2 research outputs found
Job burnout and work values as antecedents of organizational citizenship behaviours / Shaiful Annuar Khalid et al.
This study is conducted to examine the relationship between dimensions of job burnout, work values and organizational citizenship behaviour (OCB). Dimensions of burnout include cynicism, emotional exhaustion and reduced professional efficacy whereas work values consist of intrinsic work values and extrinsic work values. Two forms of OCBs tested are organizational citizenship behaviour directed at individual (OCBI) and organizational citizenship behaviour directed at organization (OCBO). The sample of this study includes 101 employees from several work divisions and levels of a Malaysian Multinational Corporation. It was found that dimensions of work values and burnout are significant factors to consider for enhancing OCBO. Specifically, the finding of this study demonstrates that intrinsic work values, extrinsic work values, emotional exhaustion and reduced professional efficacy are significant predictors of OCBO. However, only reduced professional efficacy significantly related with OCBI, whereas cynicism was not related with both types of OCB
Pengaruh orientasi keagamaan intrinsik dan ektrinsik terhadap kecenderungan keusahawanan / Kamsol Mohd Kassim ... [et al.]
Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji hipotesis bahawa orientasi keagamaan intrinsik dan ektrinsik mempunyai pengaruh yang positif terhadap kecenderungan keusahawanan. Di samping itu juga, kajian ini cuba untuk menerangkan kecenderungan keusahawanan berdasarkan faktor-faktor demografi seperti jantina, pengalaman perniagaan dan latarbelakang keluarga. Kajian ini menjangkakan bahawa kecenderungan untuk menjadi seorang usahawan di masa hadapan akan dipengaruhi oleh orientasi keagamaan seseorang individu. Dengan kata lain, semakin tinggi orientasi keagamaan maka semakin tinggi kecenderungan untuk melibatkan diri dengan bidang keusahawanan. Ini adalah selaras dengan prinsip keusahawanan Islam berasaskan penghayatan Islam yang menyeluruh (syumul). Individu yang sempurna kefahaman Islam akan meletakkan keusahawanan sebagai aktiviti yang selaras dengan tuntutan budaya hidup muslim. Agama mampu mengangkat keupayaan usahawan muslim dalam pertumbuhan ekonomi yang baik. Memadamkan tanggapan negatif terhadap agama yang besar peranannya dalam bidang keusahawan selama ini. Agama sebenarnya merangsangkan penerokaan dan pengolahan terhadap sumber-sumber yang banyak dikurniakan Ilahi secara gigih dan kreatif yang terpikul oleh manusia yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Kejayaan dalam bidang keusahawanan menjadi penyumbang utama pendapatan atau rezeki umat Islam selaras dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “90% rezeki adalah dalam dunia keusahawanan.” Sampel kajian berjumlah 70 pelajar Islam semester akhir yang menghadiri program keusahawanan jangka pendek yang diadakan semasa cuti semester Mei 2009 di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Data dikumpul dengan menggunakan soalselidik yang mengandungi ukuran-ukuran sedia ada dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Konstruk yang di ukur ialah orientasi keagamaan dan kecenderungan keusahawanan. Kertas kerja ini turut membincangkan hasil kajian secara terperinci dan memberikan cadangan dan saranan untuk menyemarakkan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar berugam