research

Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek dayahuni bandar di Malaysia (The impact of global warming trends on urban livability in Malaysia: an analysis)

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tren pemanasan global di Malaysia dengan menilai perubahan suhu bandar di antara 1970 hingga 2005. Sebanyak lima stesen klimatologi utama Jabatan Meteorologi Malaysia yang terletak di kawasan bandar telah dipilih untuk kajian ini. Beberapa ujian analisis tren termasuk yang berbentuk linear iaitu garis regresi kuasa dua terkecil dan tidak linear iaitu analisis rank Kruskal-Wallis dan juga Ujian Mann-Kendall telah digunakan. Kajian ini telah mengesahkan bahawa i) wujudnya tren perubahan suhu bandar yang signifikan di Semenanjung Malaysia, ii) stesen bandaraya Kuala Lumpur telah dilihat mempunyai perubahan tren yang paling ketara (5.63oC/100tahun) berbanding stesen bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia dan iii) titik perubahan tren berdasarkan analisis Mann-Kendall tidak menunjukkan ianya berlaku semasa kehadiran episod ENSO yang paling kritikal. Justeru, terdapat kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengaitkan faktor pembandaran khususnya kesan pulau haba bandar di dalam mengubah tren suhu sekitaran bandar. Peningkatan suhu bandar akibat pemanasan global dan fenomena pulau haba dijangka berupaya membawa implikasi buruk kepada komuniti bandar di Malaysia. Faktor kekasaran bandar dan fenomena pulau haba telah dilihat sebagai faktor dominan di dalam mempengaruhi meteorologi bandar dan seterusnya mengubah keadaan dan kehadiran cuaca ekstrim (banjir kilat dan kemarau) di kawasan banda

    Similar works