4 research outputs found

    Tahap kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap program transformasi kerajaan (GTP): Tinjauan melalui akhbar-akhbar di Malaysia

    Get PDF
    The use of printed media in delivering government policy is still considered effective in the present. Media often regarded as a medium to convey information between government and society. Printed media should be wise in choosing government policy issues to be highlighted in order to attract attention of the reader. This study focuses on the level of understanding and awareness of newspaper readership consisting of graduate students of Ghazali Shafie Graduate School on Government Transformation Programme (GTP) and the National Key Result Areas (NKRA). The method used in this study is by spreading questionnaires to respondents who read newspapers. At the end of this study, it is found that the reader has a moderate level of awareness about the seven pillars of NKRA in the transformation programme although respondents read newspapers to access latest information

    Kesejahteraan hidup warga emas: perancangan berasaskan gender

    Get PDF
    Malaysia dijangka akan menghadapi fenomena menua tahun 2030. Pada tahun 2020 sahaja, warga tua di Malaysia dijangka mencecah 3.21 juta orang. Arus modenisasi banyak mengubah struktur keluarga di Malaysia sehingga perancangan masa hadapan dilihat penting dalam kehidupan. Pertimbangan dalam menempuh kehidupan waktu tua adalah penting untuk masa hadapan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keutamaan penyusunan hidup masa tua bagi lelaki dan wanita di Malaysia. Skop kajian ini meliputi tiga wilayah koridor ekonomi (NCER, ECER dan Iskandar) dan bancian yang dibuat terhadap bakal warga emas yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Sejumlah 1153 responden berbangsa Melayu yang terdiri daripada kumpulan umur 40-59 tahun telah berjaya diperolehi dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan pilihan kehidupan masa tua antara lelaki dan wanita. Berbanding lelaki, responden wanita didapati lebih cenderung untuk tinggal bersama anak-anak berbanding tinggal bersendirian sebagai pilihan kedua. Responden lelaki tidak berminat untuk tinggal di institusi pondok, berbanding wanita yang menganggap tinggal di pondok sebagai salah satu alternatif pilihan hidup bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan kajian menunjukkan responden lebih memberi keutamaan untuk tinggal di kediaman sendiri berdasarkan faktor keselesaan untuk diri mereka. Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyumbang idea kepada pihak berwajib dalam merancang dasar-dasar yang sesuai untuk bakal warga emas masa hadapan

    Kesejahteraan hidup warga emas: Perancangan berasaskan gender (Well-being among the elderly: Gender-based planning)

    Get PDF
    Malaysia is expected to face the aging phenomenon in 2030. In 2020 alone, the number of elderly in Malaysia is expected to reach 3.21 million people. Modernization has greatly altered the family structure in Malaysia and hence promotes the importance of future planning.Consideration to confront the elderly life is important to warrant an individual’s future well-being. This study was conducted to identify the prefered elderly living arrangement among Malaysian men and women.The scope of this study covers three regional economic corridors (NCER, ECER and Iskandar) and surveys were conducted to future elderly selected through stratified random sampling.A total of 1153 respondents comprising of Malay men and women with age between 40-59 years were successfully surveyed and analyzed descriptively.The results show that there is no difference in the choice of elderly living preferences between men and women.Compared to men, women respondents are more likely to stay with their children than to live alone as the second choice. Male respondents are not interested to live in religious learning institutions (institusi pondok), while women respondents consider living in religious learning institutions as one of the alternatives to enhance their religious knowledge. However, the overall finding shows that both men and women respondents prefer to stay in their own homes for comfortable living. Therefore, this study has provided some ideas to the related agencies in planning suitable policies for the future elderly

    Budaya kepenyokongan sukan bola sepak sebagai tapak integrasi: penelitian terhadap kelompok Ultras Malaya

    Get PDF
    Sejak tahun 1970an lagi, pihak kerajaan menghalakan fokus kepada membina perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini diusahakan secara serius melalui pelaksanaan beberapa dasar-dasar utama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat kedua-dua dasar ini adalah untuk mewujudkan Perpaduan Nasional yang diidam-idamkan. Salah satu elemen yang dimuatkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berkaitan dengan aktiviti sukan. Melalui aktiviti sukan, pihak kerajaan percaya bahawa ia mampu untuk menjambatani hubungan antara kaum, selain memupuk rasa sepunya dan sekaligus membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga. Akan tetapi perlu disedari bahawa cakupan mengenai aktiviti sukan terlalu luas untuk diterokai. Ditambah pula, kajian mengenainya amat kurang mendapat perhatian dalam kalangan sarjana tempatan, meskipun ia sering diungkapkan secara meluas. Disebabkan perkara tersebut, maka peri penting untuk memilih aspek utama yang terkandung dalam aktiviti sukan untuk dijadikan topik perbincangan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai kewujudan kelompok penyokong sukan bola sepak yang menamakan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, kelibat Ultras Malaya sedikit sebanyak memperlihatkan sinar bahawa sukan bola sepak mampu untuk menjambatani hubungan antara kaum. Ia dipaparkan melalui sikap kepenyokongan yang ditunjukkan oleh kelompok tersebut. Untuk melihat perkara tersebut, peri penting untuk kembali melihat sejarah penubuhan Ultras Malaya serta menilai bagaimana aspek kepenyokongan yang ditampilkan oleh Ultras Malaya boleh dijadikan sebagai medium kepada tapak integrasi. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala data primer diperolehi berdasarkan temu bual bersama penyelaras Ultras Malaya, selain daripada penyertaan secara langsung penulis ke dalam kelompok tersebut
    corecore