4 research outputs found

    Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941

    Get PDF
    Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909, getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan Cina membuka ladang getah secara besar-besaran. Perkembangan penanaman getah berkembang pesat sehingga permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan mengkaji sejauh mana peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah bermula antara tahun 1909 hingga 1941. Penelitian ini mengetengahkan metode analisis kandungan sebagai metode utama pengumpulan data berkenaan sejarah orang Cina di Kedah melalui Arkib Negara Malaysia bagi penganalisisan data berkenaan peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor penanaman getah. Hasil kajian mendapati orang Cina terlibat membangunkan sektor perladangan getah sejak awal getah diperkenalkan pada tahun 1909. Selain itu, mereka turut menjadi pengusaha dan pemilik ladang getah. Sehingga tahun 1930, keluasan ladang getah yang dimiliki oleh orang Cina di Kedah melebihi bangsa lain seperti Melayu dan India. Buruh-buruh Cina turut di bawa masuk bagi merancakkan lagi sektor peladangan getah. Orang Cina turut menubuhkan persatuan dalam kalangan pengusaha getah bagi menjaga kebajikan sesama mereka. Seterusnya, beberapa polisi membabitkan penanaman getah diperkenalkan oleh British seperti pengenalan lesen pemilikan dan penjualan getah. Hasilnya, penglibatan orang Cina yang ketara dalam sektor perladangan getah telah menaikkan hasil ekonomi negeri Kedah

    Perspektif Hamka dan Aristotle mengenai kebahagiaan

    Get PDF
    Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka. Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagiaan merupakan isu yang dibincangkan oleh ahli falsafah terutamanya bagi dua orang tokoh pemikir terkemuka iaitu Hamka (1908-1981 M.) dan Aristotle (384-322 S.M). Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Oleh itu, makalah ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Hamka dan Aristotle dalam beberapa aspek tertentu. Hamka melihat kemuncak kebahagiaan dapat dicapai dengan berpandukan Islam. Manakala Aristotle pula melihat kebahagiaan dapat dicapai berpandukan penggunaan akal. Oleh itu, kajian ini dapat memberi kefahaman mengenai konsep kebahagiaan dari segi makna dan cara mencapai kebahagiaan melalui konsep yang betul

    A Review On Literature of Islamic Work Ethics in Malaysia Between 2010-2020

    Get PDF
    Islamic work ethics is the religion-based rules that are formed to generate workers that have high quality and productive. Hence, the objective of this article is to analyze and examine the related literatures on Islamic work ethics in Malaysia between 2010 until 2020. This study is through descriptive research based on the document analysis on previous studies and literatures on Islamic work ethics from free-of-charge and free-of-registration online journals under ‘Islamic work ethics in Malaysia’ keywords, gained from web based journals and articles which including books and conference paper. Therefore, only 33 articles that are published under journals publications comprises national and international journals were selected from several sources which are google scholar and Mendeley. Data from 33 articles had been analyzed using the Statistical Product & Service Solution (SPSS) software. This study analyzed the articles selected by looking at several variables which including number of articles published, year of publication, number of authors, research approach, subject and gender of the author. The general finding of this study shows that the Islamic work ethics issues in Malaysia discussed more on economic and finance sector compared to other sectors

    Pemikiran kebahagiaan menurut Aristotle dan Ibnu Miskawayh: satu analisis awalan

    Get PDF
    Kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan mula dibincangkan sejak munculnya perbincangan falsafah iaitu pada zaman Yunani klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku Nicomachean Ethic, sehingga dibincangkan dalam tamadun Islam oleh beberapa ahli falsafah Islam seperti Ibn Miskawayh dalam Tahdhib al Akhlaq. Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Justeru, kajian ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Aristotle dan Ibn Miskawayh dalam beberapa aspek tertentu. Eudaimonia, merupakan konsep yang dibincangkan melalui perbincangan menerusi pencarian Aristotle melalui persoalan yang menjadi tumpuan manusia iaitu apakah yang menjadi tujuan akhir dan kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Selain itu, kebahagiaan dapat dicapai melalui aspek pemilihan dan pengawalan tingkah laku serta perbuatan dalam kesederhanaan serta hubungan nalaran yang telah dibincangkan oleh Aristotle dan Ibnu Miskawayh melalui kaitan dan perbezaannya
    corecore