4 research outputs found

    Sikap pihak berkepentingan terhadap kecukupan peraturan dalam undang-undang biokeselamatan di Malaysia

    Get PDF
    Malaysia telah mengenal pasti bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama yang mampu menjadi pemacu transformasi Malaysia ke arah negara perindustrian menjelang 2020. Namun begitu, pembangunan yang pesat dalam bidang ini telah mendatangkan kebimbangan masyarakat, lebih-lebih lagi yang melibatkan isu biokeselamatan. Di Malaysia, Akta Biokeselamatan 2007 telah diluluskan pada 11 Julai 2007 dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2009 untuk mengawal selia bioteknologi moden dan hasilannya. Namun terdapat kritikan yang mengusulkan beberapa kekurangan peraturan dalam akta ini berkaitan aspek bioetika dan sosioekonomi. Justeru penilaian kecukupan peraturan yang sedia ada untuk memastikan keselamatan penggunaan bioteknologi dan hasilannya, perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepercayaan terhadap pihak kerkeutamaan, keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia, dan sikap terhadap kecukupan peraturan biokeselamatan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu set soal selidik telah diedarkan kepada 451 orang responden yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan di Lembah Klang. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan program SPSS versi 18.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia adalah rendah dan tahap kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan sebagai sederhana. Pihak berkepentingan menilai kecukupan struktur kawal selia, kecukupan penilaian dan pengurusan risiko, pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007, kecukupan denda, kecukupan hebahan umum dan sikap keseluruhan terhadap biokeselamatan sebagai sederhana

    Public’s attitudes towards autocidal trap in Malaysia

    No full text
    As dengue incidence rises yearly, there are several reports on the poor effectiveness of conventional vector management techniques. One of the major illnesses that endanger public health and occasionally result in death is dengue. Due to the lack of a specific treatment for dengue, the autocidal trap was selected as an alternate strategy for dengue prevention in the survey. This essay's goal is to evaluate and contrast Malaysians' attitudes toward the autocidal trap as a dengue-prevention strategy across educational levels and age groups. In Malaysia's Klang Valley, a poll of 415 adult respondents was conducted. The study's findings suggested that Malaysians had positive opinions toward autocidal traps. The Malaysians expressed moderate levels of perceived risks when it came to negative effects and harm to the health and ecosystem, despite their high levels of perceived benefits and behavior intentions. This suggests that Malaysians tend to be decisive when expressing their opinion toward an unusual technique like an autocidal trap. A substantial variation in attitudes regarding autocidal traps was revealed by one-way MANOVA across stakeholder groups, educational attainment levels, and age groups.

    Sikap pihak berkepentingan terhadap teknik fogging di Malaysia

    Get PDF
    Pelbagai teknik pengawalan denggi telah diperkenalkan dalam usaha untuk melindungi kesihatan masyarakat umum dan mempromosi alam sekitar tanpa denggi. Namun, fogging kekal sebagai teknik kaedah utama untuk mengawal vektor denggi di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menilai dan membandingkan tahap sikap terhadap teknik fogging merentas faktor jantina, pihak berkepentingan, agama, tahap pendidikan dan umur. Seramai 399 responden dewasa di kawasan Lembah Klang, Malaysia telah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah untuk terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati pihak berkepentingan dalam kalangan saintis dan orang awam amat yakin kepada kewibawaan pihak berkeutamaan seperti kerajaan, institusi penyelidikan dan industri pengeluar racun serangga atau farmaseutikal yang terlibat dalam pengawalan denggi. Mereka menganggap fogging sebagai mempunyai faedah yang tinggi disamping mendapat galakan yang tinggi bagi pengunaannya. Namun, mereka juga bersikap berhati-hati dengan mengakui ‘fogging’ juga mempunyai risiko yang sederhana. Pihak berkepentingan dalam kajian ini mengakui mempunyai komitmen keagamaan yang tinggi. Malahan, mereka lebih cenderung untuk mengutamakan alam semulajadi berbanding nilai material. Ujian MANOVA sehala telah mengesan perbezaan signifikan merentas faktor jantina, pihak berkepentingan, agama, tahap pendidikan dan umur. Analisis Post Hoc mengesahkan perbezaan yang signifikan bagi tanggapan risiko dan galakan merentas umur, sementara komitmen keagamaan merentas tahap pendidikan. Manakala analisis lanjutan ANOVA mengesahkan perbezaan signifikan tanggapan risiko merentas pihak berkepentingan, sementara komitmen keagamaan berbeza merentas jantina danagama. Hasil kajian ini penting sebagai penanda aras yang bermanfaat kepada pihak yang terlibat dalam pengawalan denggi untuk memahami sikap pihak berkepentingan terhadap teknik fogging
    corecore