2 research outputs found

    Taburan dan komposisi rumput laut di pesisiran pantai Kuala Lawas, Sarawak

    Get PDF
    Kajian tentang kepelbagaian spesis rumput laut, pengaruh substrat dan monsun terhadap peratus litupan rumput laut telah dilaksanakan pada bulan Jun, Julai, November dan Disember 2009 di pesisiran pantai Kuala lawas, Sarawak. Sebanyak empat trip persampelan telah dilakukan sepanjang 4 bulan tersebut di mana setiap persampelan mengambil masa 5 hari. Tarikh persampelan dipilih mengikut air pasang surut anak atas sebab julat air yang rendah dan bagi tujuan keselamatan. Sebanyak 28 stesen kajian tetap meliputi kawasan Kampung Awat Awat (4° 55' 58.4" U, 1150 14' 12.3" T) sehingga ke kawasan paya bakau Sungai Bengkulit (4° 59' 04.0" U, 115° 26' 56.2" T) telah ditandakan menggunakan pancang yang diikatkan botol sebagai pelambung bagi memudahkan proses pencarian semula stesen. Jarak di antara stesen adalah ±1.0 kilometer. Di setiap stesen, kaedah pengkuadratan diaplikasikan. Peratus litupan rumput laut dikira dengan menggunakan kuadrat PVC bersaiz 0.25 m x 0.25 m dan dengan merujuk rujukan piawai daripada SeagrassWatch. Selain itu, spesis rumput laut jenis substrat di setiap stesen dikenalpasti. Sepanjang tempoh kajian, sebanyak 9 spesis rumput laut telah dikenalpasti wujud di kawasan kajian. Spesis yang telah ditemui Ini adalah Ha/odule pinifolia, H. uninelVis, Cymodocea rotundata, C serrulata, Thalassia hemprichii, Enhalus acoroides, Halophila ovalis, H. becarrii dan H. minor. Analisa statistik (Ujian Kruskal-Wallis, Wilcoxon dan Mann-Whitney) telah dilakukan clengan menggunakan perisian SPSS versi 12 untuk menguji hipotesis tentang pengaruh jenis substrat serta monsun terhadap peratus litupan rumput laut di pesisiran pantai Kuala lawas, Sarawak. Keputusan ujian Kruskal-Wallis menunjukkan terdapat perbezaan peratus litupan rumput laut yang signifikan bagi jenis substrat yang berbeza. Manakala bagi faktor monsun, didapati bahawa tiada perbezaan peratus litupan rumput laut yang signifikan bagi Monsun Barat Daya dan Monsun limur laut. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan rumput laut di pesisiran pantai Kuala Lawas lebih cenderung untuk tumbuh di kawasan berpasir halus dan tidak dipengaruhi monsun

    Effects of flooding on the Mediterranean seagrass Cymodocea nodosa in relation to environmental degradation

    No full text
    This work has been conducted at the Fisheries Research Institute (ELGO DIMITRA) as an MSc dissertation of Masturah Nadzari at the University of Aberdeen with supervisors Prof. F.C. Küpper and Dr. S. Orfanidis. ΜΝ is grateful to Ms Konstantinia Nakou and Ms Olympia Nisiforou for technical assistance during her stay in FRI. FCK received funding from the UK Natural Environment Research Council (NERC, program Oceans 2025 – WP 4.5 and grants NE/D521522/1 and NE/J023094/1). Both FCK and SO are grateful to the TOTAL Foundation (Paris) for funding within the framework of the project "Brown algal biodiversity and ecology in the Eastern Mediterranean Sea".Peer reviewedPostprin
    corecore