11 research outputs found

    Balai cerap astrofiqh di Malaysia: kesinambungan ilmu falak syarie dari Asia Barat

    Get PDF
    Balai cerap Astrofiqh dalam konteks Malaysia ialah balai cerap astronomi yang diurus tadbir oleh kerajaan dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendidikan ilmu falak dan penentuan ibadah umat Islam dan takwim di Malaysia. Kebanyakan elemen dan aplikasi falak dalam ibadah di dalam balai cerap tersebut berasaskan ilmu falak syarie yang dipindahkan daripada Asia Barat oleh para ulama Melayu. Ini menjadikan ia berbeza dengan balai cerap astronomi biasa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kewujudan balai cerap astrofiqh ini di Malaysia di sudut sejarah, perkembangan dan nilai-nilai yang menggambarkan bahawa ia adalah kesinambungan ilmu Falak Syarie daripada Asia Barat . Kajian ini juga melihat sepintas lalu beberapa nama penting dari kalangan alim ulama yang pernah menyumbang dalam kesinambungan ini di samping mengenal pasti beberapa peralatan falak yang terdapat di balai cerap tersebut sebagai bukti. Kajian perpustakaan, pengumpulan data, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini, di mana kitab turath dan moden telah dirujuk untuk mendapatkan bahan. Pemerhatian dan temu bual telah dibuat dengan cara lawatan terus ke balai cerap untuk memastikan kewujudan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai kesinambungan ilmu falak daripada Asia barat di balai cerap tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia adalah legasi ilmu falak dari Asia Barat yang telah dimulakan oleh ulama Melayu. Penglibatan mereka dalam bidang ini telah mengilhamkan kewujudan balai-balai cerap Astrofiqh tersebut sekali gus meninggalkan kesan dan nilai Asia Barat seperti penamaan dan peralatan falak tradisi yang masih dipelajari sehingga ke hari ini

    The Role of Amateur Observatories in Falak Education in Malaysia

    Get PDF
    This article discusses the history and role of amateur observatories in Malaysia. To date, there are eight official observatories in Malaysia, excluding hilal sighting stations and amateur observatories. Nonetheless, studies on observatory, especially on amateur ones, are limited. Therefore, this study is undertaken to take a closer look at the history of amateur observatory development in Malaysia. In addition, this article also discusses the role that amateur observatories play in the aspect of falak education in Malaysia. This study completely used a qualitative approach based on primary and secondary sources via the method of document analysis, interviews and observation. Results found that there are several amateur observatories which are privately built in Malaysia, among which are Dr. Rowi’s Mini Observatory and Shahgazer Observatory. Both observatories are owned by amateur falak enthusiasts and play the role as a venue for falak education, especially in the field of astrophotography. Indirectly, the existence of amateur observatories can help the advancement of the science of falak in Malaysia, simultaneously re-living the glory of Islamic civilization. DOI: 10.5901/mjss.2014.v5n29p4

    Functions of Astrofiqh Observatories in Malaysia in Solving Astrofiqh Issues

    Get PDF
    This article discusses the role of astrofiqh observatories in Malaysia in solving current issues concerning the astrofiqh field. Astrofiqh observatories also play the role of managing affairs of Muslim rituals related to falak (astronomy). Fewer studies have been done on astrofiqh observatories as compared to other Islamic institutions such as mosques and Islamic schools. Hence, this study is carried out with the aim of analyzing the role of astrofiqh observatories in Malaysia in solving current astrofiqh issues. In addition, this study also indirectly deliberates the history of existence and development of the observatories. This study employed a qualitative approach based on primary and secondary sources through the method of document analysis, interviews and observations. Results of the study found that there are five astrofiqh observatories in Malaysia which function as official sites for crescent or hilal sighting, research centers, education institutions and tourism destinations, simultaneously playing the role of solving current astrofiqh issues related to Muslims. The astrofiqh observatory institutions in Malaysia also give the Muslim community the exposure to understanding Islamic astronomy holistically. DOI: 10.5901/mjss.2015.v6n1s1p11

    Perbandingan kedudukan haiwan jallālah menurut pandangan fuqaha klasik dan fatwa semasa di Malaysia

    Get PDF
    Hukum haiwan jallālah pernah diangkat sebagai isu nasional suatu ketika apabila dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Malaysia pada tahun 2006 dan 2021. Ini kerana ia melibatkan aspek pemakanan umat Islam di Malaysia yang menyentuh hukum halal dan haram. Jallālah ialah haiwan yang sering memakan najis dan benda-benda kotor termasuklah diberi makan oleh orang yang memeliharanya. Objektif kajian ini adalah utntuk mengenalpasti konsep perbahasan haiwan jallālah oleh para fuqaha empat mazhab untuk dibandingkan dengan keputusan hukum fatwa di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian analisis kandungan dengan meneliti kitab-kitab fiqh yang muktabar serta laman sesawang yang berkaitan. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai perbahasan dari segi konsep dan hukum haiwan jallālah dalam kalangan para fuqaha. Dari aspek fatwa pula, terdapat perbezaan hukum jallālah antara negeri-negeri berpandukan kriteria tertentu seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing. Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan ketara dari aspek hukum antara pandangan fuqaha dan pengamalan fatwa di Malaysia. Artikel ini dapat menjadi suatu penjelasan kepada landasan hukum yang digunakan dalam penetapan sesuatu fatwa berkaitan hukum ikan jallalah

    The level of perception of students towards Fi Sabilillah's zakat distribution: case study of Universiti Sains Islam Malaysia

    Get PDF
    In Malaysia, management-related zakat issues differ between each state. Besides, most higher education institutions in Malaysia have a specific unit or department which handles the collection and distribution of zakat in their institutions. However, the distribution of zakat to fi sabilillah beneficiary (asnaf), students comprehension and trust remain uncertain. This study evaluates the level of awareness among students related to the Awqaf and Zakat Center (PWZ) and their perception of zakat distribution to fi sabilillah asnaf in Universiti Sains Islam Malaysia.This research uses a quantitative approach to collect data via the questionnaire. One hundred (100) students from Universiti Sains Islam Malaysia are among the samples. The result shows that while respondents have a good understanding of zakat management mean at (3.91), adequate information has not been obtained from certain management elements such as customer relations mean at (1.30) and advertising mean at (0.80). Besides, the zakat distribution criterion remains uncertain mean at (1.36). The finding shows that most respondents lack faith in the distribution of zakat from PWZ while being aware of the work of PWZ. Therefore, PWZ should play an essential role in supporting financially burdened students

    Analisis naratif kerajaan Banu Marin (1215-1465M) di al-Maghrib menurut cerminan sumber primer dan sekunder terpilih

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejarah kemunculan dan perkembangan Kerajaan Banu Marin berdasarkan beberapa sumber primer dan sekunder. Selain itu, ia turut melihat skop dan ruang perbincangan sumber-sumber tersebut dalam menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan dan ulasan literatur. Hasil kajian mendapati perbincangan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam sumber-sumber primer berbahasa Arab lebihtertumpu pada perkembangan politik. Manakala, sumber-sumber sekunder, berbahasa Arab dan Inggeris, menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam skop lebih luas mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial. Kajian seperti ini adalah amat relevan dan signifikan kerana penulisan berbentuk kajian bibliografi beranotasi dapat merungkai dan mencerakinkan data-data sejarah Kerajaan Banu Marin daripada sumber-sumber berkenaan. Kajian sebegini turut membentuk satu ulasan atau kajian literatur secara holistik. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memilih beberapa sumber muktabar sebagai subjek kajian, sama ada kajian dari aspek tekstual, kontekstual, intertekstual, intratekstual mahupun transtekstual. Kajian seumpama ini dapat dilakukan untuk menganalisis perkembangan Kerajaan Banu Marin secara tuntas, di samping melakukan kajian perbandingan antara beberapa sumber. Dengan demikian, kejituan dan kekuatan pendapat sarjana, Islam dan Barat, ketika mengutarakan sejarah Kerajaan Banu Marin dapat dinilai dan dikaji secara analitikal

    Penyatuan zon waktu ASEAN kepada GMT+7 dan kesannya terhadap waktu solat di Malaysia

    Get PDF
    Zon waktu merupakan sebuah kawasan glob Bumi yang menggunakan waktu masa yang sama dan lebih dikenali sebagai waktu tempatan. Zon waktu di seluruh dunia berbeza mengikut kedudukan longitud negara tersebut dan negara ASEAN menggunakan empat zon waktu, iaitu GMT+6.5, GMT+7, GMT+8 dan GMT+9. Setiap zon waktu ini akan menghasilkan suasana yang berbeza dari aspek sosio ibadah, waktu urusan pejabat dan waktu-waktu lain yang wujud. Sememangnya terdapat banyak cadangan untuk meyeragamkan zon waktu negara ASEAN bagi memudahkan kelangsungan kegiatan ekonomi yang ideal, namun kajian yang teliti seharusnya dijalankan agar keputusan yang diambil mengharmonikan semua pihak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejarah perkembangan zon waktu di dunia, terutama negara-negara ASEAN. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menganalisis zon waktu solat negara ASEAN, khususnya Malaysia sekiranya ditukar kepada GMT+7. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen melalui teks-teks dan bahan yang ditemui. Kajian ini memfokuskan pada zon waktu solat di negeri paling timur dan paling barat Malaysia. Hasil kajian mendapati pertukaran zon waktu Malaysia kepada GMT+7 memberi kesan satu jam lewat dari waktu solat sedia ada. Hal ini sedikit sebanyak akan mengubah kegiatan sosial dan waktu kerja masyarakat di Malaysia. Kajian ini secara tidak langsung juga memberi gambaran awal tentang kesan yang akan berlaku sekiranya zon waktu GMT+7 digunapakai supaya semua negara ASEAN termasuk Malaysia boleh bersedia

    Sejarah pembangunan teknologi ketenteraan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib (History of Military Technology Development of the Marinid Kingdom in the Maghreb)

    No full text
    Kerajaan Banu Marin (1215-1465M) ialah sebuah kerajaan Islam yang pernah muncul di al-Maghrib pada abad pertengahan. Kerajaan ini mewarisi kepimpinan Islam di al-Maghrib daripada kekuasaan al-Muwahhidun dianggap sebagai kerajaan Islam yang kuat dan utuh apabila berjaya menguasai seluruh al-Maghrib ketika zaman kegemilangannya. Antara faktor yang mendorong kepada kegemilangan Banu Marin ini ialah kekuatan ketenteraan yang dimilikinya. Makalah ini bertujuan untuk meneliti sejarah ketenteraan darat Banu Marin secara analisis retrospektif, khususnya dalam aspek teknologi ketenteraan mencakupi perihal teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Kerajaan Banu Marin telah memperkasakan sistem ketenteraan darat dengan meningkatkan keupayaan teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan. Galakan pemerintah dan kepakaran yang sedia ada dalam masyarakat berjaya memugarkan pembangunan dan penghasilan teknologi ketenteraan darat Banu Marin khususnya. Keupayaan menghasilkan sendiri teknologi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan ini menyuntik elemen kekuatan ketenteraan Banu Marin sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan ini di wilayah al-Maghrib. Kata Kunci: Banu Marin, sejarah ketenteraan, al-Maghrib, teknologi persenjataan, kelengkapan ketenteraan Abstract The Marinid Kingdom (1215-1465CE) was a Muslim Sultanate which once ruled the Maghreb in the medieval centuries. It succeeded the Muslim leadership of Almohad Caliphate, and was considered as strong and stable when it dominated the entire Maghreb during its golden age. Among the driving factors for Marinid glory was its military prowess. The purpose of this article is to examine the history of Marinid ground military power through retrospective analysis, particularly in the aspect of military technology relating to armaments (weaponry technology and military equipment). The whole of this research used qualitative methodology in data collection and analysis, and was designed to apply historical study and content analysis methods. Documentation method was used in data collection, focusing on some primary and secondary sources. Using a descriptive approach, data was analysed by internal and external critique methods. Research findings conclude that the Marinid Kingdom empowered its ground military system by increasing the capability of its armament and equipment technology. The Marinid ruler’s support and available expertise in society invigorated the development of ground military technology and production of ground military armament. The know-how to produce its own military armament put new strength in Marinid military prowess, at once contributing to the political stability of the Marinid Kingdom in the Maghreb region. Keywords: The Marinids, military history, the Maghreb, armament technology, military equipmen

    Mughal Kingdom in India according to Hamka's sejarah umat Islam

    No full text
    India is important in the study of Islamic history and civilization research as it was one of the earliest territories that received Islamic preaching and was the site for various Islamic kingdoms until the year 1857. The achievements of Islamic civilization in India, particularly during the Mughal era, added sparkle to the glory of Islamic history. For this reason, the facts relating the Mughal Kingdom in India have been discussed in writings on Islamic history and civilization, including the book, Sejarah Umat Islam, by Hamka. The purpose of this article is to study Hamka’s work on the history of the Mughal Kingdom in India and analyse the narration and discussion he submitted. This research adopts a qualitative approach using historial study and content analysis to gather and analyse data. Research results find that Hamka had the interest and knowledge in writing Islamic history by describing Muslim societies and Islamic states from their inception to their end, including the Mughal Kingdom in India. In his narrative of Mughal history, Hamka inserted the element of teaching or ibrah (lesson), particularly when discussing the time of Mughal decline. The narrative approach is consistent with the philosophy of Islamic history that stresses on the ibrah concept, which was meaningful to Hamka’s own personality as a missionary. Hence, his work, Sejarah Umat Islam, proved Hamka’s ability to discuss Islamic history, and simultaneously resonated with readers interested in issues of Islamic history

    Observatories in Malaysia: descendants of Islamic civilization superiority

    No full text
    This article covers official observatories in Malaysia on their historical aspects of establishment and development. The observatories were built for the advancement of the science of falak in Malaysia in the fields of research, education and tourism. However, studies on observatory are few in numbers in spite of it being an important Islamic institution apart from mosques and schools. Hence, this study was carried out to examine the development history of official observatories in Malaysia. This research employed a qualitative method via document analyses, interviews and observations. It was found that the history of the establishment of official observatory in Malaysia commenced in the 1980’s and the institution rapidly grew until 2014. Up to date, there are eight official observatories in Malaysia excluding hilal observation stations, mobile observatories and private observatories, be they mobile or stationary
    corecore