66 research outputs found

    Sinkretisme dalam adat masyarakat Bajau di Sabah

    Get PDF
    The spread of Islam in the Archipelago especially in Sabah has produced two forms of interactions which are Islamization and sincretizing. Islamization process that occured subtly and gradually at that time caused Bajau community easy to accept Islam without being forced. However, there are some practices of Bajau community that closely linked to the animism belief still being practiced to produced a process of syncretism. The objective of this article is to introduce Islamic methods by suggesting guidelines or legislation parameter in interacting with syncretism in traditions of Bajau community in Sabah. In facing syncretism between the traditional practices of Bajau with the teaching of Islam, there are at least three Islamic approaches towards the developed culture among Bajau community which are to accept, modify or reject. Therefore, an appropriate method of Islamic law need to prevail to handle the phenomenon in ensuring the balance between idealism contained in Islamic law with the reality of its implemantation in Bajau community. The study found that there are many symptoms of syncretism occured in tradition and culture of Bajau community which are difficult to know whether it is a genuine Islamic teachings or a relic of pre-Islamic tradition

    Kontradiksi antara adat dan syariat dalam amalan perkahwinan masyarakat Murut Tahol di daerah Nabawan, Sabah

    Get PDF
    Dalam masyarakat Islam, sering timbul polemik antara adat yang diamalkan dengan syariat yang diwahyukan. Kerap kali dalam interaksi yang berlangsung akan berlaku proses penyesuaian agar adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan syariat. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan terhadap analisis adat perkahwinan masyarakat Murut Tahol Islam di daerah Nabawan, Sabah menurut perspektif hukum Islam. Asasnya, terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat Murut Tahol yang beragama Islam, iaitu pertama, berasaskan syariat dan yang kedua, berasaskan adat. Dalam perkahwinan berasaskan adat ini, terdapat empat bentuk adat iaitu pakalangan, limpuhu, bului dan tinauh. Justeru, bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Pengumpulan data dijalankan melalui metode dokumentasi dan temu bual separa struktur. Data yang dikumpulkan telah dianalisis secara induktif. Hasil kajian mendapati terdapat adat perkahwinan masyarakat Murut Tahol beragama Islam yang menepati syariat seperti adat merisik, pemberian hadiah, kaedah pembayaran beriansampai mati dan poligami. Di samping itu, terdapat adat yang bertentangan dengan syariat seperti tamong pengayangan (tunang angkat), perkahwinan dengan sepupu dan sogit. Sehubungan itu, masyarakat Islam Murut Tahol perlu berhati-hati dalam pengamalan adat berkenaan agar tidak bertentangan dengan syariat Islam

    Amalan tradisi Magombo’ dalam masyarakat Bajau di Semporna Sabah analisis dari perspektif sosiobudaya dan perspektif hukum Islam

    Get PDF
    Bajau merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah. Majoriti mereka beragama Islam. Mereka kaya dengan adat dan amalan mereka sendiri, yang dikenali sebagai `urf dalam perundangan Islam. Penyelidikan ini tertumpu kepada ritual tradisi masyarakat Bajau Semporna iaitu Magombo. Magombo’ merupakan amalan masyarakat Bajau Semporna untuk memuja roh nenek moyang mereka dengan tujuan rahmat dan kesejahteraan hidup. Permasalahan utama kajian ini ialah masyarakat Bajau Semporna percaya bahawa amalan tersebut bukanlah ritual khurafat kerana ia hanyalah upacara penghormatan kepada roh nenek moyang mereka. Jadi, mereka mahu mengekalkan budaya dan ritual magombo. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis amalan magombo’ mengikut perspektif sosiobudaya Bajau dan juga dari perspektif Islam. Di samping itu, penyelidikan kualitatif ini digunakan untuk kajian literatur bersama-sama dengan kerja lapangan dalam mencapai objektifnya. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah yang meliputi dokumentasi, temu bual serta pemerhatian. Kajian asas mendapati masyarakat Bajau Semporna cenderung untuk memelihara warisan orang asli terutamanya amalan magombo’ bagi menjamin keselamatan generasi muda pada masa hadapan walaupun ia bertentangan dengan Syariah

    Pengaruh Kepercayaan Animisme Dalam Sogit Kematian Yang Terdapat Dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995): Analisis Kerelevanan Dari Perspektif Hukum Islam

    Get PDF
    Asal mula kepercayaan manusia seringkali dikaitkan dengan kepercayaan yang berbentuk animisme. Animisme adalah suatu gagasan kepercayaan yang mengatakan bahawa setiap sesuatu sama ada yang bernyawa ataupun tidak mempunyai semangat ataupun roh yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Atas dasar kepercayaan tersebut, muncullah pelbagai bentuk amalan, adat, ataupun pantang-larang bagi memastikan kedudukan semangat ataupun roh tersebut sentiasa dalam keadaan yang aman dan tenteram, sekiranya tidak semangat-semangat tersebut dipercayai akan mengganggu kehidupan manusia. Kepercayaan seumpama ini dapat dilihat dalam kepercayaan datuk nenek moyang masyarakat Dusun di Sabah. Mereka mempercayai kewujudan pelbagai jenis semangat yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka dalam apa juga jenis keadaan. Sehubungan itu, muncullah pelbagai jenis amalan, adat, dan juga pantang-larang seperti amalan sogit ketika berlaku kematian. Justeru, kajian ini cuba melihat pengaruh kepercayaan animisme tersebut, dalam peruntukkan sogit kematian yang terdapat dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995). Sehubungan itu, kajian ini menggunakan metod kualitatif berlandaskan kaedah temu bual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, peruntukkan sogit kematian dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995) adalah dipengaruhi oleh kepercayaan animisme. Sehubungan itu, peruntukkan tersebut perlu dinilai semula dari aspek kerelevanan sebagai sebuah undang-undang dan dari sudut perspektif hukum Islam

    Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan: aplikasi terhadap budaya tradisi masyarakat Bajau Semporna

    Get PDF
    Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Objektif kajian ini cuba membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia memfokuskan metode sosiologi hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, iaitu kepercayaan kepada tulah dan amalan magombo’. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam. Justeru, metode sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam

    Kepercayan “Kenan” dalam masyarakat Melayu-Islam: kajian dari perspektif Islam

    Get PDF
    Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri yang mengawal ahlinya secara tersirat. Ia wujud hasil daripada interaksi yang panjang antara manusia dan alam. Pantang larang merupakan salah satu tradisi lisan yang kebanyakannya diamalkan dalam masyarakat Melayu-tradisional. Dalam masyarakat Melayu, terdapat beberapa senarai pantang larang. Salah satu pantang larang itu ialah kenan yang berkait rapat dengan pantang larang wanita hamil. Pada asasnya, Kenan adalah sebahagian daripada proses sebab dan akibat, yang dianggap sebagai kejadian sama ada penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru lahir akibat pelanggaran pantang larang oleh ibu bapa ketika bayi masih dalam kandungan ibu. Asal usul idea Kenan berpunca daripada cara masyarakat berhasrat untuk memelihara hubungan antara manusia dan alam, tetapi akhirnya pencegahan ini telah disalahertikan oleh generasi akhir dengan tafsiran lateral sehingga ia dikenali sebagai pantang larang serta khurafat di kalangan Melayu-Islam. Oleh itu kajian ini cuba meneliti konsep kenan dan perbincangan berkaitan dalam perspektif Islam dan juga pandangan perubatan mengenai isu tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tabu ini dianggap sebagai syirik. Akibatnya kepercayaan ini melarang orang Melayu-Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian mereka

    [Manhaj Wasaatiyah Application on Syncretism Phenomenon in The Custom of Bajau Community in Semporna Sabah District] Aplikasi Manhaj Wasatiyyah Terhadap Fenomena Sinkretisme dalam Adat Masyarakat Bajau di Daerah Semporna Sabah

    Get PDF
      The State of Sabah is consist of multiethnic society in which each of the ethnics has cultural uniqueness that differs from one another. The acceptance of Islam caused an assimilation between the Bajaus traditions and Islamic teaching which then led to syncretism. Consequently, some of the practices are regarded as a part of Islamic teachings even though, these practices are actually inherited from their ancestors unrelated to Islamic rules provided in the al-Qur’an and prophetic traditions. The purpose of this study is to discuss the phenomenon of syncretism in their life cycle. Yet, the objective of this study is attempts to analyze the application of the wasatiyyah methodology in dealing with the phenomenon of syncretism. Accordingly, this is a qualitative study which adopts interviews and data analyze. The findings of the study shows that syncretism occured among the Bajau community. Moreover, in dealing of syncretism between tradition and the teachings of Islam, emerged two groups took a different approach to this issue. The first group are those who seek to practice Islam careful and condemn the heretical doctrine (bidaah) of the Bajau community practices that are not aligned with al-Quran and al-Sunnah. The second group are those who can accept the syncretism as a whole. Therefore, the methodology of wasatiyyah should be applied in dealing with the phenomenon to ensure a balance between idealism embodied in Islamic law with the reality of its implementation in the Bajau community. Keywords: Manhaj Wasatiyyah, Syncretism, Urf, Bajau, Semporna   Negeri Sabah mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang dilatari dengan keunikan dan perbezaan budaya yang tersendiri dengan masyarakat lain. Pertembungan budaya dan kepercayaan agama telah melahirkan satu entiti hybrid yang menarik dan dikenali dalam khazanah disiplin ilmu fiqh budaya atau ilmu antropologi sebagai sinkretisme. Objektif kajian ini cuba membincangkan fenomena sinkretisme yang berlaku dalam amalan masyarakat Bajau di Semporna Sabah merangkumi aspek kepercayaan tradisi hingga adat kematian. Selain itu, objektif kajian ini cuba mengkaji dan menganalisis aplikasi manhaj wasatiyyah dalam menangani fenomena sinkretisme tersebut. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati, terdapat banyak gejala sinkretisme yang berlaku dalam adat resam masyarakat Bajau yang sukar diketahui sama ada adat resam tersebut merupakan ajaran Islam yang tulen atau peninggalan tradisi silam pra-Islam. Selain itu, dalam menghadapi sinkretisme antara adat tradisi dengan ajaran Islam, muncul dua kelompok yang mengambil pendekatan berbeza dalam isu ini. Kelompok pertama adalah golongan yang berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan menghukumkan bidaah segala amalan masyarakat Bajau yang tidak sejajar dengan al- Qur’an dan al-Sunnah. Kelompok kedua pula adalah golongan yang dapat menerima sinkretisme secara keseluruhan. Oleh itu, manhaj wasatiyyah perlu diaplikasikan dalam menangani fenomena tersebut bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. Kata kunci: Manhaj Wasatiyyah, Sinkretisme, Adat, Bajau, Semporna. &nbsp

    Kelestarian etika dan peradaban melalui pengenalan kursus etika dan peradaban (pep) uw00802 di Universiti Malaysia Sabah

    Get PDF
    Etika dan peradaban di Malaysia telah terbentuk sejak zaman pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial sehinggah persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang memberikan variasi warna kepada masyarakat Malaysia. Etika dan peradaban yang terbentuk di Malaysia sangat unik kerana teradun dengan latang belakang peradaban agung dunia yang terdiri dariapda peradaban Melayu sendiri, tamadun Cina, tamadun India, tamadun arab dan tamadun Eropah. Interaksi antara tamadun agung ini telah melahirkan satu bentuk etika dan peradaban baru yang menjadi etos kepada budaya Malaysia. Etos ini telah dinikmati dan dijalani oleh segenap rakyat Malaysia sehinggah mencapai tahap keharmonian yang diimpikan dan dinikmati hinggah kini. Namun cabaran Malaysia baru yang telah melonggarkan ikatan-ikatan yang telah dibina ditambah dengan perkembangan teknologi dan kebebasan bersuara yang telah memberikan ancaman kepada kelestarian yang dinikmati hari ini. Cabaran yang dihadapi adalah suatu perkara yang perlu dianggap positif dalam kontek bernegara, namun setiap individu perlu mempunyai ilmu pengelahuan serta penghayatan terhadap etika dan peradaban yang dimiliki agar dapat membuat penilaian secara jernih terhadap segala sesuatu mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menilai peranan Kursus UW00802 (Penghayatan etika dna peradaban) dalam melestarikan keamanan dan keharmonian yang dikecapi hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pengumpulan data melalui soal pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajanran berlangsung selama 14 minggu dengan jumlah pelajar seramai 340 orang. Kajian ini dapat menentukan tahap kesepaduan Malaysia dan menjadi panduan kepada kelestarian keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia ke arah semua negara Bangsa

    Penglibatan non Muslim sebagai peguam syarie di Malaysia: satu analisis

    Get PDF
    Isu penglibatan orang bukan Islam sebagai peguam Syarie di Mahkamah Syariah telah mencetuskan perdebatan di kalangan orang ramai khususnya melibatkan ulama Islam dan pengamal undang-undang Syariah dan Sivil di Malaysia. Ini berikutan tindakan seorang peguam wanita bukan Islam yang telah memfailkan rayuan mencabar larangan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk menghentikan amalan sebagai peguam Syarie. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang isu dan penilaiannya dari perspektif undang-undang Islam dan peruntukan perundangan kontemporari di Malaysia. Isu ini telah dianalisis berkenaan dengan perbahasan ulama Islam berhubung penglibatan orang bukan Islam sebagai penasihat Syarie dan penilaiannya berdasarkan konteks perundangan dan realiti semasa di Malaysia. Larangan penglibatan itu dilihat penting dalam memelihara hubungan antara agama di Malaysia dan mengelakkan sebarang pertikaian kontroversi yang timbul daripada isu tersebut

    Cultural values and management approach of Suluk leaders in Sabah

    Get PDF
    The aim of this paper is to investigate the relationship between cultural values and management approach among leaders. Data were collected from 100 leaders of Suluk ethnic from various organizations such as public, private and non-government organization. Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM) were used to test the hypotheses. The findings show that there is a positive relationship between cultural values and management approach. Specifically, the relationship was found to be stronger for leaders who have a low power distance culture and entrepreneurial management practice. The study provides an important implication in term of cultural values on leaders practice such as planning, organizing, leading and controlling. To embedded on entrepreneurial practice, leader should lower their power distance by equally used the power such as encouraging subordinates to be involved in organization decisions. The study also contributes to the research on divergence theory by understanding that management practices are culture-bound
    • …
    corecore