2 research outputs found

    Analisis kesediaan industri makanan untuk melaksanakan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara wajib dan menyeluruh

    Get PDF
    Malaysia telah melaksanakan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara sukarela sejak 46 tahun lalu. Pengalaman melaksanakan SPHM yang panjang ini seharusnya dieksploitasi untuk melonjakkan perlaksanaannya secara wajib dan menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini cuba menganalisa tahap kesediaan industri makanan di Malaysia untuk melaksanakan SPHM secara wajib dan menyeluruh. Ia melibatkan kajian ke atas hampir keseluruhan jenis premis pengeluaran dan perkhidmatan makanan di Malaysia di mana seramai 514 orang responden yang merupakan pemilik syarikat atau pekerja di premis makanan dipilih secara rawak berstruktur. Data-data kajian dikumpul menggunakan borang soalselidik yang direka khusus dan dianalisa secara statistik menggunakan program komputer SPSS 25.0 Windows. Kajian menunjukkan tahap kesediaan pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan untuk melaksanakan SPHM secara wajib dan menyeluruh adalah sederhana tinggi (64.0%) di mana tahap kesediaan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor negeri dan kedudukan premis makanan. Pengaruh jenis premis makanan, jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, bangsa dan agama ke atas tahap kesediaan adalah kecil atau sangat kecil. Hanya faktor tahap pendidikan, bangsa dan agama sahaja yang memberikan kesan melebihi sepuluh peratus. Pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan yang mendapat pendidikan peringkat sekolah menengah memberikan persetujuan yang paling tinggi. Begitu juga dengan mereka yang berbangsa Melayu dan mereka yang beragama Islam. Sebaliknya pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan yang hanya mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah memberikan persetujuan yang paling rendah, begitu juga dengan mereka yang berbangsa India dan mereka yang beragama Kristian dan Hindu

    Abstracts of the International Halal Science Conference 2023

    No full text
    This book presents the extended abstracts of the selected contributions to the International Halal Science Conference, held on 22-23 August 2023 by the International Institute for Halal Research and Training (INHART), IIUM, Malaysia in collaboration with Halalan Thayyiban Research Centre, University Islam Sultan Sharif (UNISSA), Brunei Darussalam. With the increasing global interest in halal products and services, this conference is timely. Conference Title:  International Halal Science ConferenceConference Acronym: IHASC23Conference Theme: Halal Industry Sustainability Through ScienceConference Date: 22-23 August 2023Conference Venue: International Islamic University (IIUM), MalaysiaConference Organizer: International Institute for Halal Research and Training (INHART), International Islamic University (IIUM), Malaysi
    corecore