52 research outputs found
Peribahasa:manifestasi pemikiran aras tinggi bangsa
Kajian analisis wacana teks ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu menengah atas. Peribahasa merupakan refleksi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) masyarakat. Ternyata sehingga hari ini budaya penggunaan peribahasa masih mampu menyuntik keindahan dalam penulisan dan pertuturan. Kajian ini mengenal pasti 40 buah peribahasa yang digunakan dalam pelbagai aras, pelbagai konteks dan pelbagai kemahiran dalam kedua-dua buku teks tingkatan empat dan tingkatan lima ini. Setiap satu penggunaanya perlu difahami dalam konteks kerana peribahasa yang tercatat hanya merupakan ujaran harfiah. Semua andaian kontekstual dan pengetahuan latar belakang dalam lingkungan kehidupan masyarakat Melayu membantu murid memperoleh maksud yang sebenar. Pengamatan serta kedalaman makna yang cuba disampaikan melalui peribahasa tetap ampuh mendukung maksud sesuatu situasi dalam kontekstual yang berbeza-beza, merentasi masa dan keperluan zaman. Keindahan bahasa, ketajaman akal, kekuatan pemerhatian, ketepatan kosa kata, kedalaman makna, kesantunan perlambangan, kejituan analogi serta kelestarian dokongan makna sangat jelas melambangkan ketinggian akal budi serta budaya berfikir dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian analisis teks ini dibuat untuk membuktikan bahawa unsur KBAT dalam peribahasa telah lama dibudayakan dalam cara berfikir masyarakat Melayu. Implikasinya, jika bahasa merupakan pengenalan kepada bangsa, maka peribahasa pula menjadi pelengkap yang memungkinkan pelbagai mesej disampaikan dengan pelbagai kaedah oleh sistem dan struktur bahasa itu sendiri. Oleh itu, mendidik anak bangsa berfikir menggunakan peribahasa merupakan satu budaya yang perlu dilaksanakan dengan lebih tegas dalam kurikulum pendidikan negara. KBAT mampu memacu anak bangsa untuk maju secara global tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan ketinggian budaya ketimuran dengan bertunjangkan agama tanpa peminggiran teknologi serta keperluan semasa
Amalan Pengajaran Karangan Guru Cemerlang Di Dalam Bilik Darjah: Kajian Satu Kes Pelbagai Lokasi (Excellent Teachers Essay Writing Classroom Instructional Practice: A Case Study From Multiple Locations)
Amalan pengajaran karangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di dalam bilik
darjah yang difokuskan di dalam kajian ini bermaksud, apa-apa sahaja bentuk
komunikasi lisan yang berkaitan dengan cara atau sistem mengajar sama ada dengan
penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang
dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian dan maklum balas.
Pengkaji mendapati tahap penguasaan penulisan karangan pada peringkat sekolah
menengah hari ini masih memerlukan pemantauan berkala yang tekal. Kajian ini
dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, "satu kes
pelbagai lokasi", iaitu menyelidik hakikat permasalahan pengajaran karangan dalam
konteks keadaan sebenar. Maklumat kajian diperoleh menerusi kaedah rakaman video,
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan. Seramai lima orang Guru
Cemerlang Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan purposif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran penulisan karangan masih mengekalkan
pendekatan tradisional iaitu guru memberikan segala perincian pelajaran kepada murid
dan pengajaran berpusatkan guru masih mendominasi proses pengajaran karangan di
dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa kekangan dan masalah yang
nyata. Justeru, adalah dicadangkan supaya dalam usaha untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat sistem pendidikan bahasa, aspek
pedagogi guru haruslah diberi penekanan sepenuhnya bagi memastikan amalan
pengajaran guru dapat menzahirkan apa-apa yang telah digariskan sebagai matlamat
pendidikan bahasa. Kajian mencadangkan supaya setiap guru seharusnya bertindak
sebagai pengkaji yang sentiasa menyelidik perkaitan antara pengajaran dengan
perkembangan penulisan murid di dalam bilik darjah masing-masing. Amalan pengajaran
karangan yang berkualiti di dalam bilik darjah mampu melahirkan karya-karya penulisan
yang segar dari kaca mata generasi muda demi memperkaya khazanah ilmu bangsa dan
dunia
Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah
Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana peserta kajian melaksanakan penskoran pentaksiran lisan di dalam bilik darjah. Fokus diberikan kepada proses penskoran yang dilakukan oleh peserta kajian dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PPPBD). Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes, iaitu penelitian lapangan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan di dalam bilik darjah, dan analisis dokumen. Tujuh orang peserta daripada empat jenis sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Lokasi kajian ialah sebuah SMK; sebuah SABK; sebuah SBP; dan sebuah SMKA. Keempatempatnya terletak dalam sebuah daerah di Negeri Sembilan. Instrumen protokol dibangunkan bagi setiap penelitian di lapangan dan data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan bantuan perisian ATLAS.ti versi 8 dan dapatan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian masih dalam usaha untuk memahami dan menguasai cara terbaik membuat penskoran pentaksiran lisan berdasarkan kriteria dalam Standard Prestasi kemahiran mendengar dan bertutur DSKP. Kekeliruan, rungutan, ketidaktentuan dalam pelaksanaan penskoran masih kabur dan agak sukar diselaraskan kerana Tahap Penguasaan terlalu rigid, tidak jelas, dan bersifat subjektif. Oleh yang demikian, peserta kajian mengambil langkah membuat penskoran mengikut pemahaman dan persepsi sendiri selagi tidak bercanggah dalam ruang lingkup DSKP. Kajian ini boleh dijadikan sebagai penanda aras pencapaian guru pada peringkat awal supaya jika guru jauh tersasar maka usaha untuk berpatah balik akan merugikan wang, masa, tenaga dan masa depan anak bangsa. Kepada pihak pentadbir sekolah, KPM, dan pihak berkepentingan diharap dapat menyampaikan maklumat secara lebih jelas, bersepadu dan menyeluruh bagi mengatasi masalah ini
The assisted writing model and its impact towards the upper secondary school students
Written communication conveys information that can be used as record material or official documents for various purposes. However, this skill is often considered as the most difficult skill to be mastered, particularly among the upper secondary school students who will sit for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Paper 1, Section B for Malay language paper. Thus, this action research has been carried out which related to writing skill by using a model of ‘SILA FOCKes SINI’ on 35 students at a secondary school in Serdang. The findings of the study showed a direct impact on the mean for student achievement in the pre-test, which is 37.17, while the mean for student achievement on the post-test is 73.03. The mean difference between post-test and pre-test was 35.857, which indicates a positive increment. The correlation between pre-test and post-test was 0.690, and the correlation statistic was significant (p < 0.05). This positive correlation and a high coefficient (r = 0.690) showed that students who obtained high marks in the pre-test were more likely to get high marks in the post-test. Based on statistics, the t-test was significant (t = 11.670; df = 34; p <0.05). Meanwhile, for the indirect impact, it showed an improvement of 11 criteria analyzed according to an identified scoring rubric of Sijil Pelajaran Malaysia. Teaching using the E-Writing model of ‘SILA FOCKes SINI’ has resulted in the development of better achievement in essay scoring. As an implication, this model is suitable to use as a reference for students, and teaching guide for teachers or prospective teachers at the upper secondary school level because it helps students to write in a structured, continuous, meet the requirements of the title and the writing to be more meaningful
Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pelbagai lokasi
Amalan pengajaran karangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di dalam bilik darjah yang difokuskan di dalam kajian ini bermaksud, apa-apa sahaja bentuk komunikasi lisan yang berkaitan dengan cara atau sistem mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian dan maklum balas. Pengkaji mendapati tahap penguasaan penulisan karangan pada peringkat sekolah menengah hari ini masih memerlukan pemantauan berkala yang tekal. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, "satu kes pelbagai lokasi", iaitu menyelidik hakikat permasalahan pengajaran karangan dalam konteks keadaan sebenar. Maklumat kajian diperoleh menerusi kaedah rakaman video, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan. Seramai lima orang Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan purposif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran penulisan karangan masih mengekalkan pendekatan tradisional iaitu guru memberikan segala perincian pelajaran kepada murid dan pengajaran berpusatkan guru masih mendominasi proses pengajaran karangan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa kekangan dan masalah yang nyata. Justeru, adalah dicadangkan supaya dalam usaha untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat sistem pendidikan bahasa, aspek pedagogi guru haruslah diberi penekanan sepenuhnya bagi memastikan amalan pengajaran guru dapat menzahirkan apa-apa yang telah digariskan sebagai matlamat pendidikan bahasa. Kajian mencadangkan supaya setiap guru seharusnya bertindak sebagai pengkaji yang sentiasa menyelidik perkaitan antara pengajaran dengan perkembangan penulisan murid di dalam bilik darjah masing-masing. Amalan pengajaran karangan yang berkualiti di dalam bilik darjah mampu melahirkan karya-karya penulisan yang segar dari kaca mata generasi muda demi memperkaya khazanah ilmu bangsa dan dunia
Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis
Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan guru terhadap penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dengan menggunakan bentuk kajian kualitatif secara kajian kes pelbagai tempat. Tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Data diperolehi dengan menggunakan teknik temu bual mendalam. Pemilihan peserta kajian berdasarkan persampelan bertujuan bagi mendapatkan pemahaman mendalam dan terperinci tentang fenomena yang dikaji. Dalam kajian ini, proses mengumpul data sebenarnya adalah berjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berhadapan dengan masalah kehilangan beberapa maklumat penting atas kecuaian penyelidik kerana terdapat lambakan data semasa proses penganalisis data dijalankan. Setelah selesai sesi temu bual dengan responden, penyelidik mendengar semula rakaman temu bual dan ditranskripsikan dengan cukup teliti. Setelah selesai sesi transkripan data temu bual, maka penyelidik memberi salinan temu bual secara bercetak sebagai pengesahan daripada responden sebelum penulisan dapatan kajian dijalankan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknik flipped classroom ini boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil penulisan murid. Teknik sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu guru untuk melancarkan proses pengajaran dan memudahkan pemahaman murid terhadap mengarang. Namun guru harus melihat kepada keadaan dan kemampuan murid dan harus disesuaikan dengan melihat kepada aspek kecerdasan dan prestasi murid, guru, kemudahan di sekolah, kebolehaksesan murid terhadap teknologi, peranan ibubapa dan masyarakat
Pengetahuan murid tingkatan lima sekolah swasta terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu
Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada 36 orang murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 17 (47.2%) murid lelaki dan 19 (52.8%) murid perempuan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta terhadap jenis dan skop kerjaya yang terkait dengan bidang bahasa Melayu. Bagi tujuan ini, satu set soal selidik dengan hanya bahagian soalan terbuka yang berfokus kepada pengetahuan pekerjaan telah diedarkan. Murid turut diberi peluang untuk menulis lebih daripada satu jenis pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang mereka ketahui. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 orang murid (11%) yang tidak mengetahui sebarang kerjaya terkait dengan bidang bahasa Melayu. Manakala hanya seorang murid dapat menyenaraikan enam jenis kerjaya terkait. Secara keseluruhannya, terdapat 18 jenis kerjaya telah dinyatakan oleh sampel kajian dan dapat dirumuskan bahawa murid yang dikaji ini kurang mengetahui skop kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu. Selain itu, kajian turut menggambarkan minat yang rendah untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini apabila sebanyak 12 (33.3%) menyatakan mereka tidak berminat menjadikan bidang bahasa Melayu sebagai pilihan kerjaya mereka
Pengetahuan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu
Kajian tinjauan ini telah dijalankan terhadap 63 orang pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Seramai 11 (17.5%) pelajar lelaki dan 52 (82.5%) pelajar perempuan telah menjadi responden kajian. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Oleh itu, satu set soal selidik yang mengandungi soalan terbuka telah diedarkan kepada responden yang sedang mengikuti program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Pelajar yang dipilih sebagai responden kajian merupakan pelajar semester lima. Hal ini kerana dengan anggapan pelajar ini sudah mengetahui hala tuju kerjaya yang akan diceburi mereka setelah berada dalam tahun ketiga pengajian mereka di universiti. Pelajar diberi ruang untuk menulis lebih daripada satu kerjaya dalam bidang pengajian yang sedang mereka ikuti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar dapat menyenaraikan antara satu hingga empat pilihan kerjaya yang diketahui mereka dan sekurang-kurangnya 14 kerjaya telah disenaraikan. Lebih separuh daripada pelajar, 35 (55.5%) mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk menjadi guru dan pensyarah. Walau bagaimanapun, ada di kalangan responden yang kurang pasti, masih tercari-cari dan tidak mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mengatakan bahawa mereka tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja peluang pekerjaan yang diberikan selepas menamatkan pengajian kelak
A qualitative study investigating students’ perception on cluster school teachers’ quality
Quality of cluster school teachers is the mechanism to influence students’ achievement. Teachers possessing good qualities will positively impact teaching and learning in the classroom. Therefore, the purpose of this study is to investigate students’ perception on cluster school teachers’ quality as outlined in Model Standard Guru Malaysia (SGM). Students’ perception is assessed based on the type of qualities displayed by teachers and the importance of quality teachers’ to students. Qualitative research using partial structured interviews using form 5 students that has a high, medium and lower performance from the cluster school in the District of Johor Bahru used as samples. The findings show that teachers had most of the features qualities outlined in the Model Standard Guru Malaysia (SGM). However, there are some features of qualities that still need to be improved by teachers to become teacher with the highest quality. Quality teachers’ are also found to be very important because each teacher observed and emulated by pupils in order to become an excellence human capital
Pengetahuan dan kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan jurulatih pakar pembangunan sekolah (SISC+)
Transformasi yang berlaku di seluruh dunia ekoran daripada arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat pada hari ini telah banyak mengubah cara manusia belajar tentang bahasa. Sehubungan dengan itu, kajian tinjauan deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah terhadap skop pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (SISC+ BM) pada abad 21. Hal ini bertepatan dengan peranan dan fungsi jawatan SISC+ BM di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Para pegawai ini ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Maka tahap pengetahuan dan kefahaman skop bidang pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata pelajaran sangat penting. Kajian ini menggunakan borang soal-selidik 55 item sebagai instrumen. Kenyataan dan pembinaan soal selidik dalam kajian ini disesuaikan untuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu dengan merujuk kepada Standard 2 (Pengetahuan dan Kefahaman) Model Standard Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Malah turut diambil kira permasalahan serta sorotan literatur Kemahiran Belajar Abad 21, KPM, PPPM. Analisis data statistik menjelaskan frekuansi berdasarkan peratusan dan min tahap pengetahuan dan pemahaman yang ditentukan oleh skala sela. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa dengan min 4.7 dan sisihan piawai .510 pemboleh ubah pengetahuan dan kefahaman skop bidang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah berada pada tahap tinggi. Kajian lanjut berkaitan pengetahuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini pula perlu diteruskan untuk melihat sejauhmanakah pula pelaksanaannya. Ini kerana peranan dan tanggungjawab para pegawai SISC+ elak akan menjadi semakin penting demi memartabat serta mendaulatkan Bahasa Melayu
- …