1 research outputs found

    Indeks kenaikan pangkat UiTM Perak berwajaran sebagai penambahbaikan pengukuran kenaikan pangkat pensyarah / PM Dr Mohd Fauzi Mohd Harun …[et al.]

    No full text
    Penilaian untuk tujuan kenaikan pangkat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain daripada tujuh kriteria asas turut dinilai oleh pelajar (SUFO), rakan sekerja (CCQ) dan pemantauan. Bagi SUFO,CCQ dan pemantauan markah penilaiannya diukur secara berasingan dan keadaan ini telah menyukarkan panel kesepakaran untuk menentukan calon manakah yang lebih baik dalam sesuatu pemilihan kenaikan pangkat. Bagi mengatasi kelemahan ini penyelidik mencadangkan dibentuk sebuah indeks yang dikenali sebagai Indeks Kenaikan Pangkat UiTM Perak Berwajaran. Indeks ini adalah merupakan indeks komposit yang merangkumi ketiga-tiga sub indeksnya iaitu indeks bagi SUFO, indeks CCQ dan indeks pemantauan. Ini bermakna hanya terdapat satu nilai indeks bagi setiap calon yang menggabungkan markah ketiga-tiga perkara tersebut. Indeks yang dicadangkan ini juga adalah merupakan indeks berwajaran dengan pemberat yang berbeza bagi menggambarkan tahap kepentingan yang berbeza bagi SUFO,CCQ dan pemantauan. Dapatan kajian mencatatkan SUFO adalah paling penting dengan nilai pemberat sebanyak 0.353 diikuti oleh CCQ dengan nilai 0.352 dan 0.297 bagi pemantauan. Kedudukan seorang calon dapat ditentukan dengan memasukkan nilai pemberat kedalam persamaan indeks dan seterusnya dibandingkan dengan satu pengukuran piawai. Penggunaan indeks ini dicadangkan kepada UiTM Perak dalam penentuan kenaikan pangkat pensyarah kerana kelebihan yang ada padanya. Antara kelebihan yang dikenalpasti ialah ketigatiga markah CCQ,SUFO dan pemantauan dapat digabungkan secara komposit ke dalam satu nilai indeks sahaja. Ini lebih mudah bagi panel kesepakaran membuat penilaian kerana telah mengurangkan amalan persepsi bagi perkara yang subjektif. Disamping itu, dengan nilai indeks yang dibandingkan dengan satu pengukuran piawai bermakna kesemua calon mendapat penilaian yang adil dan saksama kerana masalah perbezaan penilaian dalam kumpulan dan masa yang berbeza telah dapat diatasi
    corecore