52 research outputs found

    Production and perception of English Word Final Stops By Malay Speakers

    Get PDF
    A few influential speech studies have been carried out using established speech learning models, which confirmed that the analysis of first language (L1) and second language (L2) at a phonemic level provides only a partial view of deeper relationships between languages in contact. Therefore, studies focusing on cross-language phonetic differences as a causative factor in L2 learner difficulties have been proposed to understand second language learnersā€™ (L2) speech production and how listeners respond perceptually to the phonetic properties of L2. This paper presents a study of the production and perception of the final stops by English learners (L2) whose first language is Malay (L1). A total of 23 students, comprising 16 male and 7 female Malay subjects (L1 as Malay and their L2 as English) with normal hearing and speech development participated in this study. A short interview was conducted in order to gain background information about information about each subject, to introduce them to the study, to inform them about the process of recording, the materials to be used in the recording session, and how the materials should be managed during recording time. Acoustic measurements of selected segments occurring in word final positions (via spectrographic analysis, syllable rhyme duration and phonation) were taken. Results of the voicing contrast realisation in Malay accented English and Malaysian listeners' perceptual identification/discrimination abilities with final voiced/voiceless stops in Malay and English are presented and discussed. The findings revealed that the Malay studentsā€™ realisation of final stops in L2 is largely identical to their L1. In addition, the results also showed that accurate ā€˜perceptionā€™ may not always lead to accurate ā€˜productionā€™

    Kemahiran berkomunikasi dalam kalangan penutur dewasa Melayu dengan afasia

    Get PDF
    Kajian ini meneliti kebolehan penghasilan kata kerja dan kata nama yang wujud dalam pertuturan pesakit afasia dengan menggunakan Malay Verb and dan Noun Test (MVAN). Prestasi dua kumpulan peserta: subjek kawalan dan afasia dinilai melalui tugasan penamaan gambar. Seramai 14 orang dewasa yang berbahasa Melayu dengan afasia, berumur 28-64 tahun (min = 50.70) dan 20 orang dewasa normal penutur asli bahasa Melayu yang dipadankan dari segi umur, jantina dan pendidikan, berusia 28-71 tahun (min = 52.29) telah dipilih. 52 kata nama dan 32 kata kerja yang dikawal mengikut kepanjangan suku kata, kebolehgambaran dan keterbiasaan disenaraikan dan ditukarkan kepada kad bergambar hitam dan putih. Subjek diminta untuk menamakan objek dalam kad tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan subjek kawalan dapat menghasilkan kata nama lebih baik daripada kata kerja berbanding kumpulan subjek dengan afasia. Kumpulan subjek dengan afasia fasih menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kedua-dua penghasilan kata nama dan kata kerja daripada kumpulan subjek afasia tidak fasih. Secara keseluruhan, pola kesalahan yang ditunjukkan oleh semua subjek adalah kesalahan semantik dan kesilapan yang tidak berkaitan. Keputusan juga menunjukkan bahawa apabila pengaruh faktor-faktor pembauran dimasukkan seperti kebolehgambaran dan keterbiasaan, tidak ada bukti menunjukkan kewujudan defisit tertentu kelas perkataan dalam kalangan subjek dengan afasia. Dapatan kajian juga mengukuhkan kepentingan penggunaan gambar dalam menilai masalah pencarian semula perkataan dan telah menyediakan beberapa data berguna dalam penghasilan kata nama dan kata kerja dalam kalangan orang dewasa Melayu dengan afasia

    Pola pertembungan bahasa dalam komunikasi berbahasa Melayu oleh penutur natif Iban

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan beberapa perkara menarik berkaitan pertembungan bahasa pertama (Bahasa Iban) dan bahasa kedua (Bahasa Melayu) yang wujud ketika penutur Iban berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard.Penelitian ke atas realisasi vokal bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur Iban dikaji menerusi analisis spektrograf.Perbandingan pola akustik vokal ketika subjek berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Melayu menyerlahkan beberapa fenomena yang unik tentang fenomena pertembungan bahasa.Kajian ini mendapati bahawa wujud kecelaruan berkomunikasi (yang wujud dalam realisasi vokal tertentu) secara bipolar iaitu gangguan bahasa ibunda-tulin (GBIt) dan pencairan dua sistem (PDS) (i.e. kerancuan antara bahasa pertama dan kedua).Pola GBIt lebih bersifat fenomena konvensional dalam konteks pertembungan antara bahasa pertama dan kedua, manakala pola PDS adalah isu baru dalam kajian seperti ini. Pola PDS, bahkan, didapati lebih dominan wujud dalam data kajian ini berbanding dengan pola GBIt. Pola PDS ini juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu Sistem Pertengahan, Generalisasi Terlampau-besar dan Generalisasi Terlampau-kecil.Penemuan kajian ini memberi implikasi yang signifikan terhadap kajian tentang pertembungan bahasa, khususnya, terhadap pemahaman kita tentang aspek kerancuan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, di samping persepsi umum tentang bahasa serumpun Iban-Melayu serta perkembangan metod penelitian bahasa berasaskan teknologi makmal

    Determining the effect of aloe Vera and aerobic exercise on lactate de-hydrogenase in male athletes

    Get PDF
    Aloe Vera is a medicinal plant as antioxidants reduce cell damage and used. The purpose of this study was to determine the effect of Aloe Vera on lactate de-hydrogenase after a period of aerobic exercise in male athletes. Methods This study applied the method according to the nature of the study, based on semi-empirical research and a review of the pre-test, post-test supplements and placebo groups, respectively. In this study,20 male students weight was 64.85 Ā± .51 and height was 172.05 Ā± 6.4 were randomly assigned to two groups of Imam Ali College of Physical Education Supplement (n = 10) and placebo (10 people). Then aerobic training was conducted for 4 weeks in the supplemented group were taking 3 capsules, each capsule contains 2 grams of dried Aloe Vera and placebo group were taking 3 capsules containing Dextrin daily after every meal. To determine the index of LDH were used and blood samples were collected 24 hours before and after each test Cooper with student in the lab. To describe data, analytical data, and for the mean and standard deviation of repeated measures ANOVA and independent T-test was used for comparison between groups Significance level was P ā‰¤ 0.05. The use of Aloe Vera during aerobic exercise significantly, cautious reduced LDH (P=0.006) in the supplement group compared to placebo was 15 reduction. Conclusion: Overall the findings of this study showed that Aloe Vera reduces lactate de-hydrogenase. This result may reflect the role of Aloe Vera has anti-inflammatory and antioxidant

    Komunikasi sosial dalam kalangan etnik di Lembangan Sadong: gendang Melayu Sarawak

    Get PDF
    Persembahan seni muzik sering dianggap sebagai medium hiburan semata-mata. Namun dalam penulisan ini, pengkaji cuba meneroka peranan lain persembahan seni muzik iaitu mengeratkan interaksi sosial antara ahli masyarakat. Dengan menjadikan program persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak sebagai subjek kajian, penulisan ini mengguna pendekatan sekunder dan primer bagi mendapatkan data. Temu bual bebas dan berstruktur secara bersemuka dengan informan pakar menjadi alat penting bagi memperoleh maklumat. Kajian di lapangan memfokus kepada masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di sekitar Kuching, Kampung Simunjan dan persekitarannya serta sebahagian ahli masyarakat dalam kalangan etnik Iban, China dan Melanau. Memandangkan persembahan Gendang Melayu Sarawak merupakan aktiviti popular dalam beberapa acara persembahan kesenian di kalangan masyarakat Melayu Sarawak, maka dengan menjadikan aktiviti persembahan tersebut sebagai kajian kes, penulisan ini berusaha melihat sejauh mana persembahan Gendang Melayu Sarawak mampu mengeratkan interaksi antara ahli masyarakat yang terlibat. Dapatan awal memperlihatkan masyarakat Melayu di persekitaran sungai Sadong khususnya dalam kalangan generasi dewasa dan tua amat meminati persembahan gendang Melayu dan sering memenuhi setiap persembahan yang diadakan. Malahan mereka yang terlibat akan memberikan sumbangan tenaga, moral dan kewangan bagi menjayakan seni persembahan gendang Melayu Sarawak. Sekali gus komunikasi sebegini mewujudkan amalan kerjasama atau ā€˜gotong-royongā€™ dalam kalangan mereka. Begitu juga dalam kalangan etnik lain seperti Iban, China dan Melanau yang sedar akan kewujudan persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak dan boleh menerimanya sebagai salah satu daripada produk seni budaya tradisi masyarakat di Sarawak

    Variasi dialek Pahang : keterpisahan berasaskan jaringan sungai

    Get PDF
    Kajian ini cuba membawa perspektif baharu terhadap penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Kajian lepas terhadap penamaan dan penggolongan sangat dipengaruhi oleh konsep bahawa sempadan politik, menyamai sempadan dialek, sehinggakan dialek Pahang dikatakan memiliki lapan ā€œsubdialekā€ berdasarkan di daerah mana sundialek itu dituturkan. Dialek Pahang lantas digolongkan pula kepada dua kumpulan yang berbeza berdasarkan ciriciri linguistik yang ditonjolkan oleh setiap subdialek. Satu kumpulan di dalam memperlihatkan ciri dialek Pahang dan satu kumpulan lagi memperlihatkan ciri percampuran antara dialek Pahang dan dialek-dialek lain. Dalam usaha meneroka perspektif yang berbeza, kajian ini cuba menjadi sistem sungai di Pahang sebagai asas kepada penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Varian-varian linguistik yang ada di tiga batang sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis dianalisis dan diperbandingkan untuk mengesan ciri persamaan dan perbezaan mereka. Kajian ini mendapati hanya wujud hanya dua subdialek di Pahang iaitu subdialek Hulu Pahang dan Subdialek Hilir Pahang yang sempadannya ditentukan oleh aliran sungai tersebu

    Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil: analisis linguistik bandingan

    Get PDF
    Kajian tanah air umat Melayu (bangsa Austranesia) tidak pernah berhenti dibincangkan baik oleh ilmuan dalam bidang kebudayaan mahu pun linguistik. Ada yang mengatakan bahawa umat Melayu ini berasal daripada China dan Taiwan, dan ada yang mengatakan mereka tidak berasal daripada mana-mana, dan wilayah Nusantara inilah merupakan tanah air mereka. Berlandaskan pernyataan di atas, maka pengkaji berpendapat bahawa masih ada jaringan dialek Melayu yang belum dikaji dengan tuntas. Oleh itu, kajian ini memfokuskan ke atas keberadaan dialek Melayu di wilayah Barat Daya Laut China Selatan, iaitu mencakupi Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Kajian ini adalah salah satu usaha untuk membincang status inovasi bersama yang wujud dalam ragam di Tioman-Aur-Pemanggil. Perbincangan berkaitan inovasi bersama dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil ini menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Bagi memperoleh ciri inovasi bersama, perbandingan fonem vokal, diftong dan konsonan dilakukan antara bahasa Melayik Purba dengan dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Hasil perbandingan memperlihatkan adanya ciri inovasi dan retensi yang diturunkan dalam dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil dalam varian semasa iaitu Tekek, Juara dan Salang. Sehubungan itu, dengan adanya data linguistik ini, memperlihatkan bahawa, umat Melayu atau bangsa Austronesia sebenarnya telah lama menjadikan wilayah Nusantara ini sebagai wilayah hunian mereka. Justeru, tanggapan tokoh-tokoh linguistik Barat yang mengatakan bangsa ini produk dari utara (China dan Taiwan) sama sekali tidak benar

    Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan menyerlahkan keterikatan ragam bahasa antara Dialek Melayu Sarawak dengan dialek Melayu di semenanjung Malaysia, khususnya dari aspek fonologi. Keterikatan ini seterusnya dinilai berasaskan konsep kesepaduan dan keharmonisan ragam bahasa Melayu di Malaysia. Kaedah lapangan dan kepustakaan telah diaplikasikan bagi memperoleh data dan maklumat berkaitan ragam bahasa Melayu yang dituturkan di kawasan lembangan Sungai Sadong Sarawak serta Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data telah dihuraikan secara kaedah Linguistik Deskriptif. Kawasan penelitian merangkumi kampung-kampung Melayu di sepanjang lembangan Sungai Batang Sadong di Sarawak. Penelitian ke atas kosa ilmu kajian lepas menunjukkan bahawa fokus kajian terdahulu lebih tertumpu kepada Dialek Melayu Kuching, Dialek Melayu Saribas, dan Dialek Melayu Sibu. Varian dialek Melayu di lembangan Sadong dianggap sebagai cebisan Dialek Melayu Kuching. Terdapat juga pengkaji lepas (misalnya, Saidatul 2013, Madzhi 1988) yang menganggap bahawa Dialek Melayu Kuchinglah yang lebih dekat dan terikat dengan Bahasa Melayu. Namun demikian, dapatan awal pengkaji menunjukkan bahawa dialek Melayu di lembangan Sadong memiliki ciri linguistik yang tersendiri yang berbeza dengan Dialek Melayu Kuching, Melayu Saribas, mahupun Melayu Sibu. Selain itu, dialek Melayu Sadong menyerlahkan beberapa bentuk bukti kesejajaran fonologinya dengan beberapa dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Antara lain, kewujudan bentuk kelainan [], [] dan [] di akhir kata (masing-masing mirip kepada dialek Melayu Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan), penggunaan nasal alveolar menggantikan nasal velar di akhir kata yang mirip dialek Melayu Kedah, di samping elemen monoftongisasi. Justeru, di sebalik kewujudan unsur inovasi, ciri retensi bersama yang diperlihatkan antara dua varian dialek Melayu yang terpisah jauh oleh Laut Cina Selatan ini sangat mengagumkan. Unsur pengekalan ini menyerlahkan keutuhan perpaduan Melayu melalui bahasa. Kajian ini mampu memberi implikasi penting kepada pemetaan landskap dialek Melayu, di samping menyerlahkan indikasi signifikan kepada khazanah kosa ilmu budaya Melayu

    Realisasi masa mula bersuara bunyi plosif dalam penghasilan bahasa Ibunda dan bahasa Melayu oleh penutur lelaki Itali

    Get PDF
    Kertas penyelidikan ini membentangkan dapatan daripada kajian akustik masa mula bersuara (MMS /VOT) obstruen plosif penutur lelaki Itali yang berbahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Penutur merupakan penutur jati bahasa Itali tetapi berupaya bertutur dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Tagalog dan bahasa Melayu Indonesia dengan fasih. Menerusi penggunaan perisian PRAAT (Boersma, 2011) dan analisis spektrografik, kajian ini meneliti MMS bunyi plosif yang dirakam menggunakan perakam digital Sony Stereo IC ICD-PX440. Data bahasa Itali (Bit) dan bahasa Melayu (BM) telah digunakan untuk melihat ciri-ciri akustik yang boleh ditemui dalam dua bahasa berbeza yang dituturkan oleh seorang penutur yang sama. Aspek akustik yang difokuskan ialah MMS bagi bunyi di posisi awal kata. Hasil kajian ini dibandingkan dengan kajian MMS yang telah lepas. Hasil analisis realisasi kontras penyuaraan, subjek menunjukkan nilai plosif tidak bersuara [p,t] ketika menuturkan BIt adalah lebih tinggi berbanding bunyi yang sama ketika menuturkan BM. Bunyi plosif tidak bersuara [k] dalam Bit adalah lebih rendah berbanding BM. Walau bagaimanapun, nilai bunyi plosif bersuara [b,d] dalam BIt dan BM hanya berbeza sedikit sahaja berbanding bunyi [g] yang memaparkan nilai yang sangat tinggi ketika penutur menuturkan data dalam BM. Penutur ini merealisasikan MMS bunyi plosif dalam penghasilan BIt dan BM berkategori SVL lwn. VLd. Dapatan ini turut memperlihatkan kadar getaran pita suara penutur Itali ini adalah berbeza bagi penghasilan bunyi plosif velar bersuara dan tidak bersuara ketika menuturkan Bit dan BM

    Profil kecelaruan penutur natif Melayu dalam penulisan esei

    Get PDF
    Kajian ini cuba memaparkan profil kecelaruan penutur natif Melayu menerusi penggunaan kata ā€˜diā€™ dalam penulisan esei. Profil ini diserlahkan menerusi dapatan Analisis Kesalahan ke atas data kajian. Data kajian merupakan sejumlah kecelaruan penggunaan nahu iaitu penggunaan kata ā€˜diā€™ dalam penulisan esei 50 orang pelajar prasiswazah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS) UIAM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek mengalami masalah kecelaruan pemikiran antara fungsi kata ā€˜diā€™ sebagai imbuhan atau kata sendi. Kecelaruan ini diklasifikasikan sebagai berpunca dari masalah ā€˜kesalahanā€™ dan juga ā€˜kesilapanā€™. Implikasi dapatan ini bukan sahaja penting kepada para pelajar untuk memahami dan mengatasi masalah kenahuan dalam penulisan mereka, malahan sangat penting kepada ahli akademik khususnya pendidik bahasa Melayu untuk memahami kewujudan masalah seperti ā€˜kesalahanā€™ dan ā€˜kesilapanā€™, dan seterusnya dapat menangani kekeliruan penggunaan kata ā€˜diā€™ dalam penulisan pelajar. Kajian ini turut memberi implikasi penting kepada polisi pendidikan bahasa Melayu di IPT dalam konteks mengekalkan martabat Bahasa Kebangsaan negara Malaysia iaitu bahasa Melayu
    • ā€¦
    corecore