6 research outputs found

    Nasr Hamid Abu Zayd as a modern Muslim thinker

    Get PDF
    Nasr Hamid Abu Zayd is a thinker who has produced works in the fields of theology, philosophy, law, politics and humanities. Abu Zayd’s thought, partly on the Quran and its hermeneutics has stirred controversy in Egypt and the Muslim world. This research focuses on the controversy surrounding Nasr Hamid Abu Zayd which led to the declaration of his apostasy by the Supreme Court of Egypt in 1995, as well as his controversial thoughts on the Quran, its method of exegesis and certain fiqh (Islamic jurisprudence) issues such as the hijab (veil) and polygamy. This paper serves as a literature review which employs the content analysis as a methodology to elaborate on Abu Zayd’s controversial thoughts based on his books, as well as through the views of Muslim and Western scholars on those thoughts

    Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an

    Get PDF
    Ulama tafsir telah bersepakat tentang metode untuk mentafsirkan al-Qur’an, namun Nasr Hamid Abu Zayd telah menganjurkan metode tafsir moden dengan mengaplikasikan hermeneutik kerana beliau berpendapat metode tersebut ialah metode terbaik untuk mentafsirkan al-Qur’an. Angggapan Abu Zayd adalah berdasarkan al-Qur’an perlu ditafsirkan kepada konteks sejarah dan budaya semasa. Metode tafsir Abu Zayd telah menimbulkan polemik dalam dunia Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti metode tafsir Abu Zayd dan menganalisis implikasi metode tersebut terhadap isu-isu berkaitan dengan wanita. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan yang terdiri daripada karya Abu Zayd untuk mengeluarkan kaedah pentafsirannya. Hasil pentafsiran Abu Zayd dibandingkan dengan pendapat mufassir. Hasil kajian mendapati metode pentafsiran Abu Zayd bersifat relatif serta memberi polemik besar terhadap isu wanita

    Konsep tafsir al-Quran menurut Nasr Hamid Abu Zayd

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis pandangan Nasr Hamid Abu Zayd yang merupakan seorang sarjana Islam kontemporari dalam bidang tafsir al-Quran. Menurut Abu Zayd pemahaman semula terhadap tafsir al-Quran ini adalah penting kerana metode tafsir tradisional bersifat kaku dan literal (harfiyyat). Ia tidak menepati tujuan utama al-Quran diturunkan, iaitu untuk memberi petunjuk kepada manusia. Metode tradisional juga tidak sesuai untuk menafsirkan al- Quran berdasarkan kepada keadaan sosial umat Islam pada hari ini. Untuk mencapai tujuan ini, kajian ini mengupas kedudukan al-Quran menurut Abu Zayd, metode tafsir Abu Zayd dan aplikasi teori tafsiran Abu Zayd. Kajian ini bersifat kepustakaan dengan mengaplikasi metode analisis dokumen yang terdiri daripada buku-buku karya Abu Zayd tentang konsep tafsir al-Quran. Pandangan beliau mengenai konsep dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran adalah menyelusuri kaedah yang telah diaplikasi oleh sarjana Barat dalam sistem tafsiran Bible

    Implications of Nasr Hamid Abu Zayd’s interpretations on women issues in the Al-Qur’an

    No full text
    Despite the agreement of tafseer scholars on the methods for interpreting the Qur’an, Nasr Hamid Abu Zayd proposed a modern method. He believes that the application of Hermeneutics is the best method for interpreting the Qur’an based on the need to interpret the Qur’an in accordance to historical context and contemporary culture. Thus, Abu Zayd’s method of tafseer has given birth to polemics in the Islamic world. The objectives of this article are identify the method used by Abu Zayd and to analyze the implications of the method on women’s issues. This is a qualitative study employing content analysis method. Works by Abu Zayd are analyzed to extract his method in interpreting. His interpretations are compared to the opinions of tafsir scholars. Results of this study indicate that Abu Zayd’s method of interpretation is relative and has given rise to harsh polemics in women related issues

    Analisis pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd dalam buku Voice an Exile: Reflection on Islam

    No full text
    Nasr Hamid Abu Zayd adalah pemikir moden Muslim yang berkehendak kepada sikap keterbukaan dalam syariat Islam sehingga tegar untuk mengkritik al-Qur’an dan menolak al-Sunnah sebagai sumber rujukan kedua. Malah, beliau menggesa untuk mengkaji semula al-Quran serta menyarankan untuk membuka pintu ijtihad kepada hukum-hukum yang telah jelas nasnya dalam al-Quran mahu pun al-hadith. Pemikiran Abu Zayd tentang Islam telah dikongsi kepada umum dengan terbitnya bibliografi yang berjudul Voice an Exile: Reflection on Islam yang telah ditulis bersama Esther. Buku ini membongkar sejarah hidup beliau sejak dari kecil sehingga beliau dikenali sebagai seorang pemikir moden Muslim. Pemikiran beliau telah menggemparkan dunia Islam dengan aliran pemikiran yang mengkritik al-Quran dan syariatnya. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu kontroversi dan menganalisis pemikiran beliau yang terkandung dalam buku ini. Metode yang digunakan untuk kajian ini adalah analisis kandungan dan pengekodan mudah pada ayat-ayat yang menggambarkan kerancuan pemikiran Abu Zayd tentang Islam. Kaedah mengenal pasti isu-isu kerancuan ini adalah berdasarkan kepada fatwa Jakim 2006 tentang pemikiran liberal. Hasil kajian mendapati kerancuan pemikiran beliau wujud dalam dua aspek iaitu akidah dan syariat. Implikasi kajian menunjukkan beliau seorang liberalis dan pemikiran liberalismenya telah disebarkan melalui karya ini. Implikasi kajian ini menjelaskan buku Voice An Exile: Reflection On Islam tidak sesuai untuk bacaan umum kerana ia boleh memberi kekeliruan tentang Islam

    Analisis pemikiran nasr hamid Abu Zayd dalam buku voice an exhile : reflection on Islam

    corecore