3 research outputs found

    Pengambilan hukum uruf dalam zakat emas perhiasan negeri-negeri di utara Malaysia / Noraini Saro and Tutasting@Rawi Nordin

    Get PDF
    Uruf merupakan salah satu sumber hukum Islam yang diguna pakai sebagai penentuan kenaan zakat emas perhiasan di Malaysia. Uruf juga adalah sesuatu yang disenangi atau diguna pakai oleh masyarakat serta menjadi kebiasaan dalam kehidupan ,samaada melalui kata-kata atau perbuatan. Uruf dijadikan sebagai hukum semasa dengan syarat tidak berlaku kerosakan dan juga tidak hilang kepentingan kehidupan.Penentuan uruf juga ,perlu dilihat secara menyeluruh bagi mendapatkan gambaran pelaksanaan sesuatu hukum. Konsep pengambilan uruf dalam pelaksanaan zakat emas perhiasan perlu diteliti dengan sebaiknya, supaya tidak ada kekeliruan dalam pelaksanaan hukum zakat emas perhiasan dikalangan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan golongan wanita Islam. Kertas ini membincangkan bagaimana pengambilan hukum uruf dalam pelaksanaan zakat emas perhiasan di negeri-negeri utara di Malaysia

    Kajian pengurusan dana dan harta masjid Daerah Alor Gajah / Abdul Hadi Mohd Salleh, Tutasting@Rawi Nordin dan Hasan Bahrom

    Get PDF
    Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan institusi ini memberi impak kepada kehidupan mereka sama ada secara individu ataupun secara jamaah. Kerana itu ,kewujudan institusi masjid tidak boleh dipisahkan dan tidak pernah diabaikan dengan kehidupan umat Islam. Sejarah telah membuktikan institusi ini menjadi tapak kepada perubahan sifat, minda dan nilai budaya masyarakat. Walau bagaimanapun kelangsungan institusi ini berkait rapat dengan sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat setempat, sama ada dari aspek material dan spritual. Fungsi masjid akan lebih terserlah apabila didokongi oleh kekuatan sumber kewangannya dan kewibawaan tenaga yang mengurus institusi tersebut. Keyakinan masyarakat mendokongi institusi masjid berkait rapat dengan sejauh mana ketelusan dan kecekapan pimpinan institusi tersebut diperagakan. Namun kebelakangan ini sudah timbul keraguan umat tentang ketelusan institusi ini ditadbir khususnya dalam pengurusan kewangan. Persoalannya mengapakah keraguan ini timbul, apakah benar ketelusan dalam pengurusan kewangannya sudah tidak wujud? Atau masyarakat telah lebih prihatin dengan nilai-nilai pengurusan yang murni? Kajian ini akan dapat memberi jawapan wajar terhadap persoalan yang bangkitkan

    Pendidikan islam secara informal: kajian terhadap penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan di negeri Melaka / Tutasting @ Rawi Nordin, Hasan Bahrom dan Abdul Hadi Mohd Salleh

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan golongan belia dalam kegiatan keagamaan di Negeri Melaka. Seramai 367 orang belia dan 106 orang pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung dan Jawatankuasa Taman-Taman Perumahan telah terlibat dalam kajian ini. Kajian mendapati program yang paling menarik minat golongan belia ialah majlls membaca yasin dan tahlil. Sementara kurang diminati ialah kursus perkahwinan. Manakala dari aspek lokasi kawasan tempat tinggal bandar dan luar bandar, kajian mendapati majoriti golongan belia di bandar lebih ramai mengikuti program keagamaan berbanding mereka yang tinggal di luar bandar. Sementara dari aspek umur belia yang cenderung menghadiri kegiatan keagamaan mereka yang berumur 18 tahun hingga 25 tahun. Walaupun belia menunjukkan minat menghadiri aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan, tetapi masih ramai di kalangan mereka tidak mengikuti kegiatan tersebut kerana kegiatan yang dianjurkan tidak menarik minat golongan belia dan kegiatan tersebut bermusim, kadang kala tidak sesuai dengan masa dan jiwa belia
    corecore