4 research outputs found

    Kesan perencatan madu gelam terhadap kehilangan tulang pada tikus periodontitis

    Get PDF
    Periodontitis adalah penyakit kronik yang melibatkan kehilangan tulang dan inflamasi pada tisu periodontium. Interleukin-6 (IL-6) dan Tumor Necrosis Factor-α (TNF-α) merupakan penanda pro-inflamasi yang penting yang terlibat dalam periodontitis. Sebanyak 20 ekor tikus Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu: Kumpulan kawalan dengan salin normal (CS); kumpulan kawalan dengan madu Gelam 3 g/mL (CH); kumpulan ujian periodontitis dengan salin normal (TS); dan kumpulan ujian periodontitis dengan madu Gelam 3 g/mL (TH). Benang bersaiz 4/0 diikat pada molar pertama gigi tikus sebelah kiri bagi tujuan rangsangan penyakit periodontitis. Madu Gelam diberi secara paksa oral selama 15 hari. Selepas 15 hari, sampel plasma dan tisu dianalisis menggunakan kaedah Elisa dan pewarnaan histologi. Kehilangan tulang alveolar pada kumpulan TS adalah paling tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan, CS dan CH namun, tiada perbezaan yang signifikan berbanding dengan kumpulan TH. Berdasarkan ujian imunohistokimia, ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium adalah tinggi secara signifikan pada kumpulan TS berbanding dengan kumpulan lain. Namun, tiada perubahan aras IL-6 dan TNF-α yang signifikan pada plasma ke semua tikus kajian

    Makna siratan gaya figuratif dalam cerpen Melayu karya Lim Swee Tin

    Get PDF
    Bahasa figuratif merupakan bahasa yang mengandungi makna siratan, iaitu menyamakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain secara tidak langsung. Justeru, makna siratan bererti makna yang terselindung, yang tersembunyi atau yang berada di sebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Tiga buah cerpen Melayu yang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah Kabus Dinihari karya Lim Swee Tin dipilih sebagai bahan kajian ini. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah bahasa figuratif yang mengandungi unsur personifikasi sahaja. Personifikasi merupakan gaya bahasa figuratif yang memberikan sifat dan tindak-tanduk manusia kepada benda atau perkara yang tidak bernyawa. Penganalisisan data adalah secara kualitatif. Dalam kajian mengenai bahasa figuratif, timbul persoalan hubungan antara bahasa yang digunakan dengan ketepatan perkara yang dirujuk agar makna siratannya dapat ditafsir dan difahami oleh para pembaca. Berdasarkan persoalan tersebut, maka tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis makna siratan bahasa figuratif personifikasi dalam cerpen Melayu karya Lim Swee Tin. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986) diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian terhadap ketiga-tiga buah cerpen tersebut menunjukkan bahawa terdapat 45 data personifikasi. Secara keseluruhannya, fungsi penting kajian ini telah membuktikan bahawa personifikasi merupakan kaedah, gaya dan kebijaksanaan pengarang untuk melontarkan idea dalam penulisannya. Oleh itu, sesuatu perkara yang hendak disampaikan, difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapat memberikan impak yang tinggi kepada para pembaca. Penggunaan personifikasi juga menjadikan bahasa dalam cerpen lebih puitis

    Faktor dorongan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda

    Get PDF
    Pada era pasca pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan semua masyarakat kembali kepada kehidupan seperti sedia kala termasuklah pelajar-pelajar sekolah. Fasa pemulihan ini juga menyebabkan ramai masyarakat mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan bahkan pelajar sekolah juga telah mengalami keadaan sukar untuk kembali bersemangat untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat seterusnya. Kajian ini telah melakukan tinjauan dan penelitian terhadap pendapat pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang sosioekonomi pelajar tingkatan 6. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor mempengaruhi cita-cita pelajar tingkatan 6 ke Menara gading. Penyelidikan ini mengggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mengumpul data. Seramai 43 orang pelajar tingkatan 6 dipilih sebagai responden kajian. Teknik menganalisis data menggunakan teknik Chi-Square dan teknik analisis faktor untuk mengenal pasti hubungkait antara faktor utama yang menyebabkan pelajar ingin menyambung pengajian di universiti. Hasil kajian mendapati walaupun pelajar terdiri daripada keluarga sederhana tetapi mempunyai niat menyambung pengajian di universiti. Selain itu, faktor kendiri adalah faktor utama yang mempengaruhi mereka ingin menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian mikro dan berfokus ini amat diperlukan untuk menjadikan unjuran hala tuju pelajar STPM terutamanya selepas fasa pandemik seterusnya unjuran pemilihan pelajar di peringkat pengajian tinggi dapat dikenal pasti

    Checklist of fishes at Pergau Lake, Jeli, Kelantan, Malaysia

    Get PDF
    A survey was conducted to determine the diversity of fish in Pergau Lake, Jeli, Kelantan, Malaysia from 2 September to 18 October of 2016. Fish samples were collected at seven random sampling stations around the lake by using setting trap method. The collected samples were preserved in 10% formalin solution and delivered to the laboratory for further identification process. Fourteen species, namely as Hemibagrus nemurus, Hampala macrolepidota, Clarias batrachus, Channa striata, Cyprinus carpio, Poropuntius smedleyi, Pangasius sp., Oreochromis niloticus, Oreochromis mossambicus, Leptobarbus hoevenii, Neolissochilus hexagonolepis, Tor tambroides, Osteochilus hasselti and Neolissochilus soroides, comprising of six families were collected during this study. From this study, family of Cyprinidae was the dominant species in Pergau Lake with exactly 50% of catch percentage, followed by family of Bagridae (29%), Cichlidae (10%), Clariidae (5%), Channidae (3%) and Pangasiidae (3%). This study shows that there is still a diversity of fish species in Pergau Lake, showing that the water and its environmental condition is very good
    corecore