27 research outputs found

    Tanggapan, kesedaran dan motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar

    Get PDF
    Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rizab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimana pun, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna yang berpotensi masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap aspek persepsi, kesedaran pengguna serta halangan dalam kepenggunaan kaedah berkenaan, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Kaedah survei menerusi penggunaan soal selidik telah digunakan bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian tanggapan atau persepsi. Kaedah persampelan persampelan rawak berstrata telah digunakan bagi mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Sebanyak 395 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di kawasan kajian. Ini bertujuan supaya nisbah responden yang dipilih dapat mewakili setiap seksyen di Bandar Baru Bangi dan seterusnya membentuk suatu „data yang berwibawa‟. Kepenggunaan kaedah penuaian air hujan telah dilihat bersifat pro-persekitaran dalam kalangan responden. Hasil kajian ini juga mendapati tahap pendidikan seseorang tidak mempengaruhi minat dan kecenderungan responden terhadap penggunaan produk berkenaan. Secara umumnya, wujud kepelbagaian faktor yang meningkatkan semangat dan motivasi responden untuk menggunakan produk berkenaan. Ianya dilihat bakal memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu dan masyarakat, malahan alam sekitar fizikal akan dapat dipulihara dengan berkesan. Namun, akauntabiliti sosial dan tindakan altruistik yang diterapkan dalam pendidikan telah membina sikap positif responden terhadap teknik mesra alam. Malahan, elemen yang dikategorikan sebagai motivasi dan galakan akan meningkatkan tahap keyakinan responden terhadap kebolehupayaan sistem berkenaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat

    Perbandingan penjimatan penggunaan tenaga elektrik antara kolej kediaman: satu kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Tarif tenaga elektrik semakin meningkat seiring dengan penggunaannya. Hal demikian memberi impak kepada pelbagai institusi merangkumi Universiti Kebangsaan Malaysia. Justeru itu, Kajian ini dilakukan dalam membantu warga UKM mengawal masalah ini. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat perbandingan penggunaan tenaga elektrik beberapa buah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kadar penggunaan tenaga elektrik yang digunakan oleh mahasiswa/i secara purata mengikut kolej kediaman serta mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh warga kolej tersebut dalam penjimatan penggunaan elektrik. Perbandingan penggunaan tenaga elektrik dapat dikenalpasti melalui data penggunaan tenaga elektrik bulanan dan kutipan data yang diambil selama sebulan pada setiap hari di beberapa buah kolej. Data penggunaan tenaga elektrik secara harian memudahkan lagi proses pengiraan bagi mendapatkan jumlah kadar penggunaan tenaga elektrik mahasiswa/i secara purata mengikut kolej. Cadangan langkah-langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik adalah berdasarkan daripada hasil kadar penggunaan tenaga elektrik oleh mahasiswa/i. Pada peringkat akhir kajian ini, faktor peningkatan kadar penggunaan tenaga elektrik secara purata oleh mahasiswa/i dan cadangan langkah-langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik akan dapat dikenal pasti

    Discovering Trends of Agricultural Drought in Tihama Plain, Yemen : A Preliminary Assessment

    Get PDF
    Agricultural drought is characterized by lack of sufficient moisture in the surface soil layers to support crop and forage growth. Indicators of agricultural drought often are precipitation, temperature and soil moisture to measure soil moisture and crop yield.  This study aims to assess spatiotemporal of drought in the Tihama Plain, which is one of the most important agricultural areas in Yemen, where contributes about 42% of the total agricultural production in the country. In recent years, the Tihama Plain faced changes in the rainy season, which reflect negatively on agriculture production and water security in the area. In this study the Standardized Precipitation Index (SPI) was used to temporal evaluation of the situation of drought, also it has been used Geographic Information Systems (GIS) in order to show the spatial variability distribution of drought in the study area. The analysis results by SPI-6 showed that the years 1984,1991,2002, 2003,2004,2005,2006 and 2008 were the most affected by drought during the study period 30 years (1980-2010), also show that the year 1991 was the worst years of drought experienced by the study area. Based on the fact that the study area is the most important agricultural areas in Yemen, it is recommended a study the drought and its impact on agricultural crops in the area

    Perubahan kualiti air bawah tanah di negeri Kelantan pada tahun 2010 hingga 2012

    Get PDF
    Air bawah tanah adalah satu badan penting kepada yang terdapat di dalam bumi. Penerobosan air laut telah memberi kesan terhadap kualiti air bawah tanah. Kajian ini dilakukan adalah bagi menganalisis tahap kualiti air bawah tanah dalam konteks kemasinan dan kandungan klorida di beberapa lokasi jajahan negeri Kelantan daripada tahun 2010 hingga tahun 2012. Selain itu, parameter lain yang diukur dalam kajian ini adalah kandungan logam berat yang terdapat di dalam air bawah tanah. Metod kajian ini adalah mengukur min bagi setiap parameter. Penilaian turut dibuat terhadap kualiti air tanah berdasarkan kepada had piawai dalam Garis Panduan Kebangsaan bagi Kualiti Air Mentah untuk Minuman, 2000 (NGRDWQ) dan Standard Kualiti Air Minum. Hasil daripada data yang diperolehi mendapati tahap kemasinan air adalah berada pada tahap kurang daripada 2 ppt. Namun bagi kandungan klorida yang terdapat dalam air bawah tanah tersebut pula adalah melebihi daripada 250 mg/l. Ini mendapati tahap air adalah berada pada tahap air payau. Manakala bagi parameter logam berat pula didapati terdapat beberapa jenis logam yang melebihi piawai ditetapkan seperti AS (0.062 mg/l), Cr (0.0213 mg/l), Fn (10.0 mg/l) dan Mn (1.0 mg/l). Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kualiti air bawah tanah di negeri Kelantan masih lagi berada pada tahap yang baik walaupun kualiti air telah berubah akibat daripada penerobosan air laut

    Persepsi umum penduduk Telok Panglima Garang terhadap perubahan iklim di Malaysia

    Get PDF
    Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran udara dan banjir semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Perubahan iklim merupakan cabaran global yang paling serius terhadap masyarakat dunia pada masa kini. Semua pihak disetiap peringkat perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menyesuaikan diri dan memberi komitmen dalam mengurangkan risiko terhadap ancaman global ini. Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi manakala, keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Kajian ini bertujuan untuk melihat “Persepsi Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap Perubahan Iklim Di Malaysia”. Kajian dijalankan dengan mensasarkan seramai 50 orang penduduk Telok Panglima Garang, Selangor. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS. Keputusan kaji selidik ini dijadikan asas untuk merangka langkah dan cadangan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dalam kalangan penduduk dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Namun, hasil perhubungan yang didapati adalah agak lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, tahap kesedaran yang kurang memuaskan dalam kalangan penduduk Telok Panglima Garang akan memberi impak kepada pertambahan masalah perubahan iklim di Malaysia

    Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: kajian kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan

    Get PDF
    Suhu persekitaran yang tinggi serta jumlah penghuni yang padat di dalam sesebuah premis seperti bilik darjah mampu mendatangkan rasa tidak selesa serta mengganggu proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengukur perubahan parameter cuaca dan menilai persepsi sensasi terma pelajar serta turut melibatkan pengukuran tahap keselesaan terma pelajar melalui penilaian Model Jangkaan Min Pilihan (PMV) dan Indeks Jangkaan Peratusan Ketidakpuasan (PPD). Perubahan parameter cuaca diukur menggunakan alatan thermal comfort multistation, manakala parameter personal dan penilaian subjektif persepsi sensasi terma diperolehi dengan menggunakan borang soalselidik. Hasil kajian mendapati suhu persekitaran agak tinggi iaitu 33°C sekitar pukul 2.00 petang dan pergerakan angin yang perlahan telah mewujudkan bahangan di dalam bilik darjah. Di samping itu, melalui undian sensasi terma, kajian mendapati 52% pelajar merasakan bahawa keselesaan terma tidak dicapai. Purata Pilihan Sensasi Terma (Min TSV) yang dicatatkan pada nilai 1.47 jelas menunjukkan bahawa pelajar merasakan suhu di dalam bilik darjah berada antara julat sedikit panas dan sederhana panas. Pelajar lelaki dilihat lebih ramai berada di zon selesa dengan jumlah sebanyak 32%, berbanding pelajar perempuan yang hanya16% sahaja. Pengkelasan nilai PMV mengikut zon waktu mendapati bahawa hanya waktu pagi sahaja yang memberi perbezaan yang ketara antara kedua-dua gender berbanding dengan waktu tengah hari dan petang kerana selepas pukul 12.00 tengah hari, perbezaan yang wujud adalah sangat kecil. Hampir 75% responden inginkan suhu yang lebih rendah serta tidak selesa dengan bahangan suhu yang dialami. Oleh yang demikian, inisiatif tambahan dalam usaha menyederhanakan suhu persekitaran di dalam bilik darjah ini perlu diberi perhatian. Selain itu, jumlah pelajar bagi setiap bilik perlu diberi perhatian agar tidak terlalu padat supaya proses pembelajaran dapat berjalan dalam suasana yang lebih kondusif

    Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal

    Get PDF
    Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang strategik

    Penentuan model adaptasi terhadap kemudahterancaman kenaikan aras laut di Selangor, Malaysia

    Get PDF
    Salah satu cabaran dalam pengurusan bencana di Malaysia adalah usaha untuk memperkuatkan daya tahan (resilience) di kalangan penduduk yang terdedah kepada bahaya persekitaran. Perbincangan mengenai keupayaan masyarakat terhadap sebarang penyesuaian atau adaptasi terhadap bencana persekitaran masih lagi dalam perdebatan samada penyelidik di dalam mahupun di luar negeri. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model adaptasi tingkah laku penyesuaian masyarakat pesisir pantai di Selangor terhadap kenaikan aras laut agar faktor yang terlibat dikenalpasti dan diurus untuk mencapai matlamat pembangunan mampan. Secara teorinya, tingkah laku adaptasi ditentukan oleh empat faktor utama, iaitu pengetahuan, kesedaran, persepsi terhadap kenaikan aras laut dan juga latarbelakang sosioekonomi masyarakat pesisir pantai. Kajian ini melibatkan 1050 responden yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh melalui temuduga berstruktur dengan menggunakan soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek latar belakang pendidikan masyarakat, kesedaran serta aspek sosioekonomi mempunyai kesan positif terhadap amalan penyesuaian atau adaptasi penduduk pesisir terhadap bencana persekitaran. Nilai RMSEA, RMSR dan CFI juga telah menunjukkan kriteria model yang baik dan dianggap sesuai dan boleh diterima. Adalah didapati konstruk pengetahuan, kesedaran dan persepsi telah menunjukkan nilai korelasi yang tinggi (r> 0.900, p = 0.05). Faktor sosioekonomi penduduk juga dianggap penting dalam memberikan kesan yang positif terhadap amalan penyesuaian terhadap bencana kenaikan aras laut. Adalah dicadangkan bahawa tahap pengetahuan dan sosioekonomi masyarakat perlu ditingkatkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan tahap kemudahterancaman mereka di masa akan datang

    Kecelaruan iklim global: satu analisis awal

    Get PDF
    Sumbangan ilmu para saintis seperti John Tyndall, Svante Arrhenius dan juga Milutin Milankovitch di dalam merangsang kefahaman ilmu sains atmosfera tidak boleh dinafikan. Hasil penelitian mereka telah menimbulkan usaha masa kini untuk mengurangkan kesan gas rumah kaca terhadap pemanasan global berterusan. Namun, kegagalan program pengurangan karbon telah menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan adaptasi iklim global. Ada dalam kalangan pakar tidak melihat gas CO2 sebagai bahan pencemar, malahan ianya dilihat sebagai bahan hayat penting untuk vegetasi dan kehidupannya. Kecelaruan juga timbul apabila wujud jemaah pakar kajiiklim dunia yang mempersoalkan hasil penelitian IPCC terhadap kesensitifan iklim, pemodelan suhu dan juga kaitannya dengan bencana persekitaran. Kajian ini cuba membuktikan wujudnya kecelaruan di dalam memahami aspek pemanasan global dan hubungkaitannya dengan kehadiran bencana persekitaran. Secara rasionalnya, terdapat penelitian saintifik berimpak tinggi yang berjaya memberi pandu arah kepada kefahaman asas yang benar, walaupun hasilan berkenaan tidaklah selari dengan kemahuan penyelidikan arus perdana

    Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek dayahuni bandar di Malaysia (The impact of global warming trends on urban livability in Malaysia: an analysis)

    Get PDF
    Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tren pemanasan global di Malaysia dengan menilai perubahan suhu bandar di antara 1970 hingga 2005. Sebanyak lima stesen klimatologi utama Jabatan Meteorologi Malaysia yang terletak di kawasan bandar telah dipilih untuk kajian ini. Beberapa ujian analisis tren termasuk yang berbentuk linear iaitu garis regresi kuasa dua terkecil dan tidak linear iaitu analisis rank Kruskal-Wallis dan juga Ujian Mann-Kendall telah digunakan. Kajian ini telah mengesahkan bahawa i) wujudnya tren perubahan suhu bandar yang signifikan di Semenanjung Malaysia, ii) stesen bandaraya Kuala Lumpur telah dilihat mempunyai perubahan tren yang paling ketara (5.63oC/100tahun) berbanding stesen bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia dan iii) titik perubahan tren berdasarkan analisis Mann-Kendall tidak menunjukkan ianya berlaku semasa kehadiran episod ENSO yang paling kritikal. Justeru, terdapat kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengaitkan faktor pembandaran khususnya kesan pulau haba bandar di dalam mengubah tren suhu sekitaran bandar. Peningkatan suhu bandar akibat pemanasan global dan fenomena pulau haba dijangka berupaya membawa implikasi buruk kepada komuniti bandar di Malaysia. Faktor kekasaran bandar dan fenomena pulau haba telah dilihat sebagai faktor dominan di dalam mempengaruhi meteorologi bandar dan seterusnya mengubah keadaan dan kehadiran cuaca ekstrim (banjir kilat dan kemarau) di kawasan banda
    corecore