4 research outputs found

    Penglibatan Pertubuhan Sukarela Wanita dalam Program Pembangunan Wanita di Sabah, 1968-1998

    Get PDF
    Artikel ini memberi fokus kepada penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dari tahun 1968 sehingga 1998. Pertubuhan sukarela wanita yang dimaksudkan ialah Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) dan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), iaitu dua buah pertubuhan sukarela wanita yang terkenal di Sabah dan keahliannya terbuka kepada kaum wanita pelbagai etnik serta agama. Selepas kemerdekaan Sabah pada 1963, negeri ini telah menyaksikan pelbagai program yang dirancang oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat termasuklah usaha membangunkan kaum wanitanya. Dalam tempoh 1968–1998, PPS dan PEWASA begitu giat melibatkan kaum wanita dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita. Penglibatan kedua-dua pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Maklumat tentang penglibatan PPS dan PEWASA dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita ini diperoleh daripada laporan-laporan kegiatan pertubuhan, fail-fail persendirian, laporan akhbar dan temu bual dengan pemimpin pertubuhan berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pertubuhan ini menjadi salah satu saluran penting yang memudahkan agenda pembangunan sosioekonomi pihak kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kaum wanita Sabah. Menerusi kajian ini juga akan dapat mengetengahkan kepada umum tentang penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di samping membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan yang berterusan terhadap golongan wanita di Sabah

    Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan- Dusun di Sabah

    Get PDF
    Modenisasi memainkan peranan besar terhadap perubahan identiti budaya sesebuah etnik termasuklah aspek makanan tradisi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesan modenisasi dan pengkomersilan terhadap keaslian makanan tradisi serta pelestarian identiti budaya dan mengenalpasti tahap serta kaedah pengkomersilan makanan berkenaan. Kajian ini memfokuskan kepada makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun di Sabah khususnya tuhau dan bambangan. Kajian lapangan yang menggunakan teknik pengamatan turut serta, temu bual dan tinjauan soal selidik dilaksanakan di beberapa lokasi petempatan etnik Kadazan-Dusun termasuklah kawasan Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Tamparuli, Ranau dan Kundasang), Pantai Barat Utara (Kudat, Sikuati dan Kota Marudu) dan Pedalaman atas (Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook). Dapatan kajian mendapati bahawa pengkomersilan dan modenisasi mempengaruhi keaslian makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun khususnya tuhau dan bambangan tetapi tidak melenyapkan identiti budaya etnik berkenaan kerana penyediaan secara tradisi masih turut dipasarkan dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk. Sementelah itu, lokasi petempatan mempengaruhi keaslian dan improvisasi serta tahap dan kaedah pengkomersilan makanan tradisi berkenaan. Antara faktor

    Kegiatan Pertubuhan Sukarela Wanita dan Peranannya Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Wanita di Sabah (1968-1988)

    No full text
    Penglibatan wanita dalam kegiatan berpersatuan di Sabah mula dikesan sejak tahun 1950-an lagi menerusi peranan yang dimainkan oleh persatuan-persatuan sosiobudaya pada masa itu yang melibatkan wanita dalam kegiatan persatuan mereka. Pertubuhan sukarela yang mengkhusus kepada wanita pula tumbuh dan berkembang selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pada tahun 1968, Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) iaitu pertubuhan sukarela wanita yang pertama telah ditubuhkan di Sabah, diikuti oleh penubuhan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) pada tahun 1976 dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO) pada tahun 1985. Kesedaran berpersatuan dalam kalangan wanita Sabah tumbuh dan berkembang sebagai kesan daripada peluang-peluang pendidikan yang mereka nikmati pada tahun 1950-an sehingga selepas merdeka. Di samping itu perkembangan pengaruh gerakan wanita sama ada pada peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa turut menyemai kesedaran wanita Sabah tentang hak dan tanggung jawab mereka untuk memperjuangkan kepentingan kaum wanita secara kolektif melalui persatuan. Kertas kerja ini cuba memfokuskan perbincangan tentang kegiatan pertubuhan-pertubuhan sukarela wanita dan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah sejak tahun 1968 sehingga 1988. Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), Sabah Women Action Resource Group (SAWO) adalah tiga pertubuhan sukarela wanita yang ditumpukan dalam perbincangan ini. Ketiga-tiga pertubuhan ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bersifat sukarela, rentas etnik, rentas agama dan budaya, bukan sayap kesatuan sekerja atau parti-parti politik. Peranan pertubuhan-pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Selain itu, pertubuhan sukarela wanita berkenaan juga telah bertindak sebagai pendamping kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan untuk wanita di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kata kunci: Pertubuhan sukarela wanita, gerakan wanita, pembangunan sosioekonomi wanit

    The Borneo Islamic Heritage and The Significance of Idahan Jawi Manuscript

    Get PDF
    Borneo Island is the third largest island in the world, rich in natural resources, biodiversity and cultural diversity. The uniqueness of Borneo is that it is home to three countries; Malaysia, Indonesia and Brunei Darussalam, each with their own valuable cultural heritage. One of the unique aspects of the Borneo archipelago is the shared wealth of civilizations derived from the dissemination of Islam. Treasures known as the “Borneo Islamic Heritage" are not only valuable as cultural artefacts that need to be preserved, but they can also be elevated and commercialised as regional economic drivers. This paper discusses the Idahan manuscript written in Jawi script as one of the treasures of Islamic intellectual legacy in Borneo. The method of study is based on content analysis which depicts the descriptive history of the discovery of the Idahan Jawi manuscript. This manuscript not only serves as evidence of the early embrace of Islam in Sabah, but also as a reference to matters pertaining to religion and the laws of Islamic jurisprudence. This factor leads the Idahan community be considered as the first native people embracing Islam at the east coast of Sabah. The contribution of this study is to enhance understanding of the development of Islamic heritage in Borneo Island and to inculcate the spirit of solidarity among the people living in the region
    corecore