9 research outputs found

    Aplikasi model baharu penambahbaikan pendekatan kalut ke atas peramalan siri masa kepekatan ozon

    Get PDF
    Kajian ini merupakan aplikasi pendekatan kalut ke atas peramalan siri masa bahan pencemar udara ozon di stesen asas Malaysia yang terletak di Jerantut, Pahang. Sebelum model peramalan dibina, siri masa diuji terlebih dahulu sama ada bersifat kalut atau tidak. Melalui plot ruang fasa dan kaedah Cao, siri masa bahan pencemar ozon didapati bersifat kalut bermatra rendah. Oleh itu, model peramalan melalui kaedah penghampiran linear setempat dibina. Sebagai inovasi, model ini ditambah baik. Sebagai perbandingan, model peramalan regresi linear turut dibina. Melalui pengiraan purata ralat mutlak, ralat punca purata kuasa dua dan pekali korelasi, keputusan menunjukkan bahawa model baharu penambahbaikan penghampiran linear setempat adalah lebih baik berbanding model-model yang lain. Maka, penambahbaikan yang dilakukan adalah berbaloi. Dengan itu, pendekatan kalut adalah pendekatan alternatif yang sesuai digunakan bagi membangunkan model peramalan siri masa bahan pencemar ozon. Penemuan model baharu dalam kajian ini diharap dapat membantu memudahkan usaha pihak-pihak berkepentingan dalam menguruskan isu pencemaran udara, khususnya ozon

    Analisis dan peramalan siri masa suhu menggunakan pendekatan kalut

    Get PDF
    Analisis dan peramalan siri masa suhu adalah penting kerana perubahan suhu boleh membawa kesan serius kepada kesihatan. Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis dan meramal siri masa suhu di Jerantut, Pahang, Malaysia dengan menggunakan pendekatan kalut. Pemodelan kalut dibahagikan kepada dua tahap; pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Melalui pembinaan semula ruang fasa, data skalar satu matra dibina semula menjadi ruang fasa multimatra. Ruang fasa multimatra ini digunakan untuk mengesan kehadiran dinamik kalut melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Keputusan menunjukkan bahawa siri masa yang diperhatikan bersifat kalut. Oleh itu, peramalan satu jam ke hadapan dibina melalui kaedah penghampiran purata setempat yang merupakan kaedah peramalan asas menggunakan pendekatan kalut. Nilai pekali korelasi yang diperoleh adalah 0.9443. Nilai yang menghampiri satu ini menunjukkan hasil peramalan yang bagus dengan merupakan refleksi bahawa siri masa yang diramal dan siri masa yang sebenar adalah hampir antara satu sama lain. Oleh itu, pendekatan kalut merupakan satu kaedah alternatif yang bagus untuk digunakan bagi meramal siri masa suhu. Keputusan ini diharapkan boleh membantu merealisasikan perancangan strategik Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar seperti meningkatkan keberkesanan perkhidmatan cuaca bagi mengurangkan risiko bencana dan memperkukuhkan perkhidmatan iklim bagi kemakmuran negara

    Meramal bacaan maksimum harian nitrogen dioksida menerusi pendekatan kalut

    Get PDF
    Peramalan ke atas bahan pencemar udara Nitrogen Dioksida (NO2) adalah sangat penting kerana udara yang mengandungi NO2 memberi kesan bahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti emphysema dan bronkitis kronik. Data siri masa NO2 yang dikaji dicerap mengikut jam di stesen yang terletak di kawasan perindustrian, iaitu Petaling Jaya, Selangor. Peramalan melalui pendekatan kalut melibatkan dua langkah, iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Sebelum model peramalan dibina, data siri masa diuji terlebih dahulu untuk mengenal pasti kehadiran dinamik kalut. Melalui plot ruang fasa dan kaedah Cao, didapati bahawa sifat kalut hadir dalam siri masa NO2. Bagi langkah peramalan, kaedah penghampiran purata setempat digunakan untuk meramal siri masa NO2. Keputusan peramalan menunjukkan nilai pekali korelasi yang sangat memuaskan, iaitu 0.7635. Sebagai inovasi dalam kajian ini, peramalan dilakukan terhadap nilai bacaan maksimum data pada setiap hari. Peramalan nilai maksimum harian data siri masa NO2 menunjukkan hasil peramalan yang cemerlang dengan nilai pekali korelasi 0.9139. Secara keseluruhan, hasil peramalan bagi kedua-kedua kaedah ini sangat memuaskan. Oleh itu, peramalan nilai maksimum harian data siri masa boleh dicadangkan untuk meramal data siri masa bahan pencemar yang lain, iaitu PM10, SO2, O3 dan CO. Diharapkan dengan penemuan ini dapat membantu pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dalam mengawal pencemaran NO2 terutamanya di kawasan perindustrian

    Peramalan bahan pencemar ozon (O3) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia mengikut monsun dengan menggunakan pendekatan kalut

    Get PDF
    Peramalan bahan kepekatan ozon (O3) adalah sangat penting kerana udara yang mengandungi O3 boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan asma. Kajian ini merupakan kajian rintis dengan menggunakan pendekatan kalut bagi meramal kepekatan O3 di kawasan pendidikan di Malaysia. Data yang dikaji merupakan siri masa O3 yang dicerap mengikut jam di stesen yang terletak di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sebelum model peramalan dibina, siri masa diuji terlebih dahulu untuk mengenal pasti sama ada dinamik kalut hadir ataupun tidak. Pendekatan kalut mempunyai dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Pembinaan semula ruang fasa memerlukan penetapan dua parameter terlebih dahulu iaitu masa tunda τ dan matra pembenaman m. Kedua-dua parameter tersebut masing-masing diperoleh daripada kaedah purata maklumat bersama dan kaedah Cao. Melalui plot ruang fasa dan kaedah Cao, sifat kalut didapati hadir dalam siri masa O3. Oleh itu, model peramalan melalui pendekatan kalut menggunakan kaedah penghampiran purata setempat dibina. Pendekatan kalut ini merupakan salah satu kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk meramal siri masa O3. Pekali korelasi adalah dipilih sebagai petunjuk prestasi bagi memberi gambaran tentang kekuatan hubungan antara nilai sebenar dengan nilai peramalan. Nilai pekali korelasi bagi siri masa O3 ketika Monsun Timur Laut adalah 0.8921. Manakala, nilai pekali korelasi ketika Monsun Barat Daya adalah 0.9002. Diharap dengan pendekatan kalut ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran O3 di kawasan pendidikan di Malaysia

    Kajian rintis peramalan siri masa SO2 melalui pendekatan kalut di kawasan bandar

    Get PDF
    Pencemaran udara adalah suatu krisis yang boleh membahayakan jika terdedah kepadanya dalam kepekatan yang tinggi. Terdedah kepada bahan pencemar boleh memberikan kesan kepada manusia dan juga alam sekitar. Kajian rintis ini dijalankan untuk mengesan dinamik kalut pada siri masa SO2, dan menggunakan kaedah yang ditambah baik untuk memilih parameter k. Data siri masa SO2 dalam kajian ini telah dicerap di Shah Alam pada bulan Oktober 2017. Pengesanan dinamik kalut dalam siri masa SO2 berjaya dikesan melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Penentuan tiga parameter , dan mk dilakukan sebelum proses peramalan. Nilai dan m melalui penetapan 1 dan kaedah Cao. Nilai k ditentukan dengan kaedah plot graf k melawan pekali korelasi ()pk . Nilai k yang menghasilkan nilai pk yang maksimum akan direkodkan. Proses peramalan dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu Kaedah Penghampiran Purata Setempat (KPPS), Kaedah Penghampiran Linear Setempat (KPLS) dan Kaedah Penghampiran Linear Setempat Ditambah Baik (KPLSD). Peramalan menggunakan KPLSD menunjukkan prestasi peramalan yang terbaik dengan gabungan parameter 1, 6m dan 18k yang menghasilkan 0.7831pk . Ini menunjukkan peramalan ke atas siri masa SO2 boleh dilakukan menggunakan pendekatan kalut. Penambahbaikan ke atas penentuan nilai k juga boleh meningkatkan prestasi model peramalan ke atas siri masa SO2 di Malaysia

    Suatu kajian perintis menggunakan pendekatan kalut bagi pengesanan sifat dan peramalan siri masa kepekatan PM10

    Get PDF
    Peramalan kepekatan PM10 adalah penting kerana menyedut udara mengandungi PM10 boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan bronkitis. Kajian ini merupakan kajian perintis menggunakan pendekatan kalut bagi meramal PM10 di Malaysia. Data yang dikaji adalah siri masa PM10 mengikut jam yang dicerap di stesen penanda aras yang terletak dalam daerah Jerantut di negeri Pahang. Pendekatan kalut mempunyai dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Melalui langkah 1, ruang fasa pelbagai-matra dibina menggunakan parameter masa tunda τ = 7 dan matra pembenaman m = 4 yang masing-masing diperoleh daripada kaedah maklumat purata bersama dan kaedah Cao. Hasil daripada gambarajah ruang fasa dan juga plot parameter kaedah Cao mempamerkan bahawa data bersifat kalut. Melalui langkah 2, peramalan satu jam ke hadapan selama sebulan siri masa PM10 dijalankan menggunakan kaedah penghampiran setempat. Nilai pekali kolerasi antara data ramalan dan data sebenar hanyalah 0.5692. Namun, graf perbandingan menunjukkan bahawa data ramalan adalah hampir dengan data sebenar dengan nilai ralat punca min kuasa dua peramalan adalah 7.6814. Ini menunjukkan kesesuaian penggunaan kaedah penghampiran setempat dalam meramal siri masa PM10 dan ia merupakan petanda positif bahawa pendekatan kalut ini boleh diguna pakai ke atas siri masa bahan pencemar di Malaysia

    Peramalan tak linear bagi siri masa karbon monoksida di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Kota Kinabalu, Sabah melalui pendekatan kalut. Terdapat empat objektif dalam kajian ini, iaitu i) untuk mengesan kehadiran dinamik kalut, ii) untuk meramal, iii) untuk mengaplikasikan kaedah penambahbaikan bagi menentukan nilai jiran terdekat k dan iv) untuk mengaplikasikan kaedah m-songsang dalam menentukan nilai m pada siri masa CO. Sebelum menjalankan proses peramalan, sifat data harus ditentukan terlebih dahulu sama ada bersifat kalut atau tidak. Melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao, sifat kalut hadir dalam siri masa CO. Oleh itu, model peramalan dibina. Bagi proses peramalan, tiga parameter diperlukan, iaitu masa tunda τ, matra pembenaman m dan jiran terdekat k. Parameter τ ditentukan melalui penetapan = 1 , parameter m ditentukan melalui kaedah m-songsang dan parameter k ditentukan melalui plot graf pekali korelasi (pk) melawan k. Nilai pk yang maksimum dihasilkan hasil gabungan parameter adalah direkodkan. Dengan menggunakan = 1 , m = 3 dan k = 6, nilai pk di antara data sebenar dan data peramalan adalah 0.9641. Tambahan lagi, perbandingan hasil peramalan dengan menggunakan m-songsang memberikan hasil peramalan yang lebih cemerlang berbanding dengan nilai m yang diperoleh daripada kaedah Cao. Hasil peramalan yang cemerlang ditunjukkan apabila menggunakan parameter k daripada kaedah penambaikan dan m-songsang. Oleh itu, peramalan melalui pendekatan kalut boleh digunapakai ke atas siri masa CO di Malaysia. Selain itu, diharap peramalan melalui pendekatan kalut ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Malaysia

    Three-dimensional flow of nanofluid over a non-linearly Permeable shrinking sheet

    No full text
    The nanofluid flow past a permeable non-linear shrinked surface for three-dimensional case is considered in this paper. The governing equations are first modelled, and the similarity transformation technique is conducted with the aim to obtain a set of nonlinear ordinary differential equations systems from the nonlinear partial differential equations form. The solutions are attained numerically by solving the obtained similarity equations and then solved by the shooting approach. The physical explanation on the impact of the governing parameters is presented through tables and graphs. The influences of the governing parameters on the local Reynolds number in x and y direction, local Nusselt number along with the velocity profiles have been discussed. Additionally, this present problem also discovered the existence of dual solutions. The obtained result has been compared with previous open literature results and it is revealed to be in good agreement
    corecore