2 research outputs found

    Penciptaan hawa menurut kitab tafsir dan fakta sains

    Get PDF
    Seringkali masyarakat mendengar ungkapan ‟wanita dijadikan daripada rusuk nabi Adam‟ sama ada di dalam kuliah-kuliah agama mahupun tulisan-tulisan yang berkait dengan hal-hal wanita dan keperempuanan. Namun, sejauhmana kebenaran ungkapan ini harus dianalisa dan dijelaskan agar ia mampu menjernihkan kekeliruan serta tanggapan buruk terhadap wanita Islam seolah-olah mereka adalah ciptaan kelas kedua. Ini kerana, rata-rata masyarakat merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada intipati al-Quran dan juga Hadith, bahkan dikatakan diambil dari kitab-kitab tafsir yang mu‟tabar, namun tidak pula dijelaskan sumbernya setiap kali ia disebut mahupun ditulis. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti sumbernya dan memfokuskan perbincangan terhadap isi kandungannya menurut perspektif ilmiah dan disesuaikan dengan penemuan saintifik terhadap isu tersebut. Adalah diharapkan menerusi kertas kerja yang berasaskan kepada kajian perpustakaan di dalam dua bidang iaitu ilmu wahyu dan sains ini dapat menyumbang ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat secara umumnya dan dunia Islam secara khususnya

    Strategi mesej dalam poster kempen diabetes Kementerian Kesihatan Malaysia

    Get PDF
    Kajian tentang aplikasi media dan komunikasi sebagai intervensi pencegahan dalam kempen kesedaran kesihatan menjadi punca kurangnya tahap kesedaran dalam diri masyarakat berkaitan dengan masalah diabetes. Salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya hebahan berkaitan bahaya diabetes kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, poster yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mempunyai gaya penyampaian mesej yang kurang strategik untuk menarik minat orang ramai dalam melakukan perubahan tingkah laku kesihatan. Oleh itu, kajian ini telah mengenal pasti tahap keterlibatan khalayak dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster diabetes oleh KKM, serta menganalisis bentuk penggunaan imej dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster tersebut. Kajian ini bersandarkan kepada teori Extended Parallel Process Model (EPPM) yang mempunyai empat elemen strategi mesej, iaitu “seruan untuk bertindak”, “mengajar tentang solusi”, “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi dan risiko”. Kaedah analisis kandungan kuantitatif dilakukan ke atas 83 poster kempen diabetes, dari tahun 2014 hingga 2022. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan khalayak menunjukkan respon positif iaitu sebanyak 45,316 respons. Seterusnya, strategi mesej “mengajar tentang solusi” dan “mengajar tentang risiko” paling banyak digunakan dalam poster kempen diabetes, iaitu sebanyak 45.8% dan 38.6%. Strategi imej “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi” pula merupakan strategi imej yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 36.1% dan 28.9%. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penyelidik akan datang dan pihak kerajaan dalam mengubah tingkah laku masyarakat terhadap bahaya diabetes
    corecore