75 research outputs found

    The relationship between self-concept and communication skills towards academic achievement among secondary school students in Johor Bahru

    Get PDF
    The article reviews empirical studies which emphasize that the relationship of self-concept and interpersonal communication skills to academic achievement. 320 students from eight schools in Johor Bahru were picked at random using the simple random method. The assessment instruments used in this study were the “Tennessee Self??Concept Scale” (TCS) and “Interpersonal Communication Skills Inventory” (ICSI). The reliability level of the assessment instruments is 0.7498 (TSCS) and 0.7587 from the pilot study done on a group of twenty respondents. The data was analyzed using the Pearson’s correlation and descriptive statistics. The students’ levels of dimension of self-concept (physical, personal, moral and ethic, behavior, social satisfaction and identity) and interpersonal communication skills were identified. The students’ PMR examination results were used as the academic achievement indicator. The results indicated that the majority of the students possessed the moderate level of self-concept and interpersonal communication skills. Self-concept was found to correlate quite significantly with interpersonal communication skills but it was found that self-concept does not correlate significantly with academic achievement. Suggestions were put to improve the students’ interpersonal communication skills and their self-concept. One of the suggestions is that communication skills should be introduced as a subject in the school curriculum from the primary level. This will not only develop a student’s self-confidence but also enhance his self-concept

    Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar mata pelajaran matematik: sejauhmanakah hubungan ini relevan?

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik itu. Pengukuran sikap berdasarkan kepada skala sikap model Likert, manakala pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran matematik diukur dengan menggunakan gred yang diperolehi dari peperiksaan akhir tahun 1999. Seramai 40 orang responden telah dipilih dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran di kalangan pelajar

    Masalah Lepak Di Kalangan Remaja Di Johor Baharu: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat?

    Get PDF
    ABSTRAK: Kajian ini bertujuan mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Data–data kajian diperolehi dari soalselidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja yang berumur dalam linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas Larkin dan Pasaraya Angsana. Hasil soal selidik amat memuaskan, Ini berdasarkan maklumalas yang diberikan oleh responden memenuhi kehendak soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian ini dapat menyelesaikan persoalan kajian. Oleh itu ibu bapa dan masyarakat akan lebih prihatin terhadap peranan masing – masing untuk membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara

    The relationship between dimensions of personality, self concept and family influence on students in the FELDA scheme in Johore Malaysia

    Get PDF
    The purpose of this study is to identify the relationship between the dimensions of personality, self-concept and family influence. The sample consists of 214 students from two secondary schools in the FELDA settlement in Johor. Random cluster sampling was carried out. A pilot test was carried out to determine the internal consistency of the questionnaire. The assessment instrument used in this study was the Malay version of the Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) which has a reliability level of 0.5739. The Malay version of the Tennessee Self-concept Scale which has a reliability level of 0.8657 was also used. The family influence questionnaire which has a reliability level of 0.7913 was also used in this study to identify the effects of family influence in the aspects of family cohesiveness, religious and moral aspect and freedom aspect. Descriptive statistic and Pearson's Correlation were used to analyze the relationship between the dimensions of personality, self-concept and family influence. The results show a weak relationship between the dimensions of personality and self-concept, and between the dimensions of personality and family cohesiveness. However, there is no relationship between the dimensions of personality and the religious /moral and freedom aspect. The results also show that there is a strong relationship between self-concept and family cohesiveness and a moderate relationship between self-concept and the religious/moral aspect. However, there is no relationship between self-concept and freedom

    Sejauh manakah model Stufflebeam (KIPP) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran?

    Get PDF
    Penilaian adalah satu proses untuk menentukan masalah, memilih maklumat berkaitan, dan memungut dan menganalisis maklumat untuk melaporkan rumusan yang berguna kepada pembuat keputusan. Model penilaian yang dibincangkan dalam topik ini ialah model KIPP Stufflebeam. Model penilaian KIPP dipilih kerana keberkesanan nya bagi mendapatkan hasil formatif dan sumatif dan bagi mencari keputusan, dan keupayaan penyelesaian masalah. Model penilaian KIPP boleh dibuat penilaian sama ada sebelum, semasa atau selepas projek itu berjalan. Ini amat berbeza dengan pendekatan Stake’s yang mengandaikan bahawa penyelidik boleh membuat kajian semasa peringkat implementasi ataupun semasa program itu sedang berjalan. Model penilaian KIPP juga dibentuk untuk memenuhi kehendak perancang dan pentadbiran program bukan sekadar memenuhi kehendak individu. Akhir sekali KIPP direka bentuk bukan setakat untuk membukti sesuatu keputusan tetapi bertindak sebagai untuk memperbaiki di mana maklumat-maklumat yang diperoleh nanti boleh dijadikan panduan untuk merancang sesuatu program

    Sources of stress and the coping style among trainees teacher in the teacher training colleges in Johor, Malaysia

    Get PDF
    Stress has become part & parcel of the human life. Human beings cannot avoid from being Human beings cannot avoid from being stressed. In fact stress has become a necessity in human life. Selye (1956) points out that no human beings can survive without stress. Stress can be either positive or negative. In the case of positive stress (eustress) it act as a motivating factor that enhances achievements whereas negative stress (distress) involves strain, tension and burnout physically and psychologically. Moderate amounts of stress help motivate us and, at times, increase our performance (Moore, Burrows & Dalziel,1992). The amount of stress experienced may be influenced by the individuals ability to effectively cope with stressful events and situations (D Zurilla & Sheedy stressful events and situations (D Zurilla & Sheedy, 1991). Patterson and McCubbin (1987) found that a good Patterson and McCubbin (1987) found that a good coping response helps to promote individual growth

    Maslahah Value Inference in the Application of Accrual-Based Accounting on Regional Government

    Get PDF
    The primary objective of this study is to promote the incorporation of Maslahah values within the framework of accrual-based accounting practices in local government entities. This research employs a qualitative approach with a phenomenological perspective, drawing data partially from extensive literature reviews. The findings of this research emphasize the pivotal role of values when implementing accrual-based accounting in local governments. A critical aspect revolves around the ability to enforce regulations and codes of ethics within these governmental bodies. This enforcement, in turn, facilitates the production of financial reports that are not only accurate but also transparent and accountable. Furthermore, the adoption of accrual-based accounting should be coupled with the application of Maslahah values within the society. Values like honesty, accountability, fairness, and prosperity should underpin the financial practices of local governments. By doing so, leaders, who are key stakeholders, can be held accountable not only to their constituents but also in alignment with their moral and ethical obligations to a higher authority. In conclusion, this study underscores the importance of merging accounting practices with ethical values, ultimately benefiting local governments and the broader society they serve

    Belia: sejauhmanakah budaya kesukarelaan boleh dipupuk melalui persatuan?

    Get PDF
    Pertubuhan sukarela merupakan sebuah organisasi sektor ketiga. Ia berperanan sebagai tulang belakang kepada pembangunan negara. Keanggotaan ahli-ahli dalam pertubuhan ini terdiri dari sebahagian besar dari pekerja sukarela dari organisasi lain dan ia dikendalikan oleh pekerja tetap yang bekerja sepenuh masa. Keanggotaan ahli sukarela sememangnya berasaskan kesanggupan ahli-ahli tersebut menjalankan tugas secara sukarela. Pentadbiran pertubuhan khidmat kesukarelaan diwujudkan bertujuan memberikan khidmat kepimpinan, mewujudkan struktur dan berfungsi yang memberikan kemudahan untuk menggerakkan penggunaan sumber manusia bersama-sama sumber-sumber yang ada

    Hubungan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah Johor Bahru

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar. Seramai 320 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor Bahru yang dipilih secara rawak mudah dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah “Tennesse Self-Concept Scale” (TSCS) dan “Interpersonal Communication Skills Inventory” (ICSV) dalam versi bahasa Melayu. Instrumen ini mempunyai tingkat kebolehpercayaan pada 0.7498 (TSCS) dan 0.7587 (TCV) hasil daripada kajian rintis yang dijalankan kepada dua puluh orang responden. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisis data. Konsep kendiri pelajar yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah sama ada positif, sederhana atau negatif. Tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar yang dilihat dalam kajian ini ialah sama ada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Indikator bagi pencapaian akademik pelajar ialah keputusan peperiksaan PMR. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai konsep kendiri dan kemahiraan komunikasi interpersonal sederhana.. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal tetapi tidak menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Sebaliknya, pencapaian akademik. mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran komunikasi interpersonal. Beberapa saranan dikemukakan bagi mempertingkatkan konsep kendiri dan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Antaranya ialah memperkenalkan mata pelajaran kemahiran berkomunikasi di sekolah bermula dari sekolah rendah bagi memupuk keyakinan diri pelajar yang secara tidak langsung akan berpengaruh terhadap konsep kendiri pelajar
    corecore