4 research outputs found

    Retorik naratif dalam novel “Orang Kota Bharu”

    Get PDF
    Kajian ini merupakan penelitian secara tekstual dan kontekstual terhadap novel Orang Kota Bharu karya Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik dan meneliti beberapa elemen retorik yang digunakan. Pengkaji memanfaatkan teori retorik moden oleh Enos dan Brown (1993) untuk menjelaskan makna kata yang halus sifatnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang mementingkan retorik jenis naratif untuk menyampaikan pemikiran beliau. Novel ini bertemakan sejarah masyarakat Kota Bharu selepas kemerdekaan negara dengan mengetengahkan beberapa isu politik, ekonomi, keagamaan dan sosial. Berdasarkan analisis elemen retorik, didapati pengarang memanfaatkan bahasa figuratif yang merangkumi elemen metafora, anafora, repeten, epifora, simile, personifikasi, hiperbola, dan hibrida dengan berkesan. Pemanfaatan elemen ini dalam penulisan novel menjadikan bahasa yang digunakan halus dan mendalam. Tahap pemikiran yang tinggi diperlukan untuk memastikan bahawa pembaca memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang

    Titah ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan oleh Sultan Muhammad V: satu analisis retorik

    Get PDF
    Kajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknik retorik dalam teks rasmi diraja, untuk menganalisis dan menghuraikan aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni pengucapan Sultan Muhammad V. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif untuk meneliti peratusan penggunaan teknik retorik, dan secara kualitatif, iaitu dengan huraian deskriptif teks berlandaskan prinsip ketiga teori retorik moden Enos dan Brown (1993), iaitu untuk memberikan kesan mendalam terhadap ujaran atau penulisan. Sebanyak 251 ayat telah dicerakinkan daripada tiga teks ucapan, di samping terdapat 27 jenis teknik retorik yang telah dikenal pasti dengan ditandai ungkapan tertentu berdasarkan kategori Lakuan Bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa Sultan Muhammad V menggunakan beberapa elemen retorik dalam titah ucapannya, iaitu aliterasi, polisindeton, repitisi, soalan retorik, metafora, simile, alusi, dan kosa kata asing daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Teknik dan elemen yang dimanfaatkan dalam pengucapan ini mampu memberikan kesan terhadap kefahaman khalayak

    Retorik titah ucapan Sultan Muhammad V

    Get PDF
    Kajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan Sultan Kelantan, iaitu KDYMM Sultan Muhammad V. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemanfaatan teknik retorik dalam teks rasmi diraja, meneliti dan menganalisis aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni pengucapan, dan seterusnya mensintesis penyampaian mesej dalam empat ucapan rasmi. Kajian ini menggunakan dua kaedah kajian, iaitu secara kuantitatif dan secara kualitatif berlandaskan tiga prinsip yang terdapat dalam teori retorik moden Enos dan Brown (1993). Prinsip ini memberi penekanan terhadap kesan mendalam, estetika dalam pemilihan diksi yang mempunyai kehalusan makna, dan keupayaan pemahaman dan penginterpretasian ungkapan retorik yang digunakan. Sebanyak 332 ayat telah dicerakinkan daripada empat teks ucapan, di samping 28 jenis teknik retorik yang telah dikenal pasti dengan ditandai ungkapan tertentu berdasarkan kategori Lakuan Bahasa. Didapati bahawa terdapat juga sesetengah teknik retorik adalah lebih kerap wujud dalam pengucapan rasmi tertentu. Beberapa elemen retorik lain juga dapat dikenal pasti penggunaannya seperti aliterasi, polisindeton, repetisi, soalan retorik, metafora, simile, alusi, dan hiperbola. Dari segi struktur retorik pula, Baginda Sultan didapati menggunakan struktur secara deskriptif, eksposisi dan ekspresi dalam pengucapan. Elemen dan struktur retorik yang digunakan dalam pengucapan ini mampu memberi kesan terhadap kefahaman khalayak pendengar

    Tobacco use and attitudes towards tobacco control activities of Malaysian dental students

    No full text
    Tobacco usage among dental students and the amount of training they received may have an impact on tobacco cessation activities undertaken for their patients. This study aims to assess Malaysian dental students' tobacco use, exposure to second-hand smoke and their attitude towards tobacco control activities and curriculum. This was a cross-sectional study using a self-administered questionnaire adapted from the Global Health Professions Students Survey (GHPSS). The questionnaire was distributed to all Malaysian fourth and fifth year dental students in four public dental schools (n=372), namely University of Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The data were analysed using descriptive and chi square tests. In total, (n=349) respondents completed the questionnaire, yielding a 93.8% response rate. Although the prevalence of Malaysian dental students who 'ever smoked' was 21.2%, the prevalence of current smokers was low (2.3%). About 62% and 39% of students reported having been exposed to second-hand smoke in public and at home, respectively. USIM students were significantly less likely to recall having received training about approaches to smoking cessation (52.9%, p < 0.001). Significantly fewer smokers than non-smokers agreed on tobacco banning policy. Regardless of their smoking status, the majority of dental students showed positive attitudes towards dentists' role in tobacco cessation. Tobacco user among Malaysian dental students was low. There were statistically significant differences between ever smokers and non-smokers' attitudes towards tobacco banning policy. The majority of dental students showed positive attitudes towards dentists' role in tobacco cessation
    corecore