2 research outputs found

    Pengaruh Devidend Payout Ratio, Devidend Yield, Ukuran Perusahaan, Volume Perdagangan, Nilai Tukar, Inflasi, dan Tingkat Suku Bunga Terhadap Volatilitas Harga Saham pada Perusahaan Manufaktur yang Tercatat di Bursa Efek Indonesia Tahun 2012-2016

    Get PDF
    The aims of this study is to look at the effect of Devidend Payout Ratio, Devidend Yield, Company Size, Trading Volume, Exchange Rate, Inflation, Interest Rate Against Stock Price Volatility. With a purposive sampling technique, this study took 7 companies as samples of 153 manufacturing companies listed on the Indonesia Stock Exchange in 2012-2016. Data analysis was performed using Multiple Regression. The results of the study show that the Devidend Payout Ratio has an effect on Stock Price Volatility, while the Devidend Yield, Company Size, Trading Volume, Exchange Rate, Inflation and Interest Rate do not affect the Stock Price Volatility. While simultaneously all the independent variables tested showed a significant effect on Stock Price Volatility in Manufacturing companies listed on the Indonesia Stock Exchange in 2012-2016

    Kesan penyusupan dan aliran masuk terhadap kekuatan air sisa kumbahan perbandaran

    Get PDF
    Aliran masuk dan penyusupan adalah fenomena yang sering berlaku dalam sistem pembetungan di negara kita. Hal ini kerana faktor cuaca dan taburan hujan yang tinggi di Malaysia. Oleh itu, kadar penyusupan juga dijangkakan tinggi melalui lurang. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti kesan penyusupan dan aliran masuk ke atas kekuatan air sisa dari kawasan perbandaran dengan populasi penduduk seramai 1000 PE. Pemodelan menggunakan perisian Storm Water Management Model (SWMM) digunakan bagi menentukan kadar penyusupan dan aliran masuk air hujan ke dalam pembetung serta kadar pereputan beban pencemar seperti Permintaan Oksigen Kimia (COD) dan Ammonia (NH3) dalam satu sistem pembetung melibatkan 17 lurang. Keputusan yang terhasil dalam pemodelan ini ialah kadar penyusupan bagi setiap kawasan tadahan dan kadar pereputan terhadap jumlah beban pencemar. Bagi kadar penyusupan pula, kawasan tadahan dibahagikan kepada tiga iaitu S1, S2 dan S3, di mana S1 mengandungi jumlah penyusupan yang paling rendah berbanding S2 dan S3 iaitu sebanyak 1.27 mm/j bagi 10%, 1.36 mm/j bagi 15% dan 1.45 mm/j bagi 20%. Selain itu, jumlah beban pencemar yang terhasil untuk tempoh 12 jam simulasi dijalankan bagi COD ialah 160-180 kg dengan jumlah pereputan yang berlaku sekitar 0.10-0.29% manakala Ammonia pula menghasilkan beban pencemar sebanyak 140-160 kg dengan kadar pereputan yang konsisten dan tidak memberi pengurangan yang banyak kepada Ammonia. Hasil kajian menunjukkan penyusupan yang berlaku tidak mempengaruhi halaju air sisa tetapi memberi kesan kepada kekuatan air sisa yang mana boleh menyebabkan kepekatan air sisa berkurang
    corecore