Kekangan dan isu penyeliaan praktikum: Satu pengalaman Universiti Utara Malaysia (UUM)

Abstract

Praktikum merupakan salah satu komponen wajib untuk melayakkan atau memenuhi syarat pengijazahan bagi program pengurusan kerja sosial di Universiti Utara Malaysia (UUM). Selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh NASWI CSWE iaitu 900 jam latihan atau penempatan di institusi atau agensi yang berkaitan. Latihan praktikum bertujuan mendedahkan pelajar dengan kes sebenar, mengadakan kerja lapangan, mengaplikasikan teori dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang mengikuti kerja kursus. Walaubagaimanapun, antara elemen penting dalam menjalani latihan praktikum ialah penyeliaan yang perlu dikendalikan oleh pegawai di agensi berkenaan. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan kekangan yang dihadapi dalam proses penyeliaan pelajar praktikum.Beberapa isu yang akan disentuh termasuk perkongsiaan pengalaman dan pengetahuan oleh penyelia majikan dengan pelajar, serta beban kerja yang perlu dipikul oleh penyelia majikan. Manakala beberapa kekangan yang dikenal pasti termasuk faktor kemanusiaan iaitu integriti dalam kalangan penyelia majikan sendiri, etika kerahsiaan yang kurang diberi perhatian serta kekurangan pengalaman dan kelayakan dalam bidang kerja sosial. Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan proses penyeliaan. Cadangan tersebut merangkumi keperluan mengadakan taklimat atau program bagi mendedahkan komponen yang perlu dinilai serta isu-isu berkaitan.Selain itu, pemilihan penyelia yang benar-benar berkelayakan dalam bidang kerja sosial perlu diberi perhatian. Pemberian pengiktirafan dalam pelbagai bentuk perlu dipertimbangkan sebagai galakan penglibatan pekerja sosial sebagai penyelia majikan

    Similar works