15 research outputs found

    Pentafsiran senibina masjid berkubah dari sudut nilai modernism

    Get PDF
    Penulisan ini bertujuan untuk membuat perbahasan bahawa dalam lunas (principal) Modernism, kubah pada masjid tidak akan digunakan kerana Modernism lebih bersifat functionalist, minimalist dan structuralist iaitu mementingkan peranan, kesederhanaan dan kejujuran dalam penampilan unsur binaan. Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk merangsangkan pendekatan yang lebih jitu dan bernas dalam mentafsir wacana Senibina Islam mengikut pendekatan Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat pelbagai pendekatan dalam senibina yang dianggap sebagai ‘Senibina Islam’, namun ianya seringkali dipersoalkan. Ini adalah kerana kebarangkalian hanyalah berupa rembesan pemikiran Modernist sediada, ataupun menyimpang dari Sunnah Rasulullah s.a.w.. Pendekatan yang cuba untuk digarap dari penulisan ini adalah cuba untuk membangkitkan semula pendekatan al-Hadith, iaitu warisan Rasulullah s.a.w. Adalah diharapkan kertas kajian ini dapat memberi laluan kepada usaha murni kepada pendekatan al-Hadith dalam pentafsiran senibina, kerana pendekatan sebegini tidak pernah mendapat tempat di kalangan pemikir senibina, tidak sepertimana pendekatan Modernist yang telah berlaku pada akhir kurun ke19 di Eropah dan Amerika yang telah menolak pendekatan Revivalism dan Neo Classism

    Significant of teritorry to increase sense of place in behavioural settlements

    Get PDF
    Cities have transformed collecting public places into private spaces. While in the past, public places as an urban place had a specific identity for themselves. Nowadays in nonexistence of connection between public and private life residents are forced to create their social life within their own control and are not entered to identity in public space. Urban spaces are made regardless to social needs of residents and their cultural origins. Formation of urban spaces impact to quality of its social and spatial and cannot be absorbed potential of environmental and social. For reproduction of social identity is required the behaviour-milieu this behaviour-milieu is a place for standing of pattern behaviour. In this way the role of neighborhood center as behavioural setting appears to be helping as to establish the distinctive identity of the place and create the conditions in which residents can develop their relationships and control. Behavioural complex also provide context of social partnership. Places can be considered as a physical form with their spatial territory which supports activity, ceremonies, and events and helps to sense of place formation. Feeling of neighborhood territory will exacerbate dependence and sense of place to it. The most important aspect of sense of place is attachment of people to their home or neighborhood sphere. Belonging to them make a territory feeling. Sense of place supports the cultural concept, social and culture relationship of society in the place and achieves to individual identity. This paper reviews recent research and literature review into the concept of sense of place and their assessment. The aim of this study was to evaluate the sense of place in the traditional urban to be carried out in the contemporary urban setting. The discussion presents the relationship between four groups of sense of place, territory, dependence, and finally provides a conceptual model as to show how these factors affect to sense of place. The result of this study indicates a model that mentions a relationship between dimensions of sense of place. This paper argues that territory in behavioural setting as the subset of place dependence is the best instrument to improve the sense of plac

    Reka Bentuk Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dipengaruhi Oleh Adat Dan Kedaerahan

    Get PDF
    Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Reka bentuknya mewakili pelbagai maksud tersendiri yang sering dikaitkan dengan identiti Adat Perpatih dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sistem adat bernasabkan ibu atau sistem kekerabatan matrilineal yang mempunyai hubungan rapat dengan reka bentuk seperti orientasi, susun atur ruang, komponen lantai, dinding, struktur tiang, dan ragam hias dalaman rumah tradisional Negeri Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri. Adat pepatih dan faktor kedaerahan telah mempengaruhi reka bentuk rumah tradisional ini. Namun keaslian konsep dan falsafah reka bentuk seni bina rumah ini telah disalah- erti kan dengan mengatakan ia menyamai reka bentuk rumah adat di Minangkabau. Kajian ini di jalankan bagi bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa jenis-jenis rumah yang terdapat di Negeri Sembilan. Lokasi kajian melibatkan beberapa buah kampung iaitu rumah-rumah tradisional di Padang, Bukit Tinggi, Kampar Kiri, Indonesia dan Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan. Pengumpulan data telah diperolehi menerusi proses pemerhatian, temu bual, dan pengambilan foto-foto yang berkaitan. Sehubungan dengan ini, identiti dan keunikan rumah tradisional Negeri Sembilan yang semakin sukar dikekalkan serta kurangnya penjelasan dapat difahami oleh masyarakat generasi masa kin

    Evolution Architectural Heritage Through Typology Of Negeri Sembilan Traditional Houses

    Get PDF
    The architecture of traditional house is a regional architectural heritage assets which are valuable, inherited and built in various customs and cultures of each country. It has the characteristics of the different designs and concepts that shape its own identity. The uniqueness design of the Negeri Sembilan traditional house is influenced by the Minangkabau, West Sumatra, Indonesia, which is the symbol of the community. Minangkabau house is a house occupied by the customary rules of practice matrilineal kinship system and the tendency of the people to go abroad for the purpose of exploration. The study was made on the basis of these factors, the occurrence of evolution, the changes that occurred since the 14th century AD, which started from Minangkabau to Negeri Sembilan, Malaysia. Additionally, the study proves that the customs, culture and regionalism have established the typology of Negeri Sembilan traditional houses. The study involves several locations starting from West Sumatra, Indonesia such as Padang, Bukit Tinggi and Kampar to Negeri Sembilan, Malaysia such as Rembau, Tampin and Kuala Pilah. The data were obtained through a process of observation, sketches, interviews, questionnaires and related photos. The identity and uniqueness of Negeri Sembilan traditional house is the architectural heritage that will bring awareness and references to future generations which are increasingly difficult to sustain and lost in their own countr

    Penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi : kajian kes Urban Hive dan Lotte World Tower, Seoul, Korea Selatan

    Get PDF
    Naskah ini membincangkan kaedah penerapan identiti senibina yang telah dilakukan ke atas bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan. Telah menjadi kelaziman pendekatan perancangan bandar moden dan rekabentuk bangunan Gaya Antarabangsa kini telah melunturkan peranan alam bina sebagai penggambaran tampak identiti setempat sesebuah bandar. Hal ini mengakibatkan terhasilnya bandar-bandar moden di seluruh dunia yang kelihatan seragam dan kurang penerapan identiti setempat terutamanya ke atas binaan bangunan-bangunan baru. Kajian kes secara pemerhatian dilakukan ke atas dua buah bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan untuk mengkaji kaedah penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi tersebut. Dari hasil kajian, didapati bahawa terdapat beberapa kaedah penerapan identiti senibina ke atas reka bentuk bangunan tinggi moden yang telah diamalkan yang boleh dijadikan panduan untuk tugas rekabentuk bangunan tinggi selanjutnya

    Istana Kenangan: meneroka integrasi warisan budaya Melayu dan konservasi menerusi pendekatan suaiguna semula

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan integrasi antara warisan budaya Melayu dengan konservasi pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Kaedah yang digunakan dalam memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara ialah pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bukan sahaja berpotensi dalam memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan bersejarah malah berpotensi menonjolkan integrasi antara usaha konservasi dengan warisan budaya masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan dan soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada komuniti setempat. Soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif yang digunakan pula ialah kekerapan dan peratusan. Bangunan bersejarah yang diteliti pula adalah bangunan bersejarah daripada senarai Daftar Warisan Kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kategori kecuali tugu, rumah ibadat dan rumah kedai. Bangunan bersejarah yang diteliti dalam kajian ini ialah Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat integrasi antara konservasi dan warisan budaya Melayu dalam Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak menerusi pendekatan suaiguna semula. Didapati juga, melalui pendekatan suaiguna semula ini Istana Kenangan berjaya menonjolkan estetika warisan senibina, ketinggian teknologi pertukangan Melayu berserta falsafahnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini menerusi soal selidik yang diedarkan

    Kestabilan ekosistem pembandaran dalam binaan bangunan tinggi

    Get PDF
    Pada zaman serba membangunan ini, negara kita tidak terkecuali daripada mengalami proses pembangunan yang pesat demi memenuhi keperluan dan kehendak penduduknya. Jika diperhatikan bidang senibina di Malaysia jugak bergerak maju seiring dengan pembangunan global. Pembinaan bangunan tinggi atau pembandaran yang berlaku secara mendadak di serata bandar telah menimbulkan beberapa kesan yang negatif terhadap alam sekitar serta mengancam ekosistem alam. Pembangunan ini memberi impak yang besar terhadap alam sekitar dari segi iklim serta pencemaran. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kualiti Alam Sekitar yang menilai kualiti alam sekitar menerusi kaedah kajian saintifik, mereka menerangkan bahawa semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan, maka semakin menurun kualiti alam sekitar. Oleh itu, dalam kajian ini akan membincangkan tentang kesan negatif pembinaan bangunan tinggi terhadap alam sekitar dan cara untuk menangani masalah tersebut di sampnig mengambil beberapa bangunan sebagai kajian kes. Kajian ini akan menyimpulkan bahawa bangunan tinggi yang direka berfungsi untuk menstabilkan ekosistem alam sekitar di tempat ia dibangunkan

    The application of principles of green building in traditional housing in Iraq

    Get PDF
    Green building has become an important issue among architects and urban planners due to the increment in global warming risks and climatic changes which influenced negatively on natural resources. It is also one of measures been put forward to alleviate the significant impacts of the influence of buildings on the environment, society and economy. There have been extensive studies on green buildings, as evidenced in the rapid growing number of papers been published in last decades. These studies have been conducted in both developed countries and developing countries, indicating this is a global issue. However, there is lack of extensive researches on the green buildings in Iraq that is crucial for the future exerts. This paper reports the definition of green building, the environmental, social and economical aspects of green building, and application of green building's principles in traditional housing in Iraq

    Wacana dan pemikiran rekabentuk masjid

    Get PDF
    Tulisan ini membentangkan pengenalan dan membincangkan beberapa persoalan tentang pemikiran rekabentuk masjid. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk memberi maklumat latar bagi memahami dengan lebih jelas berkenaan kedudukan kajian ke atas masjid warisan Melayu. Tulisan ini mempunyai empat bahagian utama. Bahagian pertama menyingkap makna atau pengertian masjid dalam budaya Islam. Bahagian kedua membentangkan sebab-sebab yang mempengaruhi rekabentuk senibina sesebuah bangunan supaya mereka yang tidak mendapat pendidikan secara langsung tentang senibina dapat mengetahui punca sebenar kebanyakan rupabentuk senibina sesuatu bangunan yang seringkali difikirkan sebagai buah fikiran atau karya arkitek semata-mata. Bahagian ketiga membentangkan wacana senibina masjid dari sudut pendekatan rekabentuk dan bahagian keempat dan terakhir membentangkan wacana khusus mengenai masjid warisan di Alam Melayu

    Wacana dan pemikiran rekabentuk masjid

    Get PDF
    Tulisan ini membentangkan pengenalan dan membincangkan beberapa persoalan tentang pemikiran rekabentuk masjid. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk memberi maklumat latar bagi memahami dengan lebih jelas berkenaan kedudukan kajian ke atas masjid warisan Melayu. Tulisan ini mempunyai empat bahagian utama. Bahagian pertama menyingkap makna atau pengertian masjid dalam budaya Islam. Bahagian kedua membentangkan sebab-sebab yang mempengaruhi rekabentuk senibina sesebuah bangunan supaya mereka yang tidak mendapat pendidikan secara langsung tentang senibina dapat mengetahui punca sebenar kebanyakan rupabentuk senibina sesuatu bangunan yang seringkali difikirkan sebagai buah fikiran atau karya arkitek semata-mata. Bahagian ketiga membentangkan wacana senibina masjid dari sudut pendekatan rekabentuk dan bahagian keempat dan terakhir membentangkan wacana khusus mengenai masjid warisan di Alam Melayu
    corecore