20 research outputs found

    [Malay Manuscrpt in Islamic Education: A Preliminary Study in The National Library of Malaysia] Manuskrip Melayu dalam Bidang Pendidikan Islam: Suatu Kajian Awal di Perpustakaan Negara Malaysia

    Get PDF
    The Islamic scholars in Malay Archipelago played significant roles in various branch of knowledge. They are committed in developing the Malay-Islamic civilization as well as Islamic knowledge. Their contributions are proved by the existence of around 22,000 copied manuscripts in various fields of knowledge. Therefore, this paper will focus on the contribution of Islamic scholars in Malay Archipelago in Islamic education by studying the Malay manuscripts. The focus is mainly on manuscripts of Islamic education since the previous studies discussed their contributions and the categories of manuscripts in general. The manuscripts of Islamic education are categorized under the field of religion. Data are collected from the descriptive catalogues published by The National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia. There are about 32 manuscripts related to Islamic education, which is 12 manuscripts entitled ‘Adab’ as the term for Islamic education treatises. The selected manuscripts of education will be reviewed and explained in detail. The finding of this paper intended to reveal that Islamic scholars in Malay Archipelago have a significant contributions in the educational field. Therefore, further studies and researches can be done in educational field in relation to the educational thought and the classical works of the early Islamic scholars in Malay Archipelago.   Keywords: Malay Scholars; Malay Manuscripts; Islamic Education; Manuscript Studies; National Library of Malaysia.   Peranan yang dimainkan oleh para ulama Alam Melayu dalam pelbagai aspek keilmuan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Mereka berusaha membangunkan tamadun Melayu-Islam dan mengembangkan ilmu dalam segenap aspek. Sumbangan yang dihasilkan dalam bidang keilmuan terbukti dengan kewujudan sekitar 22,000 manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan perbincangan mengenai sumbangan para ulama Alam Melayu dalam bidang pendidikan Islam dengan mengkaji manuskrip Melayu-Islam dalam bidang tersebut. Bidang pendidikan menjadi fokus utama artikel ini disebabkan kajian-kajian lepas hanya membincangkan sumbangan ulama Alam Melayu secara umum sahaja dan kajian tentang manuskrip juga dibahagikan dalam kategori yang terlalu umum. Manuskrip bidang pendidikan Islam atau yang membicarakan tentang pendidikan hanya dikategorikan di bawah bidang agama dan sehingga kini masih belum ada penulisan berkaitan manuskrip Melayu dalam bidang pendidikan Islam. Pengumpulan data dibuat secara khusus dengan meneliti katalog-katalog deskriptif yang diterbitkan oleh Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, memilih dan mengemukakan deskripsi umum manuskrip Melayu terpilih dalam bidang pendidikan Islam. Kajian awal ini mendapati wujudnya sekitar 32 naskhah manuskrip yang amat berkait rapat dengan bidang pendidikan Islam dengan 12 naskhah manuskrip yang dijudulkan sebagai ‘Adab’ sebagai karya yang membincangkan tentang ilmu dan pendidikan Islam. Dapatan ini sekaligus membuktikan bahawa ulama Alam Melayu juga memberi sumbangan yang besar dan bernilai dalam bidang pendidikan Islam. Hasilnya juga diharapkan memudahkan pengkaji manuskrip Melayu untuk meneroka kajian lanjutan dalam bidang pendidikan Islam khasnya pemikiran dan karya-karya klasik para tokoh ulama Islam di Alam Melayu.   Kata kunci: Ulama Nusantara; Manuskrip Melayu; Pendidikan Islam; Kajian Manuskrip; Perpustakaan Negara Malaysia.   &nbsp

    Beberapa Aspek Epistemologi Islam Menurut Manuskrip Melayu Untuk Pendidikan Warga Emas: Satu Analisis Terhadap Tibyān al-Marām dan Dawā’ al-Qulūb

    Get PDF
    Menjelang 2030 warga emas di Malaysia menjangkau 15 peratus daripada jumlah penduduk. Indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia akan bergelar negara tua dalam tempoh lapan tahun sahaja lagi. Hal ini tentunya mengundang pelbagai cabaran dan memerlukan persediaan awal dalam pelbagai sektor termasuklah bidang agama dan juga pendidikan. Dengan ini, terdapat pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan warga emas, namun belum ditemui lagi kajian berkaitan pembelajaran Islam sepanjang hayat untuk warga emas yang memenuhi struktur pembelajaran Islam, tradisi keilmuan dan epistemologi Islam serta andragogi, sedangkan minat mereka terhadap pembelajaran amat menggalakkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran yang mereka ikuti menimbulkan pelbagai masalah dari sudut kandungan, struktur, fokus dan juga kaedah pembelajaran. Oleh itu, dengan menggunakan metode analisis kandungan, artikel ini mengemukakan analisis beberapa aspek epistemologi Islam dalam manuskrip Melayu. Dua manuskrip Melayu terpilih sebagai sampel kajian akan dianalisis secara tematik untuk melihat aspek epistemologi merangkumi konsep ilmu dan juga pembahagian ilmu. Aspek epistemologi ini amat penting dalam membentuk struktur dan kandungan pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Dapatan kajian ini seterusnya berpotensi dikembangkan dengan lebih terperinci dalam untuk membentuk kerangka pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) serta Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN). In 2030 the elderly population in Malaysia is about 15%. This indicator reveals that Malaysia will become a “Negara Tua” within next 8 years. This situation become various challenges and need to prepare regarding the religion and education sectors. Hence, there are many studies conducted related to the elderly, however the study pertaining lifelong learning for elderly based on Islamic structure and tradition, epistemology and andragogy is limited, while their passion to learning are very high. Due to this situation, it leads to a lot of problems in the content, structure and method. Therefore, based on content analysis method, this article will analyze some aspects of Islamic epistemology based on Malay manuscripts. Two selected Malay manuscripts as a research sample are chosen in analysing thematically the epistemological issues including the concept of knowledge and its classification. These epistemological issues are greatest important to construct the structure and content of lifelong learning for elderly. This finding can be further discussed in details to construct the lifelong learning for elderly in line with “Dasar Warga Emas Negara (DWEN)” and “Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN)”Menjelang 2030 warga emas di Malaysia menjangkau 15 peratus daripada jumlah penduduk. Indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia akan bergelar negara tua dalam tempoh lapan tahun sahaja lagi. Hal ini tentunya mengundang pelbagai cabaran dan memerlukan persediaan awal dalam pelbagai sektor termasuklah bidang agama dan juga pendidikan. Dengan ini, terdapat pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan warga emas, namun belum ditemui lagi kajian berkaitan pembelajaran Islam sepanjang hayat untuk warga emas yang memenuhi struktur pembelajaran Islam, tradisi keilmuan dan epistemologi Islam serta andragogi, sedangkan minat mereka terhadap pembelajaran amat menggalakkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran yang mereka ikuti menimbulkan pelbagai masalah dari sudut kandungan, struktur, fokus dan juga kaedah pembelajaran. Oleh itu, dengan menggunakan metode analisis kandungan, artikel ini menngemukakan analisis beberapa aspek epistemologi Islam dalam manuskrip Melayu. Dua manuskrip Melayu terpilih sebagai sampel kajian akan dianalisis secara tematik untuk melihat aspek epistemologi merangkumi konsep ilmu dan juga pembahagian ilmu. Aspek epistemologi ini amat penting dalam membentuk struktur dan kandungan pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Dapatan kajian ini seterusnya berpotensi dikembangkan dengan lebih terperinci dalam untuk membentuk kerangka pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) serta Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN).   Kata kunci: Epistemologi Islam, manuskrip Melayu, pendidikan sepanjang hayat, warga emas, kajian manuskrip

    Domain Diri dalam Adab Guru Menurut Imam Abū Ḥanīfah: Kajian Ke Arah Membentuk Etika Profesion Perguruan Islam

    Get PDF
    The rules of conduct for teachers is one of the important elements in Islamic education. It is closely associated with the effort to the realization of a quality education and an effective teaching. This article presents the personal domain in this topic as elaborated by Imam Abū Ḥanīfah in his educational treatises, namely al-‘Ālim wa al-Muta‘allim, Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf, Waṣiyyah Abū Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād, and Waṣiyyah Abū Ḥanīfah ilā Tilmīdhihi Yūsuf bin Khālid al-Samtī al-Baṣrī. The authors found that there are seven elements in personal domain suggested by Abū Ḥanīfah in his educational treatises. These elements namely, sincerely in learning and teaching; pay attention in improving the deeds of taqwa, worship, fasting and reciting al-Quran; plan wisely in managing time, avoiding less important matters, optimizing learning, and self-esteem; being aware of God's attention, feeling the sufficiency of His gift, living in khauf (fear) and rajā '(hopefully) and kind thoughts about Him; keeping dignity and acting as a teacher by doing good things and be modest in every business; avoid bad and vain actions and always be enthusiastic in performing a job as a teacher. These elements are very important in teachers’ profession. This study is also intended to reveal this topic based on Islamic scholar thought in order to formulate the professional code of ethics for Islamic teachers and to solve ethical problems nowadays

    Asas pendidikan Islam menurut pemikiran Sadid al-Din Muhammad Al-Kashghari (m.705/1305): satu kajian terhadap Talibah al-Talabah Fi Tariq al- ‘Ilm Li Man Talabah

    Get PDF
    Terdapat pelbagai buku dan karya pendidikan dihasilkan sepanjang sejarah Islam. Hal ini membuktikan perhatian serius para sarjana terhadap bidang tersebut. Karya-karya tentang ilmu, adab dan pendidikan Islam seterusnya menjadi sumber rujukan kepada pelaksanaan sistem pendidikan Islam sepanjang zaman. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan salah satu kitab yang amat penting dan belum didedahkan dengan sebaiknya bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah. Setakat ini, manuskrip ini belum dikaji dan diperkenalkan kepada khalayak pembaca termasuklah perihal kodikologi, sejarah, kepengarangan dan juga kandungan berkait tema pendidikan. Begitu juga perihal pengarangnya Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kashgarī, maklumat terhadap latar belakang beliau adalah terhad sedangkan pemikiran dan sumbangan beliau didapati bukan sahaja berkembang di Kashgar, malah terdapat pengaruhnya di Mekah, Yaman dan juga alam Melayu. Oleh itu, artikel ini mengemukakan latar biografi pengarang dan juga beberapa asas pendidikan Islam menurut beliau dalam kitab Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah berdasarkan kaedah analisis kandungan. Dua tema utama dikemukakan, iaitu mengenai matlamat dan tujuan belajar serta konsep ilmu dan kurikulum pendidikan Islam. Kajian mendapati dalam kedua-dua aspek tersebut pemikiran beliau selaras dengan tokoh pendidikan Islam sebelumnya, khususnya al-Zarnūjī dan al-Ghazālī. Diharapkan dengan kajian ini pemikiran dan karya al-Kashgarī ini dapat diperkenalkan seterusnya membawa kepada banyak kajian lanjutan berkaitan topik ini

    Islamic education philosophy in Malay manuscript : a study based on MSS 2906(A) Bāb al-Adab

    Get PDF
    The acceptance of Islam by the people in the Malay Archipelago has led to the development of a new form of education based on this religion. The Malay scholars played important roles not only in the aspects of education and society but also in the political and administrative arenas. Their thought and ideas in various disciplines marked the composition of the traditional Malay intellectual corpus and are mostly recorded today in the form of manuscripts. Nonetheless, aspects relating to the exposition of the Islamic philosophy of education are rarely addressed by them, albeit only in a few works dedicated to the subject of knowledge and learning. Hence, this article aims to identify and analyse important elements of the Islamic philosophy of education as understood by the Malays based on the manuscript of MSS 2906(A) Bāb al-Adab, held by the National Library of Malaysia. Among the issues discussed include the concept of knowledge, educational purpose, and the manners of teacher-student relationship notwithstanding the Codicological analysis of the manuscript concerning its origins, authorship and content. All these are aimed at exposing the roles and contributions of the Malay scholars in shaping the educational philosophy discourse in the region as exemplified by various traditional educational institutions such as pondok, pesantren, dayah, meunasah and so on. The perennial elements of the Islamic philosophy of education are very useful in providing the future direction of the present day Islamic educational institutions in facing future challenges

    المنهج النبوي في التعامل مع مقتضى الحال: دراسة تحليلية للظرف الديني، الأمني والسياسي في ضوء السيرة النبوية

    Get PDF
    The world is changing too fast that affect the people as well as the Muslim societies in dealing with those changes. This study explored on the ways the Prophet Muhammad PBUH dealt with various situations that can be employed as guidance to the Muslim. Historically, his da‘wah can be divided into two phases. First came the stage of weakness in Mecca. Second was the stage of migration to Medina, where Muslim strength were built up and expanded. The Prophet Muhammad PBUH had different approaches in dealing with these phases concerning the issues on religious, political and security. This article is based on the textual analysis of selected issues in al-Quran, major works of Hadith and SÊra literature. Overall, the findings show that Prophet Muhammad PBUH is a wise person who is able to choose and make decision based on present consideration for the benefit of the people and the Islamic country. This article is expected to highlight the Prophet’s ways and approaches in dealing with the situations in order to provide a guidance to the Muslim especially the leaders in the various levels of leadership

    Penentuan kesepadanan bidang pengajian-pekerjaan dalam kalangan graduan di kolej komuniti

    Get PDF
    Mismatch issues between training in skills training institutions and skills required by employers often raised. However, we found the lack of a study conducted to examine the compatibility of training between training institutions and industry. Thus, this study was undertaken to determine the level of matching between the fields of study with work and identify the underlying factors that affect compatibility between fields of study with the underlying employment among graduates. Our research involves Community College trainees in the field of electrical which graduation in 2013. This study is a quantitative study using a questionnaire as an instrument. Descriptive statistics such as frequencies and percentages and inferential statistical analysis such as Cramer -V Correlation test was used to analyze the data. The results show that almost 43.4 % of graduates work in fields that do not match the field of study at community colleges. In addition, the study also showed that there was no significant effect of educational characteristics (such as academic performance) and job characteristics (such as length of employment, type of employment sectors and employment status) on the correspondence between fields of study with jobs they undertake. Indeed, the quality of graduate students can not be measured only by the ability to place graduates in jobs in the sector , but what is more important is their ability to get a job in matching the field of study and skills acquired

    Analisis beberapa aspek keunikan penulisan Fiqah Alam Melayu melalui Teks manuskrip Arkān al-Ṣalāt : tumpuan terhadap tajuk syarat sah solat

    Get PDF
    Kemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-Ṣalāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-Ṣalāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang
    corecore