5 research outputs found

    Prasangka Ummahat al-Mukminin terhadap Sayyidatuna Safiyyah binti Huyayy, ketabahan hatinya dan nasihat Rasulullah SAW

    Get PDF
    Konflik dalam perkahwinan terutamanya akibat amalan poligami sering menjadi suatu alasan bagi sesetengah pihak sama ada lelaki untuk tidak berlaku adil atau perempuan untuk menentang dan tidak berbaik-baik dengan madunya. Begitu juga dengan kes perkahwinan yang melibatkan keturunan, kaum atau budaya yang berbeza. Artikel ini cuba meneliti pandangan isteri-isteri Nabi SAW terhadap Ummul Mukminin Sayyidatuna Safiyyah binti Huyayy r.a., salah seorang daripada isteri Baginda SAW, respons, kesabaran dan ketabahan hatinya serta nasihat Rasulullah SAW kepada rasa cemburu dan syak wasangka para isterinya terhadap isterinya yang berketurunan Yahudi itu. Dapatan kajian berdasarkan analisis kepustakaan dan dokumentasi pensejarahan ini diharap menjadi panduan kepada masyarakat dalam menghadapi konflik alam perkahwinan dan dapat membantu secara khusus kepada mereka yang mengamalkan poligami dan juga kahwin campur

    Langkah-langkah keselamatan dalam menangani keganasan terhadap wanita di tempat awam

    Get PDF
    Keganasan terhadap pekerja wanita masih lagi berlaku di Malaysia contohnya di ibu kota Kuala Lumpur. Walaupun pelbagai akta telah digubal seperti Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973, Artikel 4 Kod Amalan 1999 gangguan seksual, Konvensyen Terhadap Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Akta Pekerja 1955 namun keganasan terhadap pekerja wanita masih lagi berlaku sehingga kini. Menyedari hakikat ini, pengkaji bertanggungjawab untuk menganalisis nilai min tertinggi bagi langkah keselamatan menangani keganasan terhadap pekerja wanita di tempat awam khususnya di Jabatan Akauntan Negara. Kajian kuantitatif secara lapangan ini menggunakan kaedah tinjauan (survey research) melalui instrumen soal selidik dan diedar secara purposive sampel kepada 62 pekerja wanita yang mengikuti kursus di Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti Jabatan Akauntan Negara. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS) versi ke-20. Hasil kajian mendapati belum ada kajian menjurus mengenai isu keganasan terhadap pekerja wanita di BPAS JAN. Nilai min tertinggi diperolehi sebanyak 4.6 bagi langkah-langkah keselamatan berikut iaitu wanita perlu berhati-hati membawa beg tangan, tidak melalui lorong gelap seorang diri, tidak berpakaian menjolok mata serta mengelak dari memberi ruang berkomunikasi dengan lelaki tanpa tujuan

    Kefahaman pelajar sekolah agama terpilih di Selangor terhadap doktrin syiah / Mukhamad Khafiz Abdul Basir ... [et al.]

    Get PDF
    Kemunculan golongan Syiah mula kelihatan di Malaysia setelah tercetusnya revolusi Iran tahun 1979 menyebabkan ajaran mereka menular dalam masyarakat Melayu Islam. Ini dapat diperhatikan dengan kemunculan hauzah-hauzah Syiah Melayu di seluruh Malaysia, tangkapan-tangkapan pihak jabatan agama Islam negeri terhadap aktiviti penyebaran Syiah dan kemunculan para graduan Melayu daripada Iran dan lain-lain negara. Kajian ini bertujuan membongkar kesan pengaruh dakyah Syiah di Malaysia terhadap pelajar-pelajar sekolah agama menengah di Selangor serta tahap pengetahuan mereka terhadap ajaran ini. Kajian kuantitatif ini bersifat diskriptif menggunakan kaedah tinjauan (survey reseach) melalui instrumen soal selidik dan purposive sample kepada 756 pelajar-pelajar SPM tahun 2018 daripada 9 buah sekolah menengah asrama penuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa 7 responden mempunyai rakan berfahaman Syiah, 1 responden terlibat dengan ajaran Syiah, dan seramai 107 responden tidak pernah mendengar taklimat atau ceramah berkenaan dengan kesesatan Syiah. Justeru usaha menyedarkan masyarakat Islam dalam kalangan pelajar muslim tentang penyelewangan ajaran Syiah dan kesesatan mereka perlu ditekankan dan pendedahan secara berperingkat perlu dilaksanakan sebelum mereka melangkah ke alam universiti yang pastinya lebih terbuka dan mencabar
    corecore