4 research outputs found

    Isu tempat tinggal dan perancangan dasar warga tua negara

    Get PDF

    Kekangan dan isu penyeliaan praktikum: Satu pengalaman Universiti Utara Malaysia (UUM)

    Get PDF
    Praktikum merupakan salah satu komponen wajib untuk melayakkan atau memenuhi syarat pengijazahan bagi program pengurusan kerja sosial di Universiti Utara Malaysia (UUM). Selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh NASWI CSWE iaitu 900 jam latihan atau penempatan di institusi atau agensi yang berkaitan. Latihan praktikum bertujuan mendedahkan pelajar dengan kes sebenar, mengadakan kerja lapangan, mengaplikasikan teori dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang mengikuti kerja kursus. Walaubagaimanapun, antara elemen penting dalam menjalani latihan praktikum ialah penyeliaan yang perlu dikendalikan oleh pegawai di agensi berkenaan. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan kekangan yang dihadapi dalam proses penyeliaan pelajar praktikum.Beberapa isu yang akan disentuh termasuk perkongsiaan pengalaman dan pengetahuan oleh penyelia majikan dengan pelajar, serta beban kerja yang perlu dipikul oleh penyelia majikan. Manakala beberapa kekangan yang dikenal pasti termasuk faktor kemanusiaan iaitu integriti dalam kalangan penyelia majikan sendiri, etika kerahsiaan yang kurang diberi perhatian serta kekurangan pengalaman dan kelayakan dalam bidang kerja sosial. Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan proses penyeliaan. Cadangan tersebut merangkumi keperluan mengadakan taklimat atau program bagi mendedahkan komponen yang perlu dinilai serta isu-isu berkaitan.Selain itu, pemilihan penyelia yang benar-benar berkelayakan dalam bidang kerja sosial perlu diberi perhatian. Pemberian pengiktirafan dalam pelbagai bentuk perlu dipertimbangkan sebagai galakan penglibatan pekerja sosial sebagai penyelia majikan

    Kajian pengetahuan seksualiti dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Kajian ini memfokuskan kepada pengetahuan seksualiti dalam kalangan pelajar.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan sikap pelajar tentang aspek seksualiti, mengenalpasti keterkaitan tahap pengetahuan seksualiti dengan aspek demografi yang terpilih dan mengenalpasti keperluan pendidikan mengenai seksualiti. Kajian ini bersifat kuantitatif di mana pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) melibatkan pelajar di dua seting institusi pendidikan iaitu sekolah dan universiti.Responden kajian terdiri daripada para pelajar yang mengambil kursus-kursus Program Pengurusan Kerja Sosial di Universiti Utara Malaysia (238 orang, 33.7%), dan para pelajar Tingkatan Satu (132 orang, 18.7%),Tingkatan Dua (133 orang, 18.8%), Tingkatan Empat (149 orang, 21.1%) dan Tingkatan Enam Atas (54 orang, 7.6%) di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Kedah.Hasil kajian ini menunjukkan secara umumnya, responden kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan yang sederhana tentang hal-hal seksualiti.Analisis korelasi menunjukkan bahawa semakin meningkat usia responden maka semakin baik tahap pengetahuan seksualiti mereka.Begitu juga analisis ujian yang mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang pengetahuan berkaitan seksualiti berdasarkan jantina, di mana skor pengetahuan pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pengetahuan pelajar lelaki.Dari segi pengalaman berkaitan seksual, didapati bahawa pengalaman paling kerap dilaporkan oleh responden adalah keluar temujanji (dating), menonton filem/video lucah dan mempunyai kawan yang pernah melakukan hubungan seks.Selain itu, responden kajian ini juga mempunyai sikap yang konservatif terhadap isu-isu seksualiti.Berdasarkan kajian ini, sumber pengetahuan seksual yang paling utama dirujuk oleh responden ialah kawan-kawan, diikuti oleh pembacaan buku dan majalah, serta maklumat dari internet berbanding ibu bapa atau sumber-sumber yang lebih formal.Pelajar lelaki didapati lebih cenderung merujuk sumber-sumber yang tidak diketahui kesahihan atau ketepatan maklumat berkaitan seksualiti.Kawan-kawan, internet, CD/VCD serta pengalaman sendiri sering dijadikan sumber rujukan dalam kalangan pelajar lelaki.Berbeza dengan pelajar perempuan yang kebanyakannya merujuk bahanbahan bacaan, guru dan kelas agama.Cadangan untuk menangani masalah yang timbul akibat maklumat seksual yang tidak tepat yang diperolehi pelajar turut melibatkan pihakpihak berkepentingan seperti LPPKN, Jabatan Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menambahbaik polisi keluarga dan pelaksanaan program-program pendidikan mengenai seksualiti serta program-program pencegahan masalah sosial dalam kalangan pelajar dan anak remaja

    Sikap pelajar terhadap situasi persaingan: kajian di Universiti Utara Malaysia

    Get PDF
    Sikap bersaing perlu wujud dalam diri setiap pelajar terutama bagi tujuan kecemerlangan akademik. Namun, tidak semua pelajar yang merasakan diri mereka sebagai pesaing kepada pelajar lain malah tidak meletakkan diri sebagai pesaing yang hebat. Kajian yang telah dilakukan di salah sebuah kolej di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini bagi meninjau sikap persaingan yang wujud di kalangan pelajar serta perbezaan yang mungkin wujud adalah berdasarkan latar belakang masing-masing. Kajian melibatkan 322 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan sikap terhadap situasi persaingan berdasarkan etnik, manakala bagi ciri-ciri demografi yang lain iaitu jantina dan semester pengajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan. Di samping itu, analisis korelasi- Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap terhadap situasi persaingan dengan PMK terakhir (pencapaian akademik). Ini menunjukkan para pelajar yang mempunyai sikap persaingan yang positif mempunyai pencapaian akademik yang baik. Berdasarkan hasil tersebut, langkahlangkah bagi meningkatkan sikap yang positif dan daya saing terhadap situasi persaingan bagi menghadapi cabaran secara efektif dan produktif perlu disarankan kepada pelajar
    corecore