12 research outputs found

    Faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender di Malaysia: satu ilustrasi mikro dari Seremban, Negeri Sembilan (Factors influencing gendered occupational segregation in Malaysia: a micro illustration from Seremban, Negeri Sembilan)

    Get PDF
    Dua jenis segregasi pekerjaan berlaku, iaitu segregasi mendatar dan menegak. Segregasi pekerjaan secara mendatar merujuk kepada keadaan apabila wanita dan lelaki bekerja dalam jenis industri yang berbeza. Segregasi pekerjaan secara menegak pula merujuk kepada situasi apabila kaum lelaki selalunya memegang jawatan yang lebih tinggi dan kaum wanita pula bekerja dalam jenis pekerjaan yang berjawatan rendah dalam industri yang sama. Data statistik semasa menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam segregasi pekerjaan di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender. Data sekunder dan primer digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sumber data sekunder adalah Banci Penduduk dan Perumahan dan Buletin Perangkaan Sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan. Untuk mendapatkan data primer, kajian fokus awal dilakukan ke atas 120 buah keluarga. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk mendapat responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender adalah pendidikan formal dan latihan, pembahagian pekerjaan dalam isi rumah, budaya masyarakat tempatan, keadaan kerja, kemudahan di tempat kerja yang kurang mesra wanita, dan keutamaan individu. Makalah ini merumuskan tiga cara bagi membolehkan pekerja wanita memperluaskan bidang pekerjaan yang ingin diceburi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender, iaitu mewujudkan peraturan-peraturan di tempat kerja yang “mesra wanita”, pengorganisasian semula kerja, dan memperbaiki dasar pendidikan dan latihan

    Malaysian women in management

    Get PDF
    Malaysian women account for about 34.0 percent of all employed workers in 1999 yet their entry into the workplace has by no means guaranteed them access to top jobs. This paper discusses the distribution patterns of Malaysian women in management from the year 1970 to 1999 using secondary data to take a closer look at their role as a family manager, and by means of a field study, examines how Malaysian women managers conduct themselves when managing, and explores ways of enhancing Malaysian women’s participation in management. Findings point to the imperative of helping the dual-career woman cope with the domestic and work environment through the provision of such conveniences as flexible working hours, and financially accessible child care facilities. Suggestions to support career women advancement into management positions include career planning, counseling and training, senior management mentoring, helping male workers to come to terms with women managers, and the creation of informal support networks for women managers

    Wanita bekerja dan pengurusan keluarga

    Get PDF
    Wanita bekerja sering menghadapi dilema dalam membahagikan tugas mereka di pejabat dan menguruskan rumah tangga. Dari segi ekonomi, mereka terpaksa bekerja bagi membantu menambah pendapatan suami memandangkan perbelanjaan semakin bertambah. Justera itu, makalah ini membincangkan cara pengurusan wanita bekerja di tempat kerja dan juga pengurusan rumah tangga. Unit sampel adalah sebanyak 12 buah keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan dan pemilihan berdasarkan teknik snowball. Daripada 12 buah unit keluarga atau 36 responden, sebanyak tujuh orang responden yang pernah bekerja dan sembilan orang yang masih bekerja dipilih sebagai responden. Maklumat diperolehi melalui temu bual mendalam dengan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaum wanita bekerja menghadapi masalah dalam melakukan tugasan di rumah dan juga di tempat kerja. Mereka terpaksa memikul beban kerja yang banyak di rumah dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan semua kerja dalam satu masa termasuk menjaga anak-anak. Di tempat kerja pula, mereka menghadapi beberapa masalah seperti prosedur kenaikan pangkat yang tidak adil dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai ragam

    Implikasi perubahan struktur ekonomi kepada wanita: situasi di Malaysia (Gender shift and its implications for the Malaysian economic structural change)

    Get PDF
    Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada ekonomi perindustrian yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi yang canggih supaya dapat menghasilkan berbagai jenis keluaran, mempunyai rekabentuk yang lebih baik dan kompetitif untuk memenuhi kehendak pasaran global. Makalah ini akan meneliti corak taburan pekerjaan wanita mengikut lima tahap perkembangan sektor perindustrian menggunakan data sekunder. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan beberapa perkara. (1) Terdapat perubahan jelas dalam peranan ekonomi yang dilakukan oleh wanita di Malaysia. Mulai pada tahun 1980an, aktiviti ekonomi wanita sudah berubah daripada penggunaan secara luas sebagai buruh murah dalam kategori pekerjaan pertanian kepada pekerjaan pengeluaran, dan pekeranian. (2) Terdapat kemajuan dalam kualiti pekerjaan wanita seperti mana dicerminkan dengan peningkatan wanita dalam pekerjaan profesional dan pekerjaan pejabat yang lain di mana keadaan kerja dan gaji adalah lebih baik daripada pekerja dalam industri pertanian. (3) Pekerja wanita masih bertumpu dalam pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan “tradisi” seperti pengajar/guru, jururawat, jurutrengkas, dan jurujual. (4) Perubahan yang dapat dilihat dalam struktur pekerjaan wanita yang menunjukan kemunculan corak baru pekerjaan wanita kepada pekerjaan bukan-tradisi seperti pakar undang-undang, pekerja perubatan, jurutera, dan pengurus

    Masa kerja fleksibel dalam sektor formal di bandar: mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga

    Get PDF
    Peningkatan penyertaan ibu dalam tenaga kerja telah memberi kesedaran khusus kepada majikan dalam sektor formal di bandar tentang keperluan untuk membantu pekerja mereka mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga. Kajian telah dilakukan dalam kalangan wanita yang pernah dan masih bekerja. Adalah didapati bahawa kepuasan dengan imbangan kerja/keluarga adalah faktor penting dalam kepuasan kerja. Kegunaan waktu kerja fleksibel didapati dapat membantu pekerja, khususnya ibu bagi menghadapi dwi fungsi mereka

    The life history approach: Fieldwork experience

    Get PDF
    Life history approach in qualitative research emphasises on the importance of presenting the individual‟s subjective evaluation of his experiences and of giving information about his social experiences. It is the account of a life, completed or ongoing. This approach combines both written and oral evidence. The information gathered offer basic evidence about social interaction and process. There are many problems involved in the use of life history approach such as reliability, validity and interpretation of information. However, it has certain advantages for studies of social change, as documentation on roles, demonstration of socialisation, and as a mean towards understanding variation within a society. At one time special attention was given to the use of life history approach but not much recording and analysis had been done. Perhaps because researchers have not been very clear about what to do with a life history narrative. The researchers‟ effect upon the research process and the analysis seems to be a concern in contemporary qualitative research. The same is also true about the individuals, their attitudes and understanding about the subject matter. This article attempts to highlight these key issues. The focus of discussion are on the attitudes of the researchers and his/her roles as a communicator in conducting research. Therefore, the objective of this paper is to discuss the conceptual aspect of life history approach and to identify the strategies used by researchers to effectively communicate with the individual in the process of collecting informatio

    Globalisasi industri perikanan: dampak terhadap komuniti nelayan lokal di pesisiran pantai Kota Makassar, Indonesia

    Get PDF
    Industri perikanan telah memberi kesan kepada pendapatan isi rumah dan pola interaksi sosial di kawasan pesisir pantai Kota Makassar. Makalah ini mempunyai dua tujuan, pertama untuk membincangkan pembangunan industri perikanan makro dan kaitannya dengan isu kemunduran dalam kalangan masyarakat nelayan di pesisir Kota Makassar, Indonesia; kedua, memeriksa faktor ekonomi yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan dalam kalangan pengeluar, khususnya tentang pasaran eksport ikan dan kesannya ke atas pendapatan nelayan skala kecil. Kedua-dua data primer dan sekunder yang digunakan dalam kajian ini diperolehi melalui kajian luar yang dilakukan di Kota Makassar. Analisis kajian ini mendapati bahawa struktur sosial yang terbentuk dalam kalangan nelayan dan para pengusaha industri perikanan di Kota Makassar telah meletakkan nelayan skala kecil di kedudukan paling rendah dalam proses pengeluaran perikanan. Sedangkan, orang tengah yang mempunyai akses dan kuasa ke atas saluran pemasaran dianggap sebagai patron bagi industri perikanan di sini dan lazimnya menduduki status sosial yang tinggi. Tambahan pula, globalisasi telah meninggalkan impak dan melebarkan jurang lagi ketaksamaan sosial dan ekonomi industri tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pembangunan industri perikanan di keseluruhan masyarakat nelayan di Kota Makassar masih dalam keadaan terencat

    Dinamik langganan dalam masyarakat nelayan: artikulasi ragam pengeluaran perikanan berskala kecil di Kelurahan Cambayya, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia (The dynamics of patronage in a fishing community: Articulating the production mode of small scale fishing industry in the Cambayya district, Kota Makassar, South Sulawesi, Indonesia)

    Get PDF
    Hubungan patron-klien telah sekian lama wujud dan meresapi hubungan sosial pengeluaran di kalangan komuniti nelayan. Makalah ini cuba menjelaskan hubungan patron klien yang diartikulasi dalam ragam pengeluaran berskala kecil di kalangan komuniti nelayan pesisiran Kota Makassar. Kajian ini telah mendapati bahawa hubungan patron klien masih wujud dalam aktiviti sosio-ekonomi komuniti. Isu semasa juga menunjukkan bahawa dinamik ini telah mempengaruhi hubungan kuasa di dalam komuniti nelayan

    Participatory rural appraisal (PRA): An analysis of experience in Darmareja Village, Sukabumi District, West Java, Indonesia.

    Get PDF
    Participatory Rural Appraisal (PRA) is an approach which encourage the community to share their opinions, ideas and experiences pertaining to the local problems, issues and needs. This approach emphasizes on local knowledge and help local community to make their own plans, analysis and appraisal. Thus, PRA is used to facilitate information sharing, analysis and action among stakeholders. The purpose of PRA is to enable the main stakeholders i.e. government, local communities, private sectors or NGOs to work together to plan appropriate and relevant programs for the community. In Indonesia, the Center for Social Empowerment, National University of Indonesia (UNAS) had been championing the use of PRA for development process. This article discusses on the use of PRA in a selected village in West Java, Indonesia. It will highlight the advantages and disadvantages of using this technique

    Memobilisasikan penyertaan lokal melalui participatory rural appraisal (Pra) bagi penilaian keperluan untuk pembangunan komuniti

    Get PDF
    Penyertaan adalah suatu isu penting dalam wacana pembangunan. Bagi pihak yang mengajukan pembangunan, penyertaan daripada khalayak sasaran amat dikehendaki dan bagi kalangan khalayak sasaran mereka jarang diajak untuk turut serta dalam proses pembangunan dari awal lagi. Pendekatan Participatory Rural Appraisal (PRA) memberi peluang kepada khalayak sasaran untuk turut sama mengambil bahagian dalam proses pembangunan. PRA boleh digunakan untuk memobilisasikan penyertaan khalayak melalui komunikasi dan interaksi yang menggalakkan komuniti berkongsi pendapat, idea dan pengalaman mengenai masalah lokal, isu, keperluan, dan kepentingan mereka. Pendekatan ini menekankan kepada pengetahuan tempatan dan membantu komuniti lokal untuk menilai keperluan, analisis dan merancang. Oleh yang demikian, PRA digunakan untuk memudahkan perkongsian maklumat, analisis dan tindakan di kalangan pihak berkepentingan. Secara amnya, tujuan PRA adalah untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan, komuniti lokal, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dalam merancang program pembangunan yang sesuai dan releven bagi sesebuah komuniti. Di Indonesia dan Filipina misalnya, pengaplikasian PRA dalam program pembangunan komuniti telah menjadi kebiasaan untuk mengukur keperluan dan keinginan komuniti desa. Makalah ini membincangkan kepentingan pendekatan PRA kepada kerja-kerja pembangunan, syarat-syarat perlu untuk menggunakan pendekatan ini, kelebihan pendekatan ini dan sejauh manakah pendekatan ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan komuniti di Malaysia
    corecore