1 research outputs found
Amalan sains sukan dalam pelaksanaan kokurikulum sukan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Program ini menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu; pertama, menyediakan satu modul khas untuk pelaksanaan kokurikulum sukan dalam sistem MRSM; kedua, memberikan latihan dan kemahiran kepada guru MRSM tentang sains sukan; dan ketiga, memberikan pendedahan dan kemahiran sains sukan kepada pelajar MRSM dalam kokurikulum sukan. Kursus Training of Trainer (T.O.T) 1 dan 2 telah dilaksanakan diperingkat guru penasihat kokurikulum MRSM. Diakhir program ini diharapkan seramai 46 orang Jurulatih Utama (J.U) MRSM, sekurang-kurangnya 470 (10 orang guru penasihat X 47 MRSM) orang guru dan 9400 (20 orang pelajar X 47 MRSM) orang pelajar MRSM akan menerima manfaat dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam sains sukan modul kokurikulum MRSM. Pemantauan yang dilakukan mendapati bahawa; guru penasihat amat aktif dan mendapat banyak pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melatih dan menguruskan kokurikulum sukan. Pengurusan MRSM amat menyokong dan mencadangkan agar semua guru MRSM diberikan T.O.T Modul Sains Sukan ini. Secara tidak langsung, program ini akan membantu memupuk amalan sains sukan dan gaya hidup sihat di kalangan guru dan pelajar MRSM. Modul Kurikulum Sains Sukan di MRSM akan bertindak sebagai rujukan dan panduan dalam sistem pendidikan MRSM pada masa hadapan