8 research outputs found

    Penghakiman Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) dalam isu penambakan wilayah di Singapura

    Get PDF
    Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi, dan pasir itu kemudiannya ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Kajian ini menumpukan analisis prosiding penambakan wilayah Singapura di Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) yang melibatkan negara jiran terdekatnya Malaysia. Pengumpulan maklumat primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan juga membuat beberapa temubual mendalam. Manakala maklumat sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil akhir kajian kumpulan pakar bebas (GOE) telah mengesahkan dakwaan awal kerajaan Malaysia bahawa, kerja-kerja penambakan wilayah Singapura di Tuas dan Pulau Tekong telah menyebabkan beberapa impak negatif seperti pencemaran di perairan laut Malaysia dan menyempitkan laluan perkapalan di Selat Johor. Justeru permohonan provisional measures kerajaan Malaysia sememangnya mempunyai asas kes yang sangat kukuh. Pada 26 April 2005, kedua-dua wakil kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama secara rasmi untuk menamatkan pertelingkahan di dalam isu penambakan wilayah ini. Walaubagaimanapun, isu tuntutan kerajaan Malaysia di Titik 20 tidak dibincangkan di dalam prosiding ini, namun kedua-dua pihak bersetuju agar rundingan diplomatik yang berasingan di adakan bagi tujuan tersebut pada masa akan datang

    “Realpolitik” hubungan Singapura-Amerika Syarikat dalam konteks penambakan wilayah di Singapura

    Get PDF
    Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi. Kemudiannya pasir berkenaan ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Ini adalah kerana Singapura mempunyai bidang tanah yang kecil, kawasan pantai yang terhad dan mempunyai populasi penduduk yang semakin meningkat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan bilateral antara Singapura dengan Amerika Syarikat, dan mengenalpasti kerjasama militarinya yang berkaitan dengan aktiviti penambakan wilayah di Singapura. Pengumpulan data primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan melalui beberapa sesi temubual mendalam. Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada pelbagai sumber seperti artikel jurnal tersohor, akhbar, laman internet yang dipercayai dan laporan kerajaan. Kajian ini mendapati bahawa langkah yang diambil oleh Singapura untuk menambak wilayah ini bukanlah disebabkan peningkatan populasi penduduknya semata-mata. Tatkala Amerika Syarikat kelihatan agresif melaksanakan strategi pivot to Asia Pacific, Singapura pula sebenarnya mengalu-alukan kehadiran kuasa militari Amerika Syarikat ke rantau ini. Justeru kajian ini menyimpulkan bahawa jaringan kerjasama militari Singapura- Amerika Syarikat adalah signifikan di dalam aktiviti penambakan wilayah Singapura di mana ianya memenuhi kepentingan realpolitik Amerika Syarikat di rantau ini

    Kuasa maritim China di rantau Asia: satu analisis

    Get PDF
    Kebangkitan tentera laut China seringkali dipamerkan sebagai satu kuasa yang ingin menakluk wilayah maritim lain. Lebih daripada itu pemodenan aset yang telah dilakukan oleh negara tersebut juga seringkali dirujuk sebagai kebangkitan yang bersifat ingin mendominasi dan menjadi kuasa unipolar di Asia. Namun sejauh manakah kebangkitan dan permodenan ketenteraan China itu memberikan kesan negatif kepada negara lain? Dengan menggunakan data primer dan sekunder tahun 2001-2014, kajian ini meneliti sebab China memodenkan aset ketenteraannya dan tentera lautnya di sekitar rantau Asia. Data primer dikumpulkan melalui temu bual berstruktur dengan informan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang hubungan antarabangsa. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian . Hasil analisis menunjukkan bahawa kebangkitan dan pemodenan aset ketenteraan laut China adalah untuk menjaga kepentingan nasionalnya. China juga tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kuasa unipolar di Asia apatah lagi di dunia

    The role of NGOs and Non-State actors in Malaysia’s foreign policy formulation during the Mahathir era

    Get PDF
    In East Asia, during the 1990s, research on the foreign policies of certain countries began when private, non-profit organisations took a keen interest in promoting good governance. During this time, rapid economic growth in these countries had generated new complications brought on by the effects of economic and cultural globalization, hence the urge to apply theories of good governance. Complications culminated in the 1997 East Asian financial crisis. The aftermath of this disaster left many countries struggling with tottering economies, devalued currencies and rising unemployment, not to mention the social and political upheavals that subsequently developed. In many instances, the foreign policies of these countries were directly affected by modifications in the domestic political economy. This in turn had obvious impacts on the foreign policies of these countries. This paper discusses the domestic dynamics in Malaysian society during the premiership of Tun Dr. Mahathir Mohamad. The findings suggest that the Mahathir era signaled new areas of focus in Malaysia’s foreign relations, and that his administration had developed more involved mechanisms for foreign policy decision-making, particularly by engaging non-governmental organisations (NGOs) and other non-state actors

    Governance and freshwater in the Greater Kuala Lumpur area/Klang Valley: success or failure?

    Get PDF
    Much of Malaysia's population is likely to be directly or indirectly affected by climate change-induced freshwater scarcity, which is related to changes in the amount, timing, and distribution of rainfall, and in the amount, quality and accessibility of surface and groundwater. Due to globalization, population growth, increasing agricultural, urban and industrial demands are creating more competition for water resources. The concept of governance is important to be explored as it has serious implications for freshwater availability and human security in Malaysia. This paper explores the relationship between climate change, freshwater and governance in the Klang Valley, Malaysia. It also discusses why those who are most likely to be negatively affected by climate change and freshwater scarcity, are also most likely to experience the negative outcomes of poor governance. It is demonstrated that actual and notional water scarcity is influenced by policy decisions as much as it is by changes in physical supply

    Correlation analysis of Singaporean land reclamation towards its national population

    Get PDF
    Land reclamation is a technique that refers to sand dredging in a given location and the sand is then placed at another location by the shores to elevate the seabed surface level until it becomes a new landscape. Among the countries that actively embark into land reclamation activities in the South East Asian region is Singapore. This is because, Singapore is one of the countries which experience land insufficiency and have a limited coastal area. This study has focused the pattern of Singaporean population, and to identify its relevance to the land reclamation objectives. The collection of primary information was done through direct site observation, and through several interviews. Meanwhile, the collection of secondary materials was done using the library study method in relevant premises. The step taken by Singapore to reclaim its territories is not only because of the increased population alone. This study finds that the number of Singaporean native citizens’ population has declined over the years based on the total fertility rate (TFR) of its natives. This is due to the fact that although Singapore has implemented land reclamation up until today, the latest statistics of population issued by the National Population and Talent Division, Prime Minister’s Office in Singapore has recorded a drop of the TFR for its people to 1.19 point, and stays under the level of 2.10 point for the past 30 years. Thus this study has found that, there is no any relationship can be established between the land reclamation activities towards its population issues in Singapore

    The importance of the Malacca Straits to Japan: cooperation and contributions toward littoral States

    Get PDF
    Due to the Malacca Straits’ strategic centrality in contemporary regional shipping routes, the Japanese have become very concerned about the passage of ships through the area as they have increasingly attracted the attention of maritime criminals such as pirates and smugglers. This study has two objectives, namely to 1) describe the background and the importance of the Malacca Straits to Japan; 2) discuss Japan’s contribution and its cooperation with the littoral states. Significantly, this study has found that, in order for Japan to protect its own national interests, it has had to take the necessary steps to strengthen diplomatic relations with littoral states as well as assisting in improving maritime security in the Malacca Straits. Based on empirical evidence, this study proposes several approaches toward improve current regional cooperation mechanisms by addressing common regional security issues

    Undang-Undang kemanusiaan antarabangsa dan perang terhadap keganasan: suatu tinjauan kritikal

    Get PDF
    Terdapat persoalan sejauh mana ‘Perang terhadap Keganasan’ boleh diklasifikasikan sebagai konflik bersenjata. Justeru itu, berdasarkan kajian kepustakaan artikel ini membincangkan berkenaan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan statut kuasanya terhadap kumpulan bersenjata transnasional berdasarkan Konsep Penentuan Sendiri (Self-Determination). Hasilnya, orang awam yang ditahan atas sebab-sebab keselamatan mesti diberi perlindungan yang diperuntukkan dalam Konvensyen Geneva Keempat dan Orang Awam tersebut yang tidak memenuhi kriteria yang diperlukan menjadikan mereka mendapat hak sepertimana Tahanan Perang. Hal ini penting dalam memahami perbezaan antara Undang-Undang Domestik, Undang-Undang Antarabangsa dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Di bawah Konvensyen Geneva, International Committee of the Red Cross (ICRC) ICRC mesti diberi akses kepada orang-orang yang ditahan dalam konflik bersenjata antarabangsa, sama ada mereka adalah tawanan perang atau orang-orang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva Keempat. ICRC telah berulang kali dipanggil untuk menentukan status undang-undang yang tepat setiap individu yang diadakan di Teluk Guantanamo dan rangka kerja undang-undang yang terpakai kepada semua orang yang telah diadakan dalam usaha memerangi keganasan di luar situasi konflik bersenjata, ICRC mempunyai hak inisiatif kemanusiaan di bawah Statut Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Oleh itu, orang ramai yang kerap dikunjungi oleh ICRC telah ditahan atas sebab-sebab keselamatan dalam masa aman. Beberapa konvensyen antarabangsa mengenai keganasan yang sedia ada termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang menyatakan bahawa negeri-negeri boleh membenarkan akses ICRC kepada orang-orang yang ditahan kerana disyaki aktiviti pengganas. Peruntukan-peruntukan ini, serta orang-orang yang dimasukkan ke dalam perjanjian Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan dalam Statut Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Gerakan adalah pengiktirafan terhadap peranan unik yang dimainkan oleh ICRC, berdasarkan prinsip-prinsip berkecuali dan kesaksamaan
    corecore