2 research outputs found

    Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran Sains Rumah Tangga (PKK) Di Sekolah Menengah Harian di Negeri Selangor, Malaysia

    Get PDF
    Sains Rumah Tangga adalah mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dengan kurikulum baharu yang diubah daripada Ekonomi Rumah Tangga sebagai saluran untuk melahirkan pelajar berdaya saing yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam peringkat global. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga di sekolah menengah harian di Selangor. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga di Selangor. Sampel kajian adalah seramai 59 orang guru yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan berstrata. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga. Pemberian kursus dan modul berkaitan kurikulum baru dapat meningkatkan kefahaman guru dengan membekalkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan setiap topik dalam sukatan pelajaran

    Ciri keusahawanan dan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang

    Get PDF
    Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran yang merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal dan Perniagaan dan Keusahawanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat global. Kajian deskriptif-korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang. Populasi kajian adalah daripada semua murid Tingkatan Dua yang mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dua buah sekolah menengah kebangsaan. Sampel kajian adalah seramai 250 orang murid. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Ciri keusahawanan pelajar mampu meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam diri seseorang bagi mencapai matlamat tahun 2020 untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian. Pemberian program, kursus dan latihan dapat memberi pendedahan awal yang tinggi dan baik kepada murid berkaitan tentang keusahawanan dan meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan murid. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran keusahawanan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan
    corecore