1 research outputs found

    KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA MELALUI APLIKASI TWITTER DALAM KALANGAN MAHASISWA

    Get PDF
    Ketidaksantunan merupakan satu strategi ancaman muka pendengar. Ketidaksantunan memberikan implikasi negatif dalam sesuatu komunikasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan aplikasi Twitter dalam kalangan mahasiswa di Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM, Pagoh dan menganalisis ketidaksantunan bahasa menggunakan teori Culpeper 1996. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini mengunakan borang soal selidik dan penganalisisan teori Culpeper (1996). Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan aplikasi Twitter adalah bertujuan untuk mengetahui isu semasa dan bukan sahaja sebagai medium meluahkan perasaan. Pengadaptasian Teori Culpeper (1996) dalam kajian ini memaparkan bahawa mahasiswa UIAM, Pagoh banyak menggunakan strategi ketidaksantunan positif dalam ujaran. Oleh itu, kajian berkaitan ketidaksantunan berbahasa ini akan memberi ilmu pengetahuan baharu kepada masyarakat berkaitan situasi bahasa Melayu yang sering digunakan semasa berkomunikasi. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain untuk menjalankan kajian berkaitan ketidaksantunan berbahasa pada masa akan datang
    corecore