4 research outputs found

    Emotional Intelligence and Psychological Well-Being of Rural Poor School Students In Sabah, Malaysia

    Get PDF
    Mental health disorders are major causes of disability to those affected, their families and the wider society. Absence of mental illness, or ambitiously, the presence of psychological well-being is key to the optimal functioning of individuals, for them to lead fuller lives and essential for them to contribute actively to society. Some studies have explored the links between psychological well-being and emotional intelligence. However, no such study has focussed on rural, and more often than not, poor students. Our study looked at the effects of emotional intelligence on the psychological well-being of rural poor students in Sabah, Malaysia. It was a cross-sectional study of 430 students. We found that 73% and 90% of the rural students rated their emotional intelligence and psychological well-being as moderate respectively. Regression analysis showed that emotional intelligence could predict one’s psychological well-being. We suggest further research into the differences between school students and school dropouts, and between urban and rural poor students

    Pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak pelajar universiti awam di Kota Kinabalu

    Get PDF
    Kebahagiaan seseorang mempengaruhi kebolehannya untuk mengaplikasikan strategi daya tindak yang berkesan ketika menghadapi masalah, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak dalam kalangan pelajar universiti di Sabah. Seramai 200 orang pelajar universiti yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) dan Coping Strategies Inventory Scale (CSI-S) digunakan dalam kajian ini. Kebahagiaan didapati mempunyai pengaruh positif terhadap strategi daya tindak penyelesaian masalah (β = .463 , k <.05), menstruktur semula pemikiran (β = .405 , k <.05), ekspresi emosi (β = .366 , k <.05) dan sokongan sosial (β = .386 , k <.05), serta memberi pengaruh yang negatif kepada strategi daya tindak kritik diri sendiri dan penarikan diri sosial. Selain itu, didapati pelajar perempuan (M= 14.48 , SP= 2.77) tinggi dalam strategi daya tindak ekspresi emosi berbanding pelajar lelaki (M= 13.37 , SP= 2.63). Pelajar perempuan (M= 14.93 , SP= 3.51) juga didapati tinggi dalam strategi daya tindak sokongan sosial berbanding pelajar lelaki (M= 13.39 , SP= 3.17). Kajian ini menyediakan maklumat kepada kaunselor, ibubapa dan pelajar dalam memahami kebahagiaan pelajar di Malaysia dan pengaruhnya terhadap strategi daya tindak yang pelajar pilih

    Tinjauan awal perlaksanaan program mentor-mentee dalam kalangan pelajar di sebuah universiti awam di Kota Kinabalu

    Get PDF
    Perlaksanaan program pementoran semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar universiti, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan program mentor-mentee di universiti awam Kota Kinabalu. Seramai 378 orang pelajar universiti yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program antara pelajar lelaki dan perempuan (t (376)= -0.379, k >.05). Pelajar tahun 1 (M = 3.28, SP = 0.45) pengajian didapati mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar tahun 3 (M = 3.05, SP = 0.60). Selain itu, didapati terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program mengikut program pengajian F (4,373)= 8.872, k <.05 dan etnik pelajar F (5,372)= 4.401, k <.05. Kajian ini menyediakan maklumat kepada pensyarah, Fakulti, Universiti dan Institut Pengajian Tinggi dalam mengenalpasti persepsi pelajar mengenai keberkesanan program mentor-mentee dan penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program

    Pengaruh Pesonaliti Terhadap Kecerdasan Emosi Pelajar Luar Bandar di Sabah

    No full text
    Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh trait personaliti terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah. Kajian ini melibatkan 440 orang pelajar. Pelajar yang terlibat adalah berumur 13 hingga 18 tahun. Social Emotional Assets and Resilient Scales (SEARS) dan Big Five Inventory digunakan bagi mengukur kecerdasan emosi dan personaliti pelajar. Keputusan menunjukkan empat personaliti iaitu extraversion (β = .169, k .05) tidak mempengaruhi kecerdasan emosi pelajar luar bandar. Selain itu, ujian t-test mendapati terdapat perbezaan neurocitism (t (438) = -4.532, k<.05) antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki (M= 31.76) didapati lebih dominan dalam trait neurocitism berbanding pelajar perempuan (M= 28.54). Kajian ini menyediakan maklumat pada pelbagai pihak terutamanya pelajar, ibubapa, guru-guru, penyelidik mahupun pihak berwajib tentang pengaruh personaliti terhadap kecerdasan emosi pelajar luar bandar
    corecore