3 research outputs found

    Idea sejarah Tanbih dalam historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis idea sejarah tanbih dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad adalah seorang sarjana serba boleh dari rantau Nusantara yang menjalani proses pengajian di Timur Tengah. Beliau menghasilkan sebuah adikarya bertajuk Hadiqat al-Azhar yang turut mengandungi falsafah sejarah tentang tanbih atau peringatan. Fokus penulisan ini adalah untuk mencerakinkan falsafah sejarah Syeikh Ahmad dan pengaplikasiannya dalam Hadiqat al-Azhar. Penulisan ini mengaplikasi pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan dan kajian historiografi terhadap Hadiqat al-Azhar sebagai teks kajian. Hasil kajian mendapati idea sejarah tanbih Syeikh Ahmad adalah adaptasi daripada konsep cibrah dalam historiografi Islam. Tujuan dan aplikasi idea sejarah tanbih juga bertujuan untuk mendidik masyarakat Melayu melalui naratif sejarah yang dianggap dekat dengan mereka, bertujuan menyegarkan dan mengingatkan semula mereka terhadap perkara yang sudahpun diketahui. Penggunaan konsep ini juga terangkum melalui penulisan sembilan tema sejarah dalam kitab Hadiqat al-Azhar

    Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai sumber pembentukan Perlembagaan Johor 1895

    Get PDF
    Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19M. Sarjana berpandangan Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalui pemilihan Kanun I Esasi untuk dinilai dari segi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teks. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan komparatif. Data kajian diperoleh daripada simpanan Arkib Negara Malaysia dan koleksi terbitan The American Journal of International Law. Kajian ini mendapati tiada jalinan khusus yang wujud antara Kanun I Esasi dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Oleh yang demikian, ketiadaan jalinan ini diperkukuhkan dengan pemerian berkenaan asas hubungan di antara Johor dan ‘Uthmaniyyah

    A historical appraisal of ethics and civilization in Malaysia from pre-colonial to post-colonial era

    No full text
    This paper discusses the development of ethics and civilization with regards to Malaysia’s history from its pre-colonial to post-colonial times. This paper analyses the meaning of ethics in Ancient Greek and its relationship to civilization and how ethical framework has changed throughout particular civilizations. It also discusses how the religious ethical framework as well as local culture and customs in Malaysia were affected when Western modernity was introduced to this region. It is argued that both the Hindu-Buddhist period and the Muslim sultanates period have a similarity in their ethical framework in that both frameworks are informed by a belief in the divine, much like the Homeric period in Ancient Greece. On the discussion on the colonial period, this paper emphasizes and draws distinctions between the Portuguese, the Dutch and the British taking into consideration the main events that had happened in Europe between the Portuguese’ conquest of Malacca in 1511 and the British colonization in Malaya in 1824. Finally, this paper discusses on what this means to post-colonial Malaysia and the challenges it brings to the ethical discussion in Malaysia as well suggestions for possible meeting points to counter these challenges
    corecore