6 research outputs found

    Monitoring of Engine Lubrication using Acoustic Emission Technology

    Get PDF
    This research presents the application of Acoustic Emission (AE) sensor to explore the feasibility of an AE signal in the process of monitoring the engine oil viscosity on different condition of mileage during the engine operation. The viscosity experiment was performed in a prior stage of the experiment using four samples of SAE 5W-30 engine oil with the different condition of mileage. On the next occasion, the AE signal was acquired on three cylinders of a four-stroke gasoline engine with a cooling water system which operates using the previous lubricant sample. In this experiment, the AE sensor was bonded on the outside of the engine block and located at the oil filter and oil sump location. It was found that the AE energy value is capable of determining the variant of the engine oil viscosity. The results from this project show that via AE technology proved to be feasible for the development of a real-time lubricant condition monitoring which was believed to be a new technology in the automotive industry

    An overview of neural networks use in anomaly intrusion detection systems

    Get PDF
    With the increasing number of computers being connected to the Internet, security of an information system has never been more urgent. Because no system can be absolutely secure, the timely and accurate detection of intrusions is necessary. This is the reason of an entire area of research, called Intrusion Detection Systems (IDS). Anomaly systems detect intrusions by searching for an abnormal system activity. But the main problem of anomaly detection IDS is that; it is very difficult to build, because of the difficulty in defining what is normal and what is abnormal. Neural network with its ability of learning has become one of the most promising techniques to solve this problem. This paper presents an overview of neural networks and their use in building anomaly intrusion systems

    Keperluan penyebaran fatwa kepada masyarakat oleh badan berautoriti fatwa negeri: Asas penilaian keberkesanan berdasarkan Kirpatrik Model of Evaluation

    Get PDF
    Fatwa adalah salah satu medium pemakluman hukum syarak dalam memberi jawapan kepada kemusykilan agama kepada masyarakat dan mempunyai peranan besar.Fatwa datang dari masyarakat dan mereka terlibat dalam menerima serta mengamalkan fatwa. Berdasarkan asas ini, fatwa adalah sangat perlu disebarkan.Dalam konteks Malaysia, setiap negeri mempunyai badan berautoriti fatwa masing-masing yang berperanan mengeluar dan menyebarkan fatwa. Dalam menyebarkan fatwa, pelbagai aktviti dan program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun oleh Jabatan Mufti negeri masing-masing. Semua program tersebut adalah melibatkan masyarakat awam dan komuniti yang lebih khusus seperti kakitangan awam dan swasta, para pentadbir kakitangan masjid serta surau.Bagi menilai keberkesaan penyebaran fatwa di setiap negeri melalui program-program yang telah disusun, satu kaedah telah dipilih iaitu Kirkpatrik Model of Evaluation. Adaptasi model penilaian ini telah dilakukan bagi disesuaikan dengan objektif kajian merangkumi 3 peringkat penting iaitu reaksi peserta terhadap keperluan program yang dilaksanakan, proses pembelajaran yang berlaku daripada program yang dihadiri dan tingkah laku melibatkan pengamalan peserta terhadap kefahaman fatwa yang disebarkan melalui program tersebut. Proses penilaian dilakukan melibatkan perbandingan pengetahuan, kefahaman dan pengamalan audiens sebelum dan selepas program dilaksana.Satu analisis kandungan data kualitatif yang berasaskan kutipan data kepustakaan dan temubual dilakukan bagi memberi gambaran umum bersifat teoritikal tentang keperluan penyebaran fatwa dan adaptasi Kirkpatrik Model of Evaluation sebagai model yang digunapakai bagi menilai keberkesaan program- program penyebaran fatwa di peringkat negeri di Malaysia oleh Jabatan Mufti masing-masing

    Hubungan etnik

    No full text
    Buku Hubungan Etnik ini adalah hasil garapan idea dan pengalaman oleh tenaga akademik yang mengajar kursus ini di Universiti Utara Malaysia berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah merangkumi dan mengambil kira senarai bab yang terdapat dalam silibus kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sedikit penambahan selari dengan landskap politik semasa di negara kita.Buku ini akan menjadi rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini di UUM di samping buku-buku rujukan lain. Walaupun buku ini khusus untuk para siswa UUM, namun ia juga sesuai digunakan oleh para siswa yang lain sama ada dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pelatih perguruan, pelajar pra-universiti, sekolah menengah dan orang perseorangan yang berminat untuk mengetahui berkenaan hubungan etnik terutamanya dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

    No full text
    Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya.Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US).Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek-aspek penting ilmu ketamadunan. Pengajian ini juga akan merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. Setiap bab menyentuh tentang aspek-aspek penting ketamadunan termasuklah sejarah, agama dan falsafah, tradisi dan budaya asli serta kedatangan Barat dan pengaruhnya.Buku ini juga mampu memberi pengetahuan dan gambaran betapa masyarakat Asia umumnya dan masyarakat Islam serta masyarakat Melayu khususnya telah pun mempunyai tamadun sendiri yang unggul dan sesuai dengan keadaan semasa.Oleh itu, diharap buku ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang baik tentang keseluruhan konsep dan ilmu ketamadunan
    corecore