218 research outputs found

    Psychogeriatric

    Get PDF
    Dementia (Visit Program at Rumah Ehsan

    Kesihatan dan anda Siri 2 Covid-19

    Get PDF

    Jangkitan Japanese Encephalitis (JE): sejarah yang Kian berulang!

    Get PDF
    Beberapa hari yang lalu, negara kita dikejutkan sekali lagi dengan penularan penyakit Japanese Encephalitis atau JE di Sarawak. Sejak awal tahun ini, sebanyak lima kes jangkitan telah dilaporkan iaitu menyamai separuh daripada jumlah keseluruhan kes berbanding tahun lalu. Jumlah ini dikhuatiri makin meningkat dan penyakit ini boleh merebak menjadi wabak jika tidak dibasmi. Jangkitan yang suatu masa dahulu terkawal dan jarang diperkatakan kini mula menghantui corak dan statistik jangkitan penyakit di dalam negara kita โ€“ seiring dengan kemunculan kembali jangkitan penyakit berjangkit yang lain. Justeru langkah berjaga-jaga telah diambil berat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk memantau status imunisasi JE di kalangan golongan sasar iaitu remaja. Masyarakat umum juga boleh membantu dengan mengambil tahu berkenaan penyakit JE serta mengamalkan langkah pencegahan. Justeru, mari kita kenali apa itu JE

    Kusta โ€“ Penyakit menyamar ! โ€“ Dr Shaiful Ehsan

    Get PDF
    Penyakit Kusta, jarang diperkatakan, namun masih terjadi tanpa kita sedari sehingga ke hari ini. Kusta atau leprosy adalah antara penyakit tertua pernah dihidapi dalam sejarah manusia. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria Mycobacterium leprae yang boleh merosakkan kulit, sistem saraf, pernafasan dan penglihatan. Sekiranya tidak dikesan awal dan dirawat, ianya boleh menyebabkan kecatatan pada kaki dan tangan, kebutaan dan akhirnya memudaratkan kualiti kehidupan si penghidap, sama ada dari segi fizikal mahupun emosi oleh kerana pandangan negatif dan stigma daripada masyarakat. Walaubagaimanapun, komplikasi ini boleh dicegah melalui pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan. Namun adakah kita sedar, penyakit ini boleh menyamar

    Kenapa bacaan gula saya tetap tinggi ketika puasa Ramadan?

    Get PDF
    Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam dalam bulan ini termasuklah berpuasa di siang hari iaitu sekitar 13 jam untuk penduduk di Malaysia. Ketika melakukan ibadah puasa ini, umat Islam perlu mengawal diri daripada makan dan minum serta apa-apa jua perkara yang boleh membatalkan puasa. Ibadah puasa sudah terbukti memberi banyak kebaikan termasuklah dari segi saintifik seperti penurunan berat badan, pengawalan kencing manis dan darah tinggi. Namun, untuk sesetengah pesakit kencing manis, pernahkah anda terfikir, mengapa bacaan gula anda tetap tinggi ketika berpuasa di bulan Ramadan? Ikuti penjelasan ringkas berikut: Adakah semua pesakit kencing manis dibolehkan berpuasa? Dari segi rujukan dan panduan secara umum, kebolehan pesakit kencing manis untuk berpuasa adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan tahap kawalan kencing manis mereka. Mereka yang bakal berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kencing manis dan kemudaratan ketika berpuasa termasuklah pesakit kencing manis yang berikut: Mengalami sejarah gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dalam tempoh terbaru dan memerlukan rawatan hospital Bacaan paras gula yang senantiasa amat tinggi dan merbahaya Kegagalan buah pinggang Wanita yang hamil Tidak dapat mengenal pasti gejala kurang gula atau gula yang tinggi Mereka yang sudah berumur dan tidak mampu mengurus diri sendiri Mengalami pelbagai penyakit kronik yang lain berserta kegagalan organ dalaman untuk berfungsi dengan baik Namun ini tidak bermakna mereka sama sekali tidak boleh berpuasa. Pemeriksaan dan penilaian risiko secara individu amatlah penting

    Covid-19: Keperluan membatalkan majlis keramaian & perjumpaan

    Get PDF
    Virus Koronavirus Covid-19 merupakan suatu krisis dunia dan penularan kuman yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai pandemik susulan penularan virus Covid-19 yang amat membimbangkan. Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang masyarakat seduni

    Keracunan bahan kimia di tempat awam: apa peranan anda?

    Get PDF
    Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan insiden keracunan bahan kimia di daerah Pasir Gudang berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuang sisa kimia ke dalam sungai berhampiran iaitu sungai Kim Kim. Ianya bukan sahaja mengakibatkan gejala keracunan kepada pelajar-pelajar sekolah berdekatan yang amat membimbangkan, namun melumpuhkan aktiviti pembelajaran dan mengganggu kegiatan seharian penduduk setempat. Pencemaran bahan kimia ini boleh merebak kepada penduduk tempatan melalui pencemaran udara, saliran air mahupun rantaian makanan. Pencemaran bahan kimia boleh menjejaskan fungsi fisiologi badan, mengganggu sistem pernafasan, pencernaan dan pemikiran, serta merosakkan kesihatan kulit. Ada juga kesan jangka masa panjang yang masih belum dirungkaikan sepenuhnya. Justeru, pencegahan pencemaran kimia melalui pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang adalah lebih baik berbanding merawat keracunan bahan kimia itu sendiri. Mari kita kenali apa peranan kita apabila berlakunya pencemaran kimia
    • โ€ฆ
    corecore