37 research outputs found

    Estetika Dalam Lirik Lagu-Lagu Nyanyian P. Ramlee

    Get PDF
    Estetika merupakan kemuncak ketinggian nilai sesebuah karya kreatif. Nilai tara yang ditetapkan itu bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi merangkumi aspek tersirat. Lantaran itu setiap unsur yang membina estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk kesempurnaan. Oleh yang demikian, kajian ke atas lirik lagu-lagu nyanyian seniman lagenda P.Ramlee, dilakukan untuk memperlihatkan unsur-unsur tersebut. Hal ini kerana, bidang nyanyian merupakan salah satu bidang yang berjaya dikuasai oleh beliau. Tambahan pula, lagu-lagu nyanyiannya masih dapat menambat hati pencinta seni lagu dan mampu bertahan sehingga kini. Bagi menjelaskan unsur estetika dalam lirik lagu-Iagu tersebut, tiga ciri keindahan disentuh iaitu merangkumi keutuhan dan kesempurnaan, keselarasan dan keseimbangan serta aspek kejelasan. Dalam hal ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun, pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah sebaliknya mengaitkannya dengan makna yang disampaikan. Pemilihan kata yang teliti berhasil menemukan aspek keutuhan dan kesempurnaan. Penggabungjalinan unsur 'tradisi' dan 'moden' dalam fenomena 'dunia berjodoh', membentuk aspek kesempurnaan yang menjadi sebahagian daripada ciri-ciri estetika. Selain itu, akan ditemui kata-kata yang beranekaragam, pengulangan bahasa, penyimpangan bahasa yang mengungkapkan makna tertentu. Oleh yang demikian, dapat dikesani daripada kajian ini, setiap kata yang dipilih berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maksud tertentu. Unsur kejelasan dipaparkan menerusi pemilihan kata terpilih yang menggambarkan unsur tersurat atau tersirat. Dalam hubungan ini, akan wujud kata-kata tertentu yang biasa tetapi dimanipulasikan dengan baik dan berkesan sehingga mengungkapkan makna yang mendalam. Selain itu, dalam kajian yang dilakukan turut meneliti persoalan yang paling dominan dipaparkan dalam lirik lagu-lagu yang dikaji. Usaha ini diharapkan dapat memperkaya koleksi warisan P .Ramlee dalam memartabatkannya sebagai seniman lagenda khusus dalam bidang nyanyian

    Learning through blogging

    Get PDF
    Blog is an online diaries or journal for individuals who loves writing and as business entries for companies or individual in running business. It has been widely used since it can be published in the website for free. The objectives of the study were to identify and discuss the use of blog writing from the perspective of Korean learners learning the Malay language as a foreign language. The samples of the study consist of 60 male and female volunteered subjects from six classes of Malay language. The subjects had the experience in writing in the blog from the previous semester. The subjects were given a set of questionnaire and interviewed based on their opinions on blog learning. The results of the study revealed that more than 80% of the female subjects while more than 65% of the male subjects stated that they wrote in the blog for literature, language and multimedia learning. The results also revealed that all the subjects had increase in motivation and confidence in writing specifically in the Malay language. It is hoped that future research will focus on other technology to enhance writing in the second language

    'Duka yang bertakhta': adab pemerintah dalam dua karya kesusasteraan Melayu tradisional

    Get PDF
    Ketidakstabilan politik akibat kemangkatan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1812 telah diambil kesempatan oleh British untuk meraih pengaruhnya di selatan Tanah Melayu terutama bagi mendapatkan kuasa perdagangan di Singapura. Kelicikan British mencampuri krisis penobatan sultan berhasil apabila Sultan Hussain Muadzam Syah ditabal sebagai raja Singapura yang pertama. Adalah menjadi adat yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Acheh pada awal abad ke-17 Masihi lagi, kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dijadikan rujukan utama oleh raja-raja Melayu dalam pemerintahan mereka. Sehubungan itu, Sultan Hussain Muadzam Syah tidak terkecuali menjadikan kitab ini sebagai dasar utama dalam pemerintahan. Maka, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan adab raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dan membandingkannya dengan perilaku raja Singapura pertama dalam Inilah Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya. Dengan menggunakan metod analisis teks terhadap kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dan Inilah Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya, kajian ini mengketengahkan adab yang sepatutnya menjadi amalan raja dalam pemerintahan dan seterusnya memperjelaskan punca kejatuhan kerajaan Melayu Singapura akibat ketidakpatuhan kepada konsep adab tersebut. Dapatan kajian mendapati, walaupun Sultan Hussain Muadzam Syah menggunakan sastera ketatanegaraan ini sebagai panduan pemerintahannya, namun adab raja Singapura ini didapati tidak seiring seperti yang tergambar dalam syair. Ini mengakibatkan beralihnya kekuasaan Melayu di kota Singa itu ke tangan kolonial British. Kesimpulannya, seseorang pemimpin perlu memahami tanggungjawabnya sebagai ‘Khalifah Allah swt’ di muka bumi ini agar negara yang diperintah memperoleh keberkatan dan kesejahteraan

    The emergence of autobiography in Malay literature

    Get PDF
    This study aims to compare and analyse the arguments of several scholars with regard to the classification and significance of autobiographies and biographies in Malay historiography. Western colonialism, especially by the English and Dutch who came to the Malay world in the 17th and 18th centuries, introduced a new trend that expanded rapidly in line with the Industrial Revolution in Europe, namely a trend of realism in literature. This trend obviously emphasized the manifestation of “reality” without mixing it up with “supernatural” elements to form a new genre known as autobiographies and biographies in conventional Malay literature. Abdullah Munshi’s crowning work titled Kisah Pelayaran Abdullah which was considered as the earliest autobiography to be written in the Malay language, invited debate from several scholars that extended to a number of other autobiographical and biographical texts that emerged in the late 19th century and early 20th century. Local and Western scholars such as Syed Naquib al-Attas, Liaw Yock Fang, C.W. Watson and A. Sweeney tried to explain their own scale and classification of the terminology and interpretation of this genre to suit the values and thinking in conventional Malay literature. Hence, through the use of qualitative methods this study will discuss the opinions of the above scholars and at the end of this study will present a scale of the autobiographies and biographies genre that coincides with the Malay perspective

    Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad

    Get PDF
    Makalah ini adalah untuk melihat pemikiran politik: pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad iaitu novel Shit, dan Patriarch. Makalah ini didasarkan kepada sikap pemimpin politik yang sering ditimbulkan oleh pengarang dalam karyanya yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri dalam dunia politik tanah air. Selain itu makalah ini juga ingin melihat sejauh mana kepincangan dalam dunia politik akibat daripada sikap pemimpin kerana karya yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya melihat permasalahan dalam dunia politik yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri yang pernah terlibat dalam politik di tanah air dengan mengemukakannya dalam bentuk karya kreatif. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan yang terdapat dalam novel-novel Shahnon Ahmad. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian teori Konseptual Kata Kunci bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pemikiran politik dalam novel Shahnon Ahmad iaitu pemikiran politik tentang pemimpin dan kepimpinan yang melihat kepada sikap pemimpin yang berperwatakan negatif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa keduadua buah novel Shahnon Ahmad mempunyai pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan berdasarkan analisis teori Konseptual Kata Kunci

    Music therapy: Storytelling with the special needs children

    Get PDF
    This research investigates the effect of music therapy towards storytelling with special needs children. Music therapy is the structured use of music experiences to facilitate positive changes in human behaviour. It is a professional discipline that uses music to achieve therapeutic aims (Daveson & Edwards, 1998). Music therapy in special education is the functional use of music to achieve and enhance special education goals, while offering an alternative to traditional teaching methods (Daveson & Edwards, 1998). Positive changes in human behaviour means that music therapy aims to help special needs children to develop skills that have to do with overall development and personal growth. Children involved in this study are autistics. Autism is a complex developmental disability that typically appears during the first three years of life. Autism impacts the normal development of the brain in the areas of social interaction and communication skills (Dawson, G., Toth, K., Abbott, R., Osterling, J., Munson, J., Estes, A., and Liaw, J., 2004). Children with autism typically have difficulties in verbal and non-verbal communication, social interactions, and leisure or play activities. The disorder makes it hard for them to communicate with others and relate to the outside world. Therefore, this study is to use music therapy to enhance the subjects to concerntrate on the story told by the teacher and also able to storytell to the class. Subjects consist of 4 autistic children from Melaka, Malaysia ages between 8 to 12 years old. It is found that autistic children able to understand the story and to storytell to the rest of the classroom. Music therapy had made the autistic children feel happy and always in a calm situation

    Interaksi kumpulan kecil pelajar Korea dalam pembelajaran bahasa Melayu: satu analisis wacana

    Get PDF
    Kajian ini memberi fokus kepada interaksi kumpulan kecil pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Lapan belas pelajar lelaki dan perempuan Korea berumur dari 22 hingga 27 tahun terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis perbualan pelajar serta menanggapi bahasa dalam sesi perbincangan dalam kelas. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu dan pelajar diberi dua sajak untuk dibincangkan. Keputusan kajian mendapati bahawa dalam interaksi kumpulan kecil ini, pelajar mengutarakan persoalan, membuat rundingan serta memberi jawapan ringkas bersama rakan sekumpulan. Pelajar juga kelihatan mempunyai keyakinan dalam perbincangan berkumpulan. Selain itu, pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dengan cara yang positif dalam kalangan ahli kumpulan kecil dan menggunakan bahasa Melayu sebagai sistem komunikasi antara mereka. Adalah diharapkan supaya kajian yang sedang dijalankan dapat memberi impak yang positif terhadap pelajar yang mempelajari bahasa ketiga dan keempat dalam pembelajaran kesusasteraan Melayu

    Digital pictures to enhance storytelling amongst special needs children

    Get PDF
    English has a difficult role to play since it is the second language for most Malaysian and in the Malaysian Education system for the special needs as there is no special syllabus for the autistic children. Children with autism are expected to learn the same thing with the rest of the children in the normal school. Autistic children have difficulty to concentrate and therefore the same learning syllabus with the normal children will make them difficult in acquiring the language in a short time. Even though, the normal children will have the difficulty of learning the language but they have a lot of time to learn at home or with their friends around them. In other way, the autistic children will have to learn more than the normal children. Autism is a complex developmental disorder that appears in the first 3 years of life, though it is some times diagnosed much later. It affects the brain’s normal development of social and communication skills. Autism is a spectrum that encompasses a wide continuum of behavior (Bailey, D. B., Jr., D. D. Hatton, et al., 2001). Core features include impaired social interactions, impaired verbal and nonverbal communication and restricted and repetitive patterns of behavior. This paper focuses on Asperger syndrome which is also considered as autistic spectrum. This paper investigates Asperger children’s motivation level when using digital pictures in creating a short story in the task based English language classroom and investigate the language use in the short story created by asperger children when using digital camera in the task based English language classroom. It is hoped that digital pictures able to enhance storytelling amongst the special needs children

    Designing the blog: A Study with the social science students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia

    Get PDF
    This paper investigates the learning styles amongst the social science students when designing a blog. A blog or a weblog is a website where entries are written in chronological order and commonly displayed in reverse chronological order. A typical blog combines text, images, and links to other blogs, web pages, and other media related to its topic. The subjects in this study consist of 6 students from Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia (KLIUC). There were three international students from China and three local students from Malaysia. The students were not exposed to designing blog as they were from Bachelor of English for Professional Communication program. One of the courses in the program is the Language and Computer and they were to design their own blog in six weeks. The program that they used was the Microsoft Front Page. It is found that all the subjects have tactile and kinesthetic learning styles. Three subjects preferred to include graphics and music and therefore they preferred the visual and audio learning styles. Reid’s (1987) learning style preference was used for the purpose of this study

    Aliran perjalanan hidup manusia dalam Syair Jamad al-Qiamat

    Get PDF
    Makalah ini berfokus kepada aliran perjalanan hidup manusia bermula daripada alam roh sehinggalah alam akhirat dengan menggunakan naskhah Melayu Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah dan seterusnya menyentuh kepada pembahagian aspek dunia dan akhirat dalam syair ini. Kemudian, makalah ini turut membincangkan tentang kejadian terciptanya alam dunia, syurga dan neraka serta kejadian manusia. Selain itu, makalah ini turut menyentuh tujuan terciptanya alam dunia dan tujuan manusia hidup di dunia. Fokus utama makalah ini ialah menjelaskan lebih terperinci rentetan perjalanan hidup manusia bermula daripada terciptanya alam dunia dan manusia, perlakuan manusia di alam dunia, ketika tibanya hari kematian, kehidupan di alam kubur, manusia dibangkitkan di hari kebangkitan dan dikumpulkan di padang mahsyar serta golongan yang menjadi syafaat di akhirat kelak. Hasil tulisan ini mendapati bahawa topik yang telah dibincangkan ini juga turut diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai perjalanan hidup manusia dan dijadikan sebagai pedoman, panduan dan peringatan kepada manusia
    corecore