soxrliitik dan keyakinan diri pada tahap yang sederhana. Pesertapeserta merentas desa juga cenderung kepada corak orientasi matlamat yang berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian menunjukkan kebimbangan prapertandingan peserta merentas desa bawah 15 tahun (M=64.45,S Dz8.30) dan bawah 18 tahun (Mz64.19, SD-8.34) pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan ketiga-tiga subskala kebimbangan prapertandingan bagi peserta bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun pada tahap yang sederhana. Peserta hagi kedua-dua kategori juga cenderung kepada corak orientasi matlamat yang berorientasikan tugasan. Hasil daripada analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signSkan @ > .05) bagi subskala kebimbangan prapertandingan bagi peserta bawah 15 tahun dm bawah 18 tahun yang berlainan jantina dan berbeza pengalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan @ > -05) bagi subskala orientasi matlamat bagi peserta bawah 15 dm 18 tahun yang berlainan jantina dan berbeza pengalaman.Dapatan kdian ini juga mendapati wujud hubungan yang s@Skan antara kebimbangan prapertandingan dan orientasi matlamat bagi peserta bawah 15 tahun (r=.l68, p.05) dan bawah 18 tahun (p.271, p.01). Bagi peserta bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun didapti wujud hubungan yang siguifikm antara orientasi tugasan dengan kebimbangan prapertandingan, kebimbangan somatik dan keyalrinan diri manakala urientasi ego mempunyai hubungan yang signihkan dengan kebimbangan somatik. Orientasi ego bagi peserta merentas desa bawah 15 tahun mempunyai hubungan yang negatif dengan keyakinan diri. Hasil analisis regrasi berganda stepwise menunjukkan orientasi tugasan adalah faktor peramal bagi kebimbangan prapertandingan peserta merentas desa bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun MSSM. Kajian ini telah menunjukkan bahawa instrumen kajian SCAI-2 (Martens, et.al. 1990) dan TEOSQ (Duda 8a Nicholls, 1992) sesuai diaplikasikan dstam mengkaji kebimbangan prapertandingan dan corak orientasi matlamat di kalangan atlet di Malaysia

    Perubahan prestasi fizikal dan tumbesaran dalam kalangan murid berumur di antara 9 hingga 12 tahun

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan prestasi fizikal dan tumbesaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan berumur antara 9 tahun hingga 12 tahun. Kajian ini adalah berbentuk rentas silang (cross-sectional) melibatkan sampel sebanyak 400 orang (murid lelaki=200, murid perempuan=200) yang dibahagikan kepada empat kumpulan umur (9 tahun, 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun). Petunjuk tumbesaran didalam kajian ini adalah ukuran tinggi berdiri urid. Enam ujian prestasi fizikal dijalankan untuk menguji tahap prestasi fizikal murid iaitu ujian tekan tubi (TT), ujian lompat jauh berdiri (LJB), ujian lari pecut 30 meter (LP), ujian duduk jangkau (DJ), ujian lari ulang alik (LUA), dan ujian bleep (UB). Dapatan kajian ini menunjukkan tumbesaran puncak pelajar lelaki berlaku ketika berumur antara 9 tahun hingga 10 tahun iaitu meningkat sebanyak 9.1 cm. Manakala, tumbesaran pesat pelajar perempuan berlaku ketika berumur 10 tahun hingga 11 tahun dengan peningkatan sebanyak 7.6 cm. Perubahan prestasi fizikal pelajar lelaki meningkat seiring dengan proses tumbesaran dan perubahan prestasi fizikal pelajar perempuan menunjukkan kemerosotan prestasi seiring dengan proses tumbesaran. Selain itu, perubahan terhadap prestasi fizikal berlaku pada umur yang berbeza bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Secara keseluruhannya, tumbesaran (tinggi) pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi fizikal bagi kumpulan umur 9 tahun hingga 12 tahun

    Different performance characteristics among students in Malaysia

    Get PDF
    The main aim of this study is to examine and define performance characteristics for the male students and female students in 3 types of school in Malaysia. A sample of 1083 students (male=625, Female 458) age between 13 years to 16 years participated in this study. The students are from 3 different types of school, namely National Sport School (n=300), State Sport School (n=333) and Normal School (n=450). There were 190 male and 110 female from National Sport School, 210 male and 123 female from State Sport School. Meanwhile, there were 225 male and 225 female from the Normal School. The students from National Sport School and State Sport School consists of young athletes. Meanwhile, the students from Normal School just ordinary students with various backgrounds. Height and weight measurement is to indicate students’ anthropometry measurement. Furthermore, the students have been tested with 6 physical fitness tests to indicate their physical performances (standing broad jump, sit and reach, 30-meter sprint, 7 level sit-up, 10-meter shuttle run, bleep test). The results of this study show that anthropometry measurement and physical performance test can be used to discriminate between students in the different type of school (NSS, SSS, NS). Besides that, this study showed that there were different performances in the physical test among students, which can help to discriminate students into the different school

    Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh kematangan biologi(KB) terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia.Pengaruh KB terhadap prestasi motor ditentukan dengan membanding skor prestasi motor (lompat jauh berdiri, bangkit tubi, lari ulang-alik, duduk dan jangkau, lari pecut 10 dan 30 meter, tekan tubi dan ujian bleep) antara murid terpilih dan murid tidak terpilih. Status KB dianggar berdasarkan peratus ramalan tinggi dewasa yang diperoleh menggunakan kaedah tidak invasif oleh Khamis dan Roche (1994). Kajian berbentuk cross-sectional ini melibatkan 840 subjek lelaki (n=528) dann perempuan (n=312) yang dikategorikan kepada lima kumpulan umur (13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun). Sebagai tambahan, beberapa pemboleh ubah (tinggi, berat, tinggi duduk, peratus tinggi duduk tinggi berdiri, panjang depa tangan, peratus lemak badan, jisim lemak badan, jisim bebas lemak, amalan aktiviti fizikal, masa latihan, pendapatan keluarga, lokasi kediaman) diukur dan diperoleh bagi mengawal perbezaan yang wujud antara subjek bagi penganalisisan data. Semua ujian dan pengukuran dijalankan berdasarkan prosedur pengukuran piawai. Analisis statistik dijalankan secara berasingan berdasarkan jantina dan kumpulan umur kerana terdapat perbezaan signifikan antara jantina dan kumpulan umur bagi semua pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bilangan murid lelaki matang awal lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi setiap kumpulan umur. Sebaliknya, bilangan perempuan matang awal lebih ramai dalam kumpulan tidak terpilih bagi umur 13 tahun, 16 tahun dan 17 tahun. Bilangan perempuan matang lewat lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi umur 16 tahun dan 17 tahun. MANOVA menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) bagi prestasi motor antara murid terpilih dan murid tidak terpilih bagi setiap kumpulan umur. Berdasarkan MANCOVA, faktor kematangan mempengaruhi prestasi motor lelaki 13 tahun dan lelaki 14 setelah dikawal ciri-ciri antropometri, kondisi sosial, masa latihan dan amalan aktiviti fizikal. Hasil analisis menunjukkan prestasi motor yang berbeza antara murid terpilih dan murid tidak terpilih pada umur 13 tahun, tidak lagi berbeza dan berkurangan pada umur yang lebih tinggi. Begitu juga yang ditunjukkan oleh analisis diskriminan bagi kuasa meramal dan peratus murid yang diklasifikasikan dalam kumpulan terpilih semakin menurun pada peringkat umur yang tinggi terutama bagi lelaki. Fenomena ini menunjukkan terdapat faktor yang tidak dipertimbangkan dalam proses awal pemilihan. Berdasarkan analisis diskriminan, bagi kumpulan umur 13 tahun, ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular adalah komponen prestasi motor yang berupaya mengasingkan antara murid terpilih dan murid tidak terpilih manakala bagi perempuan adalah kuasa, kekuatan otot,ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kajian ini mencadangkan umur pemilihan bagi atlet remaja adalah 15 tahun terutama bagi lelaki. Pemilihan yang melibatkan remaja berumur di bawah 15 tahun perlu mengambil kira faktor kematangan remaja tersebut. Relatif kejayaan ramalan yang lebih tinggi bagi program pemilihan atlet remaja perlu mengambil kira proses kematangan dan tumbesaran kanak-kanak dan remaja. Usaha ini akan memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak dan remaja yang lewat matang dalam proses pemilihan atlet remaja bagi program pembangunan sukan negara
    corecore