3 research outputs found

    SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita penting bagi mengelakkan masalah dual diagnosis yang boleh memberi risiko penagih dadah wanita pada tingkah-laku relaps, tingkah-laku penagihan impulsif dan penularan penyakit berjangkit khususnya penyakit bawaan darah. Kajian rintis ini dilaksanakan menerusi kaedah penyelidikan kuantitatif dan dapatan dikumpul melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen M.I.N.I. Neuropsychiatry telah digunakan bagi mengukur kemurungan, manakala jenis penyalahgunaan bahan khususnya dadah diteliti berdasarkan instrumen ASSIST (Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test). Seramai 31 dari 180 orang penagih dadah wanita telah dipilih secara rawak mudah dan data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati, seramai 12 orang daripada 31 orang responden kajian menyatakan mereka mengalami simptom gangguan kemurungan yang digariskan oleh ‘Diagnostic Statistical Manual Mental Disorders’ (DSM-IV) seperti rasa sedih, murung atau pilu secara berpanjangan atau hampir setiap hari sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sehingga menyebabkan individu kurang berminat menikmati perkara terdahulu sehingga mengganggu aktiviti sosial. Manakala selebihnya lagi responden tidak menunjukkan simptom kemurungan dan ia mungkin dipengaruhi oleh proses rawatan dan pemulihan. Penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine seperti syabu dan ‘ecstasy’ boleh memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental penagih. Perhatian yang serius perlu diberikan kepada penagih dadah wanita yang menderita dengan masalah ‘dual diagnosis’. Hasil kajian penting sebagai informasi kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai kepentingan saringan kesihatan mental secara klinikal kepada penagih dadah khususnya wanita dan keperluan integrasi rawatan kesihatan mental dalam program rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang mempunyai masalah ‘dual diagnosis’.   Kata Kunci: Dadah, kemurungan, penagih dadah wanita, pusat rawatan pemulihan, simptom   ABSTRACT This study aims to identify symptoms of depression among female drug users that are treated at a Cure and Care Drug Rehabilitation Centre. The identification of depression symptoms among female drug user is crucial to prevent ‘dual diagnosis’ problem that can cause female drug users to be at risk of having relapse behavior, impulsive addiction behavior and transmission of infectious diseases especially blood related disease. This pilot study used quantitative method and data were collected via survey involving a set of close-ended questionnaire. M.I.N.I Neuropsychiatry Instrument was used to identify depression symptoms, while Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test (ASSIST) instrument was used to determine types of specific substance abused among the female drug users. 31 of 180 female drug users were randomly selected using simple random sampling technique and data were descriptively analyzed. The findings indicated that 12 out of 31 respondents reported having depression symptom as outlined by Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V) such as prolonged sadness, moody or melancholy continuously for at least two weeks and had caused loss of interest in enjoying things they preferred to in the past and distributed their daily social activities. However, the remaining respondents did not report any depression symptom and it could be due to the current treatment and recovery process they undergo.  Methamphetamine drug abused such as syabu and ecstasy had negative effects to users’ mental health. Serious attention should be given to the female drug users who are suffering from dual diagnosis. The findings are crucial for the relevant and responsible authorities to providing clinical mental health screening for the addicts especially the female drug addicts.  An integrated mental health treatment among the female drug users with ‘dual diagnosis’ is recommended in the treatment and rehabilitation program.   Keywords: Depression, cure and care rehabilitation centre, drug, female drug users (FDU), symptom   Cite as: Ismail, R. F., Rashid, R. A., Abd. Wahab, H., & Ishak, Z. (2019). Simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita di pusat rawatan dan pemulihan dadah [Depression symptoms among female drug users at cure and care rehabilitation centre]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 168-192. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp168 -19

    Kemurungan dan lain-lain komorbiditi penyakit dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur

    Get PDF
    Manuskrip ini bertujuan untuk memeriksa kemurungan dan hubungan kemurungan dengan lain-lain komorbiditi penyakit dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Seramai 126 orang wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran telah ditemu-bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Alat Ujian Diagnostik Temu Bual M.I.N.I Neuro-psikiatri 6.0 Versi Bahasa Malaysia digunakan untuk mengukur kemurungan. Manakala lain-lain komorbiditi penyakit diukur berdasarkan status penyakit berjangkit seperti Penyakit Menular Seksual, Hepatitis, HIV dan AIDS. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Ujian deskriptif digunakan untuk menentukan status kemurungan. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan untuk mengenal pasti perkaitan di antara status lain-lain komorbiditi penyakit berjangkit dengan kemurungan. Hasil analisis ujian deskriptif mendapati seramai 92 orang dari 126 orang wanita yang ditemu-bual telah melaporkan adanya simptom gangguan kemurungan. Hasil analis ujian Khi Kuasa Dua (p≤0.05) mendapati status penyakit berjangkit khususnya Hepatitis C mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kewujudan kemurungan dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Penemuan kajian menggambarkan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran dan turut menghidapi penyakit Hepatitis C didapati lebih cenderung untuk melaporkan gangguan kemurungan. Justeru, program pendidikan dan rawatan kesihatan mental yang mengkhususkan kepada wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran perlu diintegrasikan secara bersepadu dalam program-program pencegahan penyakit berjangkit

    Persepsi pesakit mental terhadap stigma masyarakat

    Get PDF
    Gangguan mental berlaku apabila individu berhadapan dengan gangguan dalam hubungan interaksi sama ada dalam diri sendiri mahupun persekitaran kumpulan sosialnya dan gangguan tersebut menyebabkan perubahan daripada aspek kognitif, emosi mahupun sosial. Individu yang mengalami gangguan mental sering dilabel dan dikenakan stigma oleh masyarakat disebabkan kelakuan dan penampilan mereka yang dianggap menyimpang dari norma masyarakat. Tinjauan awal ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi individu yang mengalami gangguan mental terhadap reaksi masyarakat. Seramai 31 orang individu yang mengalami masalah gangguan mental kategori neurosis dan sedang menjalani rawatan susulan di Klinik Psikiatri Hospital Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan teknik pensampelan mudah. Gangguan mental neurosis merujuk pada kelakuan atau pemikiran yang tidak normal sehingga mengakibatkan penderitaan pada pesakit. Gejala-gejala neurosis meliputi keadaan emosi yang teruk secara patologikal, seperti dalam keadaan keresahan atau murung, kelakuan dan fikiran yang menyedihkan seperti fobia, obsesif atau juga penyakit-penyakit fizikal seperti histeria atau hipokondria. Walau bagaimanapun, individu yang mengalami gangguan neurosis masih sedar akan persekitaran sosialnya. Maklumat dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik. Stigma masyarakat diteliti berdasarkan pandangan individu yang mengalami gangguan mental tentang reaksi masyarakat menerusi tindakan dan tingkah laku masyarakat terhadap mereka. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 21 dan dibentangkan dalam bentuk taburan dan peratusan. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar individu yang mengalami masalah gangguan mental menyatakan reaksi masyarakat terhadap mereka adalah positif. Penemuan ini menggambarkan bahawa tidak semua individu yang mengalami gangguan mental berhadapan dengan stigma negatif dari anggota masyarakat
    corecore