3 research outputs found

    Designing for Homeless in Kuala Lumpur: Concepts and Case Studies

    Get PDF
    Homelessness issue in Kuala Lumpur has no permanent solution. There are current needs to provide definite helps and solutions. This paper aims to identify and explore the concepts and ideas in providing shelter for the homeless in Kuala Lumpur. A qualitative and conventional content analysis of narrative data is implemented to achieve the research aim. Series of case studies explains the concepts and ideas that may be implemented as part of the possible solutions in providing shelter for the homeless in Kuala Lumpur. This study will hopefully provide significant finding that may be applied towards designing a proper basic community shelter for the homeless in Kuala Lumpur

    Tipologi bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia

    Get PDF
    Pengadaptasian nilai reka bentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam โ€˜Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Binaโ€™ pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan reka bentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti reka bentuk yang baik. Di dalam kajian ini, penilaian dan klasifikasi dilaksanakan terhadap 12 buah bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia; iaitu merujuk kepada bangunan moden di Malaysia yang direka bentuk dengan mengadaptasi nilai dan karakteristik yang wujud dalam bahasa seni bina Melayu tradisional dan juga warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Melaluinya, tipologi bangunan seni bina melayu moden dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 12 buah bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif

    Tipologi bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia

    No full text
    Pengadaptasian nilai rekabentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam โ€˜Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina' pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan rekabentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti rekabentuk yang baik. Di dalam kajian ini, penilaian dan klasifikasi dilaksanakan terhadap 12 buah bangunan seni bina Melayu Moden di Malaysia; iaitu merujuk kepada bangunan moden di Malaysia yang direkabentuk dengan mengadaptasi nilai dan karakteristik yang wujud dalam bahasa senibina Melayu tradisional dan juga warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Melaluinya, tipologi bangunan seni bina melayu moden dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 12 buah bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif
    corecore