1 research outputs found

    Penelitian Terhadap Wakaf Kediaman dan Pendidikan di Malaysia Menerusi Komperatif Negara Terpilih [Research on Residential and Education Endowment in Malaysia through Comparative Selected Countries]

    Get PDF
    Kebejatan tanah wakaf di Malaysia masih lagi berlaku walaupun isu ini sudah lama dibangkitkan. Selain daripada populasi penduduk di Malaysia yang semakin meningkat, taraf hidup di Malaysia juga tinggi. Bilangan golongan masyarakat B40 semakin meningkat disebabkan graf pengukuran kelas masyarakat B40 meningkat. Masih ramai yang memerlukan kediaman sebagai tempat tinggal dan pendidikan sebagai elemen teras kehidupan. Justeru, kajian ini untuk melihat sejauh mana pelestarian wakaf terhadap pendidikan dan pembangunan perumahan yang di bina di atas tanah wakaf untuk membantu masyarakat Islam Melayu khususnya di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian mendapati bahawa isu tanah wakaf yang telah lama berlaku ini mula ditangani seperti di beberapa buah negeri yang telah melaksanakan wakaf kediaman dan wakaf pendidikan. Namun hanya beberapa negeri sahaja yang berjaya dalam membendung isu kebejatan tanah wakaf dengan menjadikan hartanah wakaf untuk kediaman dan pendidikan. Oleh yang demikian, pembinaan kediaman wakaf dan institut pengajian wakaf adalah wajar untuk diperkasakan kerana penempatan dan pelajaran merupakan keperluan bagi masyarakat untuk membina tamadun yang sejahtera. The corruption of waqf land in Malaysia is still happening even though this issue has been raised for a long time. Apart from the growing population in Malaysia, the standard of living in Malaysia is also high. The number of B40 community groups is increasing due to the increase in the B40 community class measurement graph. There are still many who need housing as a place to live and education as a core element of life. Thus, this study is to see the extent of preservation of waqf for education and housing development built on waqf land to help the Malay Muslim community, especially in Malaysia. This study is a qualitative study that uses a survey research design. The study found that the issue of waqf land that has been going on for a long time is starting to be addressed as in some states that have implemented residential waqf and educational waqf. However, only a few states have succeeded in curbing the issue of waqf land corruption by making waqf properties for residence and education. Therefore, the construction of waqf residences and waqf study institutes should be empowered because settlement and education are a necessity for the community to build a prosperous civilization
    corecore