2 research outputs found

    Pemetaan lokasi mahkota atap masjid warisan di Negeri Melaka

    Get PDF
    Masjid adalah sebuah bangunan dan mercu tanda yang telah dibina oleh masyarakat Islam sebagai salah satu simbol agama Islam yang berfungsi sebagai pusat ibadah terpenting dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai reka bentuk masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam di seluruh dunia. Di Melaka, pembinaan masjid bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasan yang tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mendokumen dan mengenalpasti lebih banyak rekaan hiasan atap masjid dan menjalankan pemetaan lokasi terhadap masjid-masjid warisan di Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid warisan iaitu hiasan pada bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini semakin berkurang bilangannya malah ada yang hampir dilupuskan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan di seluruh daerah di Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Hasil kajian ini dapat memetakan lokasi masjid-masjid warisan di setiap daerah dalam Negeri Melaka yang masih mempunyai hiasan mahkota atap di mana ia boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pemantauan dan usaha pelestarian warisan seni Islam tempata

    Pemetaan dan analisis tipologi rekaan mahkota atap masjid tradisional di negeri Melaka

    Get PDF
    Mahkota atap masjid merupakan hiasan berbentuk 3D yang direka dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Mahkota atap ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu mempunyai tapak asas berbentuk empat persegi, berbentuk piramid, bertingkat, dan mempunyai hiasan sudut. Namun, keunikan mahkota atap masjid kini semakin terancam dan bilangannya semakin berkurangan disebabkan segelintir masyarakat yang tidak menerima dan dikatakan tidak sesuai hiasan ini berada pada bangunan masjid kerana mempunyai motif bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, tujuan utama kertas ini adalah untuk memetakan lokasi masjid yang masih bermahkota dan klasifikasi tipologi rekaan mahkota yang terdapat pada mahkota atap masjid di Melaka. Kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif ini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta menggunakan tipologi analisis. Kajian ini dijalankan di seluruh daerah di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron jenis DJI Phantom 3 Standard untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi Google Maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Penggunaan Adobe Ilustrator juga membantu dalam menghasilkan ilustrasi visual rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil kajian telah menemui sebanyak 38 buah masjid tradisional yang masih mempunyai mahkota atap di Melaka. Hasil penemuan ini juga telah mengenal pasti beberapa jenis tipologi reka bentuk yang ditonjolkan pada rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil dapatan ini diharapkan agar perhiasan mahkota atap masjid ini tetap terus digunakan pada bangunan masjid sebagai seni perhiasan yang melambangkan identiti bagi masyarakat Islam tempatan khususnya di Melaka
    corecore