27 research outputs found

    Isu Psikososial Dan Cabaran Program Pertukaran Jarum Dan Picagari (NSEP)

    Get PDF
    Kajian kualitatif berbentuk eksploratori ini secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP yang merupakan salah satu intervensi dalam Pengurangan Kemudaratan. Fokus penilaian kajian adalah kepada aspek-aspek psikososial IDU dan pandangan mereka sendiri mengenai penambahbaikan perkhidmatan ini. Objektif kajian ini ialah: (1) mengenalpasti ciri-ciri psikososial IDU yang terlibat dengan NSEP, (2) mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk berhenti mengamalkan tingkah laku berisiko, (3) mendapatkan pandangan IDU terhadap program NSEP, (4) mendapatkan cadangan daripada IDU untuk perkhidmatan NSEP dan (5) melihat peranan yang boleh dimainkan oleh pekerja sosial untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP

    Pengetahuan HIV/AIDS dan faktor keterlibatan dalam hubungan romantik serta ketertarikan seks sesama jantina: kajian kes dalam kalangan mahasiswa gay

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang risiko jangkitan HIV/AIDS, faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina. Masih kurang kajian yang memberi tumpuan kepada amalan hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina serta kesedaran mahasiswa tentang HIV/AIDS impak daripada tingkah laku seks berisiko ini. Banyak kajian terdahulu lebih menumpu kepada faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina tanpa mengaitkannya dengan kesedaran mahasiswa gay terhadap jangkitan HIV. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dan direkabentuk bersesuaian kaedah kajian kualitatif. Seramai empat informan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang membuat pengakuan identiti gay telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan informan adalah menggunakan teknik Persampelan Snow Ball. Pengumpulan data telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Google Meet. Semua informan ditemubual dalam talian secara konferen video. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil analisis menunjukkan terdapat empat faktor risiko keterlibatan mahasiswa dalam hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina iaitu (i) pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual semasa kecil, (ii) faktor naluri semulajadi, (iii) pengaruh rakan/komuniti berisiko gay dan (iv) pengaruh negatif daripada media sosial dan internet. Informan juga mempunyai pengetahuan asas tentang risiko jangkitan HIV. Walau bagaimanapun, kesemua informan percaya tingkah laku mereka mempunyai risiko rendah dan tidak mudah untuk dijangkiti HIV. Salah faham tentang risiko jangkitan HIV bagi seks tidak selamat dan seks luar tabi’ dipercayai mendorong amalan hubungan seks sesama jantina dilakukan tanpa rasa takut dan menurunnya keprihatinan kepada seks selamat dalam kalangan mahasiswa gay. Kajian mencadangkan salah faham tentang risiko jangkitan HIV sebagai faktor baharu penyebab amalan seks sesama jantina yang berterusan dalam kalangan informan yang dikaji. Intervensi perlu dibentuk bersesuaian faktor risiko hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina agar ia dapat dibendung daripada menular dalam kalangan mahasiswa gay

    The perspective of social work education development in Malaysia and Australia

    Get PDF
    This article explored the development of social work education in Malaysia and Australia focusing on three areas; professions, standards and education. The findings indicated that social work programmes and courses should be more entrepreneurial, research-oriented, and more efficient in its teaching methodology. Additionally, social work programmes should emphasise on the development of social work as a profession, strengthen the governance of social work education, and develop programs that focus on the global agenda. In Malaysia, the social work education began in 1975 whereas in Australia, it started in 1940 with the launch of Social Work Degree Program in the University of Sydney. In Australia, social work programmes are accredited by a professional body known as the Australian Association for Social Work (AASW), while in Malaysia, there is no established or authorised professional body to accredit the programmes. Without it, the path for social work profession to develop may be affected or compromised. This could be the contributing factor causing the delay in the development of social work education in Malaysia when compared to Australia

    Challenges and coping strategies among clients in the National Blue Ocean 3 (NBOS3) program

    Get PDF
    This paper discusses the challenges and coping strategies among clients under the National Blue Ocean 3 (NBOS3) program monitored by the Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). The NBOS3 AADK applies the work therapy using agriculture approach as a treatment to ex-offenders in the government rehab centres. This is a qualitative study using an interview approach. The data was gathered through eight (8) clients from the Cure and Care Rehab Centre (CCRC), Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Findings showed that, clients faced three themes of challenges which are; a) psycho-social, b) working environments, and c) job demands. To address these challenges, the clients used two types of coping strategies; a) emotional-focus strategy, and b) problem-solving strategy. The results of the study highlighted the importance of social support and internal values in the social networks among clients in the rehabilitation programs. In addition, stakeholders such as Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) could create a working committee among the clients themselves in executing the NBOS3 program, thus strengthening their inner values. Future study could identify the effectiveness of social support and internal value among clients under the NBOS3 program. Through the findings, a holistic module that integrates positive social networks, internal values and work therapy could be develop to strengthen programs in the rehab centres

    Dari halaman rumah ke hadapan layar: Pola bermain dan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak

    Get PDF
    Children are the asset of a family. They are also considered as an important asset to a country because they are considered as future leaders. Thus, children should not only be intelligent but also possess particular skills. One of the ways to develop the particular skills is through play activities. Unfortunately, recently, group play patterns in the lawn, in particular has changed to individual play which takes place in front of the televisyen screen or computer within the household or in separate rooms. This practice definitely has left an important influence to the children’s development. This study was carried out in 2007. Therefore, this article discusses the issues relating to the patterns and functions of play from the past until recently on children’s development. The issue raised in this paper is to discuss on the existing causes of changes. What are the implications on the existing changes towards the development and well being of children? How can the changes be handled? What is the function of the family, community and country in dealing with the related issue? This article is based on secondary data from library research were analyzed inductively. Findings indicated that generally, play is crucial for children’s physical, cognitive, social and emotional development. Conversely, the change in the play pattern which specifically involves video and computer screens gives a different implication. Positive and negative implications depended on the type of software used. Screen play in the form of aggression is related to negative behavior, whereas educational play is related to positive implication. Consequently, the role of adults is to monitor children’s play activitie

    Refleksi pelaksanaan praktis kerja sosial kumpulan melalui medium talian

    Get PDF
    Dalam berhadapan dengan isu kesihatan dunia kini iaitu pandemik Covid-19, praktis kerja sosial yang menggunakan kaedah kumpulan menjadi sangat terhad. Keperluan kerja kumpulan yang melibatkan perjumpaan bersama dengan ahli kumpulan menjadi sangat mencabar kerana perjumpaan secara berkumpulan itu adalah suatu yang perlu dielakkan lantaran boleh mendatangkan risiko dijangkiti Covid-19. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial semasa melaksanakan kaedah kerja kumpulan secara norma baharu iaitu secara dalam talian. Kajian bersifat penerokaan awal ini menggunakan kaedah analisis dokumen. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan. Data kajian melibatkan 20 buah dokumen laporan kerja lapangan oleh seramai 20 orang pekerja sosial yang mengikuti program Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPSKS) dan telah menjalankan kerja kumpulan selama 7 minggu secara dalam talian. Kumpulan klien yang dikendalikan oleh mereka adalah terdiri daripada 20 kumpulan remaja akhir yang sedang mengikuti pengajian di universiti tempatan. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 94 orang. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dokumen. Hasil kajian yang dijalankan mendapati lima isu utama yang menjadi cabaran apabila melaksanakan kerja kumpulan atas talian iaitu (i) reaksi ahli kumpulan tidak jelas (ii) rappo yang lebih lama (iii) masalah teknikal (iv) kurang kohesion sesama ahli kumpulan dan (v) cabaran daya tindak pekerja sosial. Kreativiti pekerja sosial amat disarankan supaya pelaksanaan kerja kumpulan dapat diberikan secara maksima walaupun tidak seperti keadaan bersemuka

    Pembelajaran aktif dalam kursus kerja sosial dan perundangan melalui kempen kesedaran berkaitan perundangan sosial

    Get PDF
    There is interrelationship between the professions of social work and the legal system. A social worker, in the role of advocate ensures the clients’ rights in general as well as to provide social justice such as social legislation awareness campaign. In order to that, this paper aimed to enlighten the implementation of a social legislation awareness campaign, which is one of the active learning methods with reference to social marketing theory. The implementation of the awareness campaign involves active teaching and learning activities for the course Social Work and Social Legislation (SKPW5102); a postgraduate course for Postgraduate Diploma of Social Work. The campaign aimed to raise awareness of the public about social legislation. Furthermore, the campaign is very much in a collaboration of the administration of Terminal Bersepadu Selatan and Institut Sosial Malaysia. The implementation of this campaign is a sequence of reflective teaching from the similar courses. Prior to that, the students were exposed to the court trials for hearing cases relatedto social issues such as crimes among juveniles and were asked to write reflections from their experiences. The learning method won bronze medal during the K-Novasi 2015. However, after several years of implementing the method, a new approach with the implementation of the campaign was implemented for the assessment of Social Work and Social Justice course

    Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga : penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia

    Get PDF
    Jagaan pelihara berasaskan keluarga (family-based foster care) merupakan jagaan gantian yang memberikan persekitaran keluarga yang bersifat fleksibel kepada kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan. Ia merupakan satu konsep yang tidak asing lagi di kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kanada dan Australia. Namun, konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga masih lagi baru dan kurang difahami dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru kajian mengenai jagaan pelihara berasaskan keluarga masih kurang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dalam kalangan ibu bapa pelihara. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan teori grounded dengan penglibatan seramai 25 orang ibu bapa pelihara sebagai informan kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah temu bual mendalam menggunakan soalan separa berstruktur digunakan untuk pengumpulan data. Seterusnya data dianalisis menggunakan analisis tema menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema utama iaitu (i) ketidakfahaman konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga, (ii) kekeliruan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dan pengangkatan dan (iii) sumber pengetahuan berasaskan pengalaman. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan satu garis panduan bagi memastikan kefahaman yang jelas tentang konsep jagaan pelihara supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam, dan secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai ibu bapa pelihara bagi membantu memberi pemeliharaan kepada kanak-kanak yang memerlukan

    Faktor-faktor penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang di Malaysia

    Get PDF
    Senario penagihan dadah adalah ancaman secara berantai kepada individu, keluarga dan komuniti. Ini ditunjukkan melalui peningkatan statistik penagih berulang yang memberi kesan kepada komuniti. Kesan penagihan berulang menjejaskan kesihatan dengan masalah ko-morbiditi, psikopatologi dan psikososial. Selepas 40 tahun, Malaysia menjalankan pelbagai usaha dalam program rawatan dan pemulihan, namun usaha ini tidak menunjukkan kejayaan. Keadaan ini telah membawa kepada pengkajian tentang pelbagai faktor yang menyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor intrapersonal iaitu motivasi untuk berubah dan peranan strategi daya tindak sebagai pengantara terhadap situasi berisiko tinggi penagihan berulang yang merangkumi emosi negatif, konflik interpersonal dan tekanan sosial. Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan penggunaan soal selidik dan ditadbirkan ke atas 600 orang klien di Klinik Cure & Care, Malaysia. Soal selidik yang digunakan ialah The Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale (SOCRATES), Brief COPE dan soal selidik kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Data dianalisis dengan menggunakan analisis regrasi pelbagai dan PROCESS for SPSS. Keputusan kajian menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara faktor intrapersonal dan strategi daya tindak terhadap kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Di samping itu, strategi daya tindak merupakan pengantara (mediator) dalam hubungan di antara motivasi untuk berubah dan kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Dapatan kajian ini seharusnya diambil kira dalam membentuk program-program rawatan dan pemulihan dadah untuk mengurangkan penagihan berulang dalam kalangan penagih dadah di Malaysia

    Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia

    Get PDF
    Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana yang terlibat dalam program pemulihan akhlak adalah sangat penting dalam mengendalikan pelatih juvana tersebut. Namun demikian, didapati kebanyakan pelaksana dan pekerja kes juvana dilihat kurang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam pemulihan akhlak juvana. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah campuran iaitu Reka bentuk Penjelasan Berturutan. Kajian ini dilakukan di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pelaksana dan pelatih juvana. Bagi kajian kuantitatif, 95 orang pelaksana yang terlibat. Manakala kajian kualitatif terdiri daripada sembilan orang informan pelaksana dan lapan orang informan pelatih. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik dan sesi temu bual. Alat kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik dan protokol temu bual. Analisis data kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS dan kaedah tematik. Kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelaksana adalah pada tahap sederhana (Min=3.80, SP= 0.38). Temu bual bersama informan pelaksana menunjukkan mereka memerlukan input-input tentang kemahiran pemulihan akhlak secara berterusan. Informan pelatih pula berpendapat kebanyakan pelaksana kurang mahir dari aspek komunikasi dan penyelesaian masalah. Oleh itu, pelaksana pemulihan akhlak sewajarnya diberi latihan kemahiran pemulihan akhlak yang berterusan dan berperingkat. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan kumpulan berkepentingan program dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program pemulihan akhlak juvana di Malaysia
    corecore