11 research outputs found

    Asmah, Collins, Dan Dialek Melayu: Pentafsiran Mengenai Gagasan Dan Implikasinya Terhadap Grafisejarah Linguistik Melayu

    Get PDF
    Makalah ini menganalisis gagasan atau idea tentang dialek dan dialektologi Melayu yang dikemukakan oleh dua orang bahasawan bahasa Melayu tersohor iaitu Asmah Hj. Omar dan James T. Collins. Berpedoman kepada pendekatan ‘Kesinambungan’ dan ‘iklim idea’ dalam grafisejarah linguistik, gagasan tentang dialek dan dialektologi Melayu oleh Asmah dan Collins dianalisis secara perbandingan. Analisis ini bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri istimewanya. Pada masa yang sama, makalah ini turut menelusuri sumber yang memberi ilham kepada Asmah dan Collins dalam membentuk gagasan dialek dan dialektologi mereka. Isu yang dibincangkan ini bukan sahaja berlegar-legar seputar persoalan dialek dan dialektologi Melayu, malah turut mengandungi implikasi tidak langsung kepada beberapa persoalan dalam grafisejarah linguistik Melayu secara umumnya

    Analisis Sejarah Fonologi Dan Pengelompokan Dialek Melayu Hulu Di Bahagian Timur Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini meneliti pertalian sejarah dialek Melayu Hulu Pahang, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Hulu Terengganu dan dialek Melayu Hulu Tembeling. Dua persoalan utama yang mendorong kajian ini ialah isu-isu mengenai perkembangan fonologi dan pengelompokan dalaman dialek-dialek tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk memerikan sistem fonologi, merekonstruksi fonologi dialek induk, menghuraikan proses fonologi selain menentukan inovasi bersama dan retensi untuk tujuan pengelompokan dalaman. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menerapkan empat teori yang saling berkaitan, iaitu teori pemerian sistem fonem, teori rekonstruksi, teori perubahan bunyi dan teori pengelompokan. Hasil pemerian fonem mendapati setiap dialek Melayu hulu memiliki ciri khas yang membezakannya daripada dialek-dialek Melayu di kawasan hilir. Kewujudan ciri khas mengesahkan andaian bahawa semua dialek Melayu hulu diturunkan daripada sebuah dialek purba yang dikenali sebagai dialek Hulu Semenanjung Timur purba

    Penyebaran nasal homorganik dalam dialek Melayu Semenanjung

    Get PDF
    Dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu di Semenanjung memang sudah kerap dilakukan, dan antara pengkaji yang paling awal melakukannya ialah Nik Safiah (1966, 1967). Walau bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini memperlihatkan kekurangan dari dua segi: (i) tidak menyeluruh kerana hanya terbatas pada dialek-dialek tertentu; dan, (ii) analisisnya tidak berupaya menyerlahkan hubungan sejarawi yang boleh menjadi dasar kepada penentuan hipotesis tentang asal usul gejala tersebut, dan kemungkinan kewujudan rangkaiannya, kerana terhad kepada aspek sinkronik. Makalah ini adalah satu usaha untuk menangani kedua-dua kekurangan yang dinyatakan ini. Maka, yang dibincangkan di sini ialah satu tinjauan yang bersifat umum mengenai penyebaran nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu yang terdapat di Semenanjung. Setelah memaparkan gejala tersebut secara deskriptif, makalah ini berusaha untuk tiba pada pemaparan mengenai perkembangan nasal homorganik, seperti yang diperlihatkan oleh dialek-dialek yang dikaji. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, makalah ini menerapkan pendekatan dialektologi diakronik yang secara khusus memberi keutamaan kepada aspek inovasi dan retensi. Makalah ini menarik satu kesimpulan penting bahawa rumus nasal homorganik yang dicadangkan oleh para pengkaji lampau gagal beroperasi dalam beberapa kes, khususnya di Hulu Pahang. Selain itu, makalah ini juga mendapati bahawa gejala nasal homorganik berupaya menyerlahkan perkembangan dialek-dialek Melayu di Semenanjung secara bertahap. Dapatan kedua ini bermaksud dialek-dialek ini membentuk satu rantaian sambung-menyambung, maka menolak pengelompokan berdasarkan rajah pohon

    Ilmu swaacuan : kasus warisan linguistik Melayu

    Get PDF
    Makalah ini membincangkan isu linguistik Melayu yang mandiri. Ada dua dorongan yang melatarinya iaitu tanggapan sedia ada yang disifatkan tidak adil kepada karya nahu yang dikarang oleh ilmuwan watan khususnya sebelum kemunculan linguistik moden, dan ketiadaan pengiktirafan daripada ilmuwan grafisejarah linguistik mengenai suatu warisan ilmu yang digelar sebagai linguistik Melayu. Makalah ini berhujah, untuk berlaku adil kepada ilmuwan watan yang mengarang karya nahu bahasa Melayu, selain untuk menerbitkan linguistik Melayu sebagai ilmu yang mandiri justeru berpotensi diangkat sebagai salah satu warisan ilmu yang patut diiktiraf, kelihan semula terhadap khazanah pengaryaan mengenai bahasa Melayu adalah satu keperluan. Akan tetapi, kelihan tersebut bukan disandarkan pada kerangka grafisejarah yang lazim dalam linguistik. Makalah ini sebaliknya menerapkan gagasan pemeribumian ilmu. Hal ini kerana tujuan utamanya adalah untuk menggali ilmu dalam kebudayaan sendiri. Penerapannya membolehkan makalah ini mencungkil dan merekonstruksi makna reti bahasa, lantas mengangkatnya sebagai dasar falsafah serta matlamat linguistik Melayu. Maka, dengan reti bahasa, warisan linguistik Melayu patut dilihat sebagai tidak sekadar pemerian sistem bahasa yang hanya berhenti pada bahasa itu sendiri, tetapi yang paling penting adalah matlamat akhirnya. Reti bahasa menunjukkan warisan linguistik Melayu mengandungi tiga matlamat utama yang perlu diserlahkan dalam setiap karya nahu bahasa Melayu iaitu tatabahasa, tataberbahasa dan tatanilai. Ketiga-tiganya meletakkan warisan linguistik Melayu melampaui preskriptifisme dan deskriptifisme kerana di sana terkandung dimensi pembentukan akhlak manusia

    Hulu Tembeling sebagai pusat difusi dialek di Lembangan Sungai Pahang

    Get PDF
    Makalah ini membincangkan perihal penentuan kawasan difusi dialek di lembangan Sungai Pahang. Untuk itu, makalah ini mencadangkan Hulu Tembeling sebagai kawasan yang memenuhi kriterianya. Pemilihan kawasan ini disandarkan pada bukti linguistik dan sejarah. Bukti linguistik terbangun daripada cerapan menetapkan bahawa dialek di Hulu Tembeling memperlihatkan ciri fonologi khusus yang membolehkannya membentuk cabang tersendiri dalam kelompok dialek Melayu Semenanjung timur. Bukti ini kemudiannya diperkuatkan dengan bukti sejarah yang mengarah pada penonjolan Hulu Tembeling sebagai salah satu kawasan petempatan awal di Semenanjung. Data dialek Melayu Hulu Tembeling dikumpul di lapangan pada tahun 2011, 2012, 2016, 2020, 2021 dan dianalisis menerusi kerangka dialektologi diakronik dengan menumpukan pada unsur retensi bahasa purba. Hasil analisis menunjukkan keberadaan ciri pengekalan vokal tinggi bahasa purba pada posisi suku kata praakhir. Pengekalan ciri ini membawa maksud dialek Melayu Hulu Tembeling tercakup sebagai dialek yang dituturkan di kawasan relik, justeru merupakan dialek konservatif. Retensi dan sifat konservatif yang dimilikinya menjadi bukti bahawa dialek ini lebih tua dan purba, maka wajar diangkat sebagai calon terbaik bagi kawasan difusi dialek di seluruh lembangan Sungai Pahang. Kesimpulan ini diperkukuhkan dengan bukti arkeologi dan sejarah yang menunjukkan pembentukan peradaban dan kependudukan di Sungai Tembeling lebih awal berbanding dengan kawasan lain di lembangan Sungai Pahang. Implikasi terpenting dapatan makalah ini membawa perspektif baharu mengenai pusat penyebaran dialek di Pahang yang selama ini tertumpu semata-mata pada daerah Pekan

    Variasi dialek Pahang : keterpisahan berasaskan jaringan sungai

    Get PDF
    Kajian ini cuba membawa perspektif baharu terhadap penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Kajian lepas terhadap penamaan dan penggolongan sangat dipengaruhi oleh konsep bahawa sempadan politik, menyamai sempadan dialek, sehinggakan dialek Pahang dikatakan memiliki lapan “subdialek” berdasarkan di daerah mana sundialek itu dituturkan. Dialek Pahang lantas digolongkan pula kepada dua kumpulan yang berbeza berdasarkan ciriciri linguistik yang ditonjolkan oleh setiap subdialek. Satu kumpulan di dalam memperlihatkan ciri dialek Pahang dan satu kumpulan lagi memperlihatkan ciri percampuran antara dialek Pahang dan dialek-dialek lain. Dalam usaha meneroka perspektif yang berbeza, kajian ini cuba menjadi sistem sungai di Pahang sebagai asas kepada penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Varian-varian linguistik yang ada di tiga batang sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis dianalisis dan diperbandingkan untuk mengesan ciri persamaan dan perbezaan mereka. Kajian ini mendapati hanya wujud hanya dua subdialek di Pahang iaitu subdialek Hulu Pahang dan Subdialek Hilir Pahang yang sempadannya ditentukan oleh aliran sungai tersebu

    Inovasi dan retensi dalam dialek Hulu Tembeling

    Get PDF
    Inovasi dan retensi adalah dua konsep penting dalam linguistik perbandingan sejarawi. Inovasi merujuk kepada perubahan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa; manakala, retensi pula adalah pengekalan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa. Bertolak daripada kedua-dua konsep tersebut, makalah ini membincangkan ciri inovasi dan retensi yang wujud dalam dialek Hulu Tembeling (DHT). Secara khususnya makalah ini hanya membicangkan satu ciri inovasi dan retensi dalam DHT iaitu perubahan segmen bunyi yang terjadi pada konsonan nasal akhir dan pengekalan vokal tinggi pada posisi suku kata praakhir. Harus dinyatakan bahawa penentuan sama ada sesuatu ciri itu dapat dikategorikan sebagai inovasi atau retensi adalah melalui pendekatan perbandingan yang lazim dalam linguistik perbandingan sejarawi. Sehubungan itu, data-data dialek Hulu Tembeling akan dibandingkan dengan bahasa Malayik Purba (MP) yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992). Pewajaran perbandingan sebegini adalah kerapatan hubungan bahasa purba tersebut dengan DHT. Pendekatan perbandingan yang dijadikan alat analisis didasarkan pada hipotesis kajian ini iaitu segmen bunyi yang menunjukkan perbezaan dengan MP dikategorikan sebagai inovasi; sebaliknya, segmen yang direfleks secara linear dikategorikan sebagai retensi. Ciri inovasi dan retensi ini selanjutnya dihubungkan dengan beberapa faktor yang relevan untuk dikaitkan sebagai penyebab kewujudannya iaitu pengelompokan dialek Hulu Tembeling, ketidakstabilan dialek tersebut ekoran perubahan ciri linguistik yang sedang berlangsung dan kewujudan rantai dialek di Lembangan Sungai Pahang

    Antu language in the Sangin oral narrative of the Sihans in Sarawak

    Get PDF
    This article discusses the Sihan community and one of their traditional oral narratives, known as sangin. Sihan is an indigenous ethnic group residing in Belaga, Sarawak, Malaysia, and sangin is an activity that can be considered a folklore, narrative in manner, and performed for entertainment and native remedy. Data on the community in this study was obtained through interviews with 71 Sihan informants in Belaga, Sarawak, Malaysia. The sangin by one of its practitioners was recorded during the community's leisure activities. The recorded sangin song, delivered in the style of storytelling, narrated for entertainment, not for remedy purposes. The description of the sangin indicates that the language in the oral tradition, called antu language (language of the spirit) is very different from the modern, every day Sihan language used by its speakers. In terms of usage, sangin can be considered extinct because of the reduced number of Sihan speakers (only 218 left) and lessening number of sangin practitioners (only three remain). Sangin as a native remedy no longer has a place in the community with the availability of modern medical treatment, the mass migration of the Sihans from their original area, and the change in the Sihans' life style, from nomadic to community life

    Tradisi linguistik barat dan arab di Malayonesia abad Ke-19

    Get PDF
    Tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam memiliki perbezaan yang jelas. Hal ini sesuai dengan tanggapan mengenai ketidakneutralan ilmu kerana setiap ilmu sangat dipengaruhi oleh kebudayaan, agama, ideologi, atau isme-isme lainnya. Justeru, sesuatu ilmu yang terbangun dalam sesebuah kebudayaan tertentu menghasilkan ilmu yang berbeza dengan kebudayaan lainnya. Hal yang sama kelihatan dalam ilmu linguistik. Oleh sebab itu, Barat dan Arab-Islam memperlihatkan pengertian ilmu linguistik dan bahasa yang berbeza. Bagi tradisi linguistik Barat selepas 1700-an menitiberatkan pemerian bahasa secara “apa adanya”; manakala, tradisi linguistik Arab-Islam berpangkal pada pemerian bahasa secara “apa yang sepatutnya.” Makalah ini, membincangkan keberadaan penerapan cara-gaya pemerian kedua-dua tradisi dalam memeri dan menganalisis nahu bahasa Melayu sebelum tahun 1900-an. Penerapan kedua-dua tradisi tersebut dilihat dalam karya dua orang penahu bahasa Melayu abad ke-19, iaitu Raja Ali Haji dan William Marsden. Penulis menjadikan karya-karya mereka berdua sebagai objek penjejakan penerapan kaedah nahu bersumberkan tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam seperti Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858) oleh Raja Ali Haji dan A Dictionary and Grammar of Malayan Languages (1812) oleh William Marsden. Analisis pengelasan kata dalam karya-karya kedua-dua bahasawan tersebut membuktikan bahawa Raja Ali Haji dalam pemerian nahunya berpegang pada paradigma yang terbina daripada tradisi linguistik Arab-Islam; manakala, William Marsden pula berpegang pada paradigma yang dibangunkan daripada tradisi linguistik Barat

    Dialek Pasir Raja: Ciri Fonologi dan Pengelompokan

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di Mukim Pasir Raja. Dari perspektif linguistik rakyat, dialek di kawasan ini dipersepsikan sebagai berbeza dengan dialek Melayu terengganu di kawasan kuala dan pesisir pantai. Perbezaan yang dipersepsikan wujud ini, jika dicerap menurut sudut pandang dialektologi diakronik menimbulkan persoalan yang perlu ditangani, iaitu: (i) ciri fonologi dialek di Pasir Raja yang menjadikannya berbeza dengan dialek Melayu lain dan (ii) hubungannya dengan dialek-dialek berkenaan. Bagi menjawab persoalan ini, aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan mengumpul lebih 600 item daftar kata dan rakaman perbualan sebagai korpus data. Berasaskan pendekatan dialektologi diakronik, artikel ini memerikan beberapa ciri fonologi, dan membandingkannya dengan bahasa Malayik purba. ciri fonologi dialek Pasir Raja turut dibandingkan dengan dialek di kawasan kuala dan pesisir pantai termasuk beberapa dialek Melayu lain. Perbandingan fonologi adalah bagi tujuan pengelompokan. beberapa ciri fonologi dialek Pasir Raja menunjukkan dialek ini masih lagi terangkum di bawah cabang dialek Melayu hulu Semenanjung timur. Selain fakta linguistik, hubungan yang akrab ini dapat juga dijelaskan menerusi bukti sejarah dan sosiologi. Implikasi penemuan artikel ini yang penting ialah adanya dialek baharu dalam cabang dialek Semenanjung timu
    corecore