3 research outputs found

    Pendekatan Thomas Beighton (1790-1844) dalam penyebaran agama Kristian di Pulau Pinang dan Kedah (1819-1844)

    Get PDF
    Kajian mengenai sejarah penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu kebanyakannya terbatas pada aspek-aspek tertentu seperti pendidikan, percetakan dan lain-lain. Maka keperluan kepada kajian yang menyeluruh ke atas pendekatan yang digunakan oleh para mubaligh Kristian didapati penting kerana para mubaligh Kristian Eropah lazimnya menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat dan pemerintah tempatan berbanding penjajah Barat sendiri. Dengan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh Thomas Beighton (1790-1844), seorang mubaligh LMS, dalam menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu di Pulau Pinang dan Kedah. Analisis sejarah yang digunakan dalam kajian ini adalah bersandarkan kepada sumber yang diperolehi daripada koleksi Council of World Mission-London Missionary Society (CWM-LMS) Penang di arkib School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, yang mana kebanyakannya adalah dokumen berupa surat dan laporan Beighton kepada pihak-pihak yang berkaitan. Maka berdasarkan kajian, didapati terdapat tiga pendekatan utama yang telah digunakan oleh Beighton iaitu pendidikan, penulisan dan percetakan, dan jalinan hubungan dengan pemerintah tempatan. Di sinilah sebenarnya secara tidak langsung Beighton turut memainkan peranan sebagai agen kolonial British melalui pendekatan-pendekatan tersebut. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan terdapatnya unsur-unsur pembaratan dalam pendekatan Beighton tersebut ke atas masyarakat tempatan di kedua-dua negeri itu

    Konsep sejarah menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas : kajian terhadap karya-karya terpilih / Siti Nor Aisyah binti Ngadiran

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bagi menganalisis dengan lebih mendalam dan menyeluruh mengenai konsep sejarah daripada pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Kajian ini telah dikhususkan kepada karya-karya terpilih beliau yang melibatkan sebanyak 15 buah karya secara keseluruhan. Fokus utama kajian ini iaitu konsep sejarah adalah merupakan suatu kajian pemikiran atau kerangka falsafah al-Attas mengenai pandangan beliau tentang sejarah. Oleh itu, ia mestilah merangkumi subjek-subjek tertentu yang membentuk kerangka pemikiran tersebut seperti definisi, objektif, sumber, prinsip, dan metodologi tertentu yang digunakan oleh al-Attas dalam kajian serta penulisan sejarahnya. Manakala al-Attas pula dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan keautoritian beliau dalam bidang falsafah dan sumbangan beliau dalam bidang kajian sejarah Islam di alam Melayu. Ini kerana kedua-dua bidang iaitu falsafah dan sejarah itu adalah saling berkaitan dan kedua-duanya diperlukan bagi kajian mengenai konsep sejarah ini. Selain itu, kajian ini yang juga merupakan kajian kualitatif telah menggunakan metode-metode tertentu iaitu metode perpustakaan dan temubual. Maka berdasarkan hasil dapatan kajian, telah membuktikan betapa besar sumbangan beliau dalam bidang kajian sejarah Islam di alam Melayu termasuklah dalam mengemukakan teori-teori dan kaedah-kaedah tertentu sehingga mencetuskan pelbagai perbincangan di kalangan sarjana luar dan juga tempatan. Begitu juga dengan idea perubahan pemikiran yang dicetuskan beliau iaitu daripada pandangan alam (worldview) Barat kepada pandangan alam Islam (Islamisasi). Ini kerana falsafah atau pemikiran seseorang yang berasaskan kepada pandangan alam (worldview) itulah yang merupakan penentu bagi hasil dapatan kajian seseorang. Maka berdasarkan kritikan-kritikan beliau khususnya terhadap kaedah kajian sejarah orientalis telah membawa beliau kepada kaedah kajian berteraskan konsep sejarah Islam yang sebenar sebagaimana yang pernah diasaskan oleh para tokoh sejarah Islam terdahulu seperti Ibn Khaldun, al-Tabari, al-Mas’udi dan lain-lain

    Metode dakyah Kristian di Pulau Pinang pada abad ke-19: kajian terhadap karya-karya terpilih Thomas Beighton (1790–1844)

    No full text
    The British settlement in Penang in the 1790s had led to the introduction of Christianity from various sects, mainly Protestant which consisted of multiple missionary societies. Amongst the most active was the London Missionary Society (LMS). However, the research conducted on LMS especially among the local researchers is minimal due to the lack of sources which are only available in certain libraries in London. Therefore, this study aims to introduce 10 works of Thomas Beighton (1790–1844) which were written in Malay Jawi. These sources highlighted the importance of this language as an element of Malay identity in Penang. Hence, textual analysis, classification and comparison methods employed by using ATLAS.ti were done to identify the preaching methods that are often used in these works. The results indicated that there were three main methods; highlighting of the similarities between Islam and Christianity, the misrepresentation of the image of Islam and the Malays, and promoting of Western ethics and Christianity as a solution in life. However, the Beighton’s mission failed when the LMS Malay Missionary Station in the region had to be closed down and consequently, they turned their attention to China in 1843
    corecore