'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Malaysia telah mengenal pasti bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama yang mampu menjadi pemacu
transformasi Malaysia ke arah negara perindustrian menjelang 2020. Namun begitu, pembangunan yang pesat dalam bidang ini
telah mendatangkan kebimbangan masyarakat, lebih-lebih lagi yang melibatkan isu biokeselamatan. Di Malaysia, Akta
Biokeselamatan 2007 telah diluluskan pada 11 Julai 2007 dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2009 untuk mengawal selia
bioteknologi moden dan hasilannya. Namun terdapat kritikan yang mengusulkan beberapa kekurangan peraturan dalam akta ini
berkaitan aspek bioetika dan sosioekonomi. Justeru penilaian kecukupan peraturan yang sedia ada untuk memastikan keselamatan
penggunaan bioteknologi dan hasilannya, perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepercayaan terhadap pihak
kerkeutamaan, keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia, dan sikap terhadap kecukupan peraturan biokeselamatan
di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu set soal selidik telah diedarkan kepada 451 orang responden yang terdiri daripada
pelbagai pihak berkepentingan di Lembah Klang. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan program SPSS versi
18.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia adalah rendah dan
tahap kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan sebagai sederhana. Pihak berkepentingan menilai kecukupan struktur kawal
selia, kecukupan penilaian dan pengurusan risiko, pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007, kecukupan
denda, kecukupan hebahan umum dan sikap keseluruhan terhadap biokeselamatan sebagai sederhana