2 research outputs found

    Aplikasi motif batik sarung dalam penghasilan rekacorak jubin / Junaidi Awang... [et al.]

    Get PDF
    Jubin merupakan salah satu hasil daripada seni seramik. Rekaan jubin pada masa kini terdiri daripada rekaan jubin yang bercorak yang dihasilkan dalam pelbagai warna, rupa dan bentuk. Jubin juga berfungsi sebagai penghias dinding dan lantai di ruang hiasan dalaman rumah dan bangunan. Kebanyakan rekacorak jubin terkini adalah bermotifkan flora, geometrik, abstrak dan bertekstura dengan pelbagai rupa. Satu revolusi baru diperlukan untuk melihat jubin dalam perspektif yang lain dimana penggunaan motif batik sarung telah diaplikasikan dalam rekaan jubin bagi memberi nafas baru dalam penghasilan jubin untuk hiasan dinding rumah mahupun bangunan. Penggunaan jubin boleh dipelbagaikan pada hiasan dinding dengan olahan dari segi reka corak dan fungsinya. Dalam hal ini, keunikan motif batik sarung dilihat berpotensi untuk diaplikasikan dalam penghasilan rekacorak jubin untuk masa kini

    Revolusi penggunaan kain perca pada tenunan kreatif / Yusof Daud@Ismail...[et al.]

    Get PDF
    Kajian ini melibatkan penggunaan bahan terbuang iaitu perca kain dari pengusaha tekstil sebagai serat alternatif dalam menghasilkan tenunan kreatif. Kuala Terengganu menjadi lokasi kajian kerana memandangkan daerah ini merupakan ibu negeri serta dikenali di negeri Terengganu sebagai daerah yang mengeluarkan produk batik dan songket terbesar di Malaysia, selain dari industri jahitan yang kian berkembang menjadi pemangkin kepada kerancakan pertumbuhan industri tekstil yang sedia ada. Tiga kilang atau pengusahaan tekstil yang terpilih bagi memperolehi perca kain untuk kajian ini adalah pengusaha dari kilang batik, pengusaha songket serta pengusaha jahitan pakaian. Perca kain yang diperolehi akan di fokuskan kepada tiga proses utama iaitu proses pengasingan fabrik, proses tenunan serta proses kemasan akhir. Proses pertama iaitu proses pengasingan melibatkan kaedah pengasingan dari segi warna fabrik, serta pengasingan dari segi material, selain itu setiap helaian perca direkodkan dari segi ukuran dan berat, bertujuaan memudahkan proses menenun. Proses kedua iaitu proses menenun digunakan dalam kajian ini, antara kaedah tenunan yang digunakan adalah tenunan menggunakan akik, tenunan tanpa akik, macramé serta teknik anyaman. Hasil tenunan perca kain ini pula akan melalui proses terakhir iaitu proses kemasan akhir, antara proses-proses yang terlibat adalah proses membatik, proses mewarna serta embroideri, bertujuan untuk memberi kelainan serta menguji kefleksibelan hasil tenunan yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji mengunapakai teori pembangunan mampan (sustainable development) yang mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Keputusan kajian terhadap percs kain ini menunjukan bahawa kaedah yang digunakan memberi keputusan yang positif dalam menyelesaikan masalah pembaziran, pencemaran serta dalam masa yang sama jika ia diaplikasikan sedikit sebanyak dapat memberi faedah dalam mempertingkatkan pendapatan sampingan. Hasil tenunan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan terhadap perca kain ini dapat mempelbagaikan lagi hasil produk tekstil sedia ada untuk di pasarkan ke pasaran komersial, dan dengan ini, sudah tentulah ianya dapat memberikan manfaat kepada industri tenunan desa (cottage weaving industry) di negeri Terengganu serta di negara kita amnya
    corecore