48 research outputs found

    Usability of ReSt Module Using Four-Step Approach Based on Case Study Example and Infographic for SPSS Novice Users

    Get PDF
    The application of analysis data software packages, such as SPSS, appears challenging for those who lack experience in quantitative researches particularly amongst novice users. Prior studies have proven that SPSS novice users face some difficulties in analyzing data correctly for their research purposes. The existing modules that serve as references are insufficiently interesting to promote SPSS learning and does not support on studentsā€™ cognitive ability.Ā  Hence, a module using four-step approach based on learning via case study example and infographic called ā€˜ReStā€™ module was developed as an effort to assist novice users in learning quantitative data analysis methods using the SPSS. With that, the research design employed in this study was the survey method in order to determine the ReSt module usability level perception. A total of 78 novice users who comprised of undergraduate and postgraduate students participated in this research throughout a two-day SPSS basic course in order to evaluate their perception regarding the usability level of the module.Ā  A usability questionnaire categorized four primary domains, which are usefulness, ease of use, ease of learning, and satisfaction was applied to evaluate the ReSt module usability level perception.Ā  The outcomes revealed that the usability level of the proposed module had been high among the novice users, for the contexts of usefulness, ease of use, ease of learning, and satisfaction. Therefore, the use of the ReSt module for SPSS novice users is indeed relevant and appropriate, thus fulfill the usability amongst novice users to function as a reference in data analysis learning using the SPSS, especially amongst core quantitative researchers

    Application of taguchi method in the optimization of reacttive mobile ad hoc networks routing procotols parameters

    Get PDF
    A Mobile Ad-Hoc Network (MANET) is a collection of wireless nodes forming a temporary network without the aid of any established infrastructure or centralized administration [2]. Establishing a route from a source node to a destination node is a fundamental problem in MANETs. In general, routes between nodes in MANET may include multiple hops. Each node will able to communicate directly with any other node that resides within its transmission range. For communicating with nodes that resides beyond this range, the node needs to use intermediate nodes to relay the messages hop by hop. Routing protocols play a significant role in this kind of network by selecting the route to forward the packets and in establishing a connectio

    Kerangka E-pembelajaran TVET Kursus Kemahiran Praktikal: E-Learning Framework of TVET Practical Skills Courses

    Get PDF
    Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian adalah salah satu transformasi pendidikan ke arah digital dan kini merupakan keperluan terutama semasa pandemik. PdP di institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengutamakan kepada kemahiran praktikal, yang menjadi salah satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Perlaksanaan PdP kurang berkesan jika kursus kemahiran praktikal dijalankan secara dalam talian tanpa panduan yang dirangka khas. Justeru, kajian ini akan membangunkan kerangka e- pembelajaran TVET bagi kursus kemahiran praktikal yang ditawarkan di institusi TVET. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen dalam kerangka e-pembelajaran TVET kursus kemahiran praktikal dan menguji penerimaan kerangka memalui prototaip aplikasi. Responden bagi kajian ini adalah pensyarah pakar daripada Diploma Pengurusan Peruncitan Politeknik Nilai yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TVET. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu mengenalpasti elemen daripada kajian lepas dan fasa kedua adalah penilaian penerimaan kerangka oleh sepuluh orang pakar bidang yang bertujuan untuk melihat kesesuaian serta penerimaan kerangka untuk dijadikan panduan oleh tenaga pengajar TVET. Dapatan hasil kajian dianalisis untuk memenuhi objektif kajian. Kerangka kajian ini berasaskan model Komuniti Inkuiri dan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta penggunaan realiti terimbuh. Hasil analisis menunjukkan pakar bidang bersetuju terhadap elemen yang digunakan bagi kerangka pembelajaran. Daripada analisis menunjukkan kerangka ini boleh dilaksanakan dalam proses PdP dalam talian serta mampu membantu tenaga pengajar TVET untuk melaksanakan pengajaran berbentuk kemahiran praktikal selain itu juga ianya berfungsi sebagai panduan yang dapat digunakan oleh tenaga pengajar untuk meningkatkan kreativiti, penglibatan dan komunikasi pelajar bersama tenaga pengajar. Ā Online teaching and learning (TnL) is one of the transformation of education towards digital it is a necessity now especially during a pandemic. The TnL in Technical and Vocational Training (TVET) institutions prioritizes on the practical, which is one of the Malaysia Education Development Plan 2015-2025 (Higher Education). The implementation of TnL is less effective if the practical course is conducted online without a guide specially designed for the practical subject. Thus, this study will develop an TVET e-learning framework for practical courses offered in TVET institution. The objective of this study is to identify components in the TVET e-learning framework of practical skills courses and test the acceptance of the framework through application prototypes. Respondents for this study are specialist lecturers from Nilai Polytechnic Retail Management Diploma who implement TVET teaching and learning. This study is divided into two phases which is identify elements from the previous study and the second phase is the assessment of the acceptance of the framework by ten experts in the field which aims to see the suitability and acceptance of the framework to be used as a guide by TVET teaching staff. The results of the study were analyzed to meet the objectives of the study. This research framework is based on the Community of Inquiry model and the Malaysian Qualifications Framework (MQF) also use of augmented reality. The results of the analysis show that experts agree on the elements used for the learning framework. From analysis,this framework can be implemented in the online TnL process and is capable of helping TVET instructors to implement practical skills teaching in addition it functions as a guide for lecturer to increase creativity, engagement and communication of students with lecturer

    Memahami keperluan pelajar penyelidikan siswazah FTSM menggunakan SERVQUAL dan Model Kano

    Get PDF
    Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menitik beratkan aktiviti penyelidikan termasuk pelajar penyelidikan yang mengikuti pengajian Siswazah. Justeru, keperluan pelajar Siswazah perlu diukur bagi mencerminkan iltizam UKM untuk menjadi antara universiti penyelidikan terbaik di negara ini. Kaji selidik merupakan satu cara mengukur kualiti perkhidmatan dengan mendapatkan maklum balas daripada pelajar Siswazah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keperluan pelajar Siswazah terhadap perkhidmatan berkaitan di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menggunakan Model Kano. Pemilihan Model Kano adalah disebabkan model tersebut menetapkan prioriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Instrumen kaji selidik dibina berasaskan instrumen SERVQUAL yang tertumpu kepada lima dimensi penting bagi mendapat maklum balas berkenaan kerjasama daripada penyelia, keselesaan di bilik penyelidikan dan perkhidmatan yang diberikan oleh staf daripada Unit Pengajian Siswazah (UPS). Responden bagi kaji selidik ini ialah 96 orang pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah tanpa mengira pelajar tempatan atau antarabangsa. Hasil analisis menggunakan Model Kano mendapati satu-satunya aspek yang perlu berjalan lancar bagi memastikan keperluan pelajar Siswazah dipenuhi adalah komunikasi antara penyelia dan pelajar. Kaji selidik ini juga mendapat beberapa cadangan berguna bagi tujuan penambahbaikan terhadap perkhidmatan di FTSM. Melalui kaji selidik seperti ini, tahap kepuasan pelajar Siswazah dapat diketahui dengan lebih jelas dan pihak pentadbiran FTSM dapat meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan di FTSM pada satu tahap yang lebih baik

    Pemodelan lengkung splin-B berasaskan algoritma inspirasi tabii

    Get PDF
    Pemodelan lengkung adalah aspek utama dalam bidang pemodelan geometri. Pemodelan lengkung konvensional memberi ralat yang besar kerana bilangan titik data lebih banyak daripada bilangan bucu poligon kawalan bagi model lengkung yang dijana. Kajian ini memfokus kepada memodel lengkung splin-B. Kaedah pengoptimuman vektor knot berasaskan algoritma inspirasi tabii diguna bagi menjana lengkung splin-B dengan ralat minimum. Tiga algoritma inspirasi tabii yang dikaji ialah algoritma pengoptimuman zarah berkelompok, gelintaran graviti dan gelintaran harmoni. Hasil kajian mendapati algoritma pengoptimuman zarah berkelompok berupaya memodel lengkung splin-B dengan baik berbanding algoritma gelintaran graviti dan gelintaran harmoni. Hasil kajian juga mendapati semakin bertambah bucu poligon kawalan maka semakin kecil nilai ralat. Oleh itu lengkung splin-B dapat dijana dengan tepat dengan nilat ralat yang kecil

    Impact of Coupled Resonator Geometry on Silicon-on Insulator Wavelength Filter Characteristics

    Get PDF
    We have analyzed and discussed the issues arising in the design of Silicon - on - Insulator (SOI) wavelength filters with different types of device geometry. Microring and microdisk geometries have been chosen as the device configurations and in order to demonstrate the device performance and potential, Free Spectral Range (FSR), and Q-factor values are computed. Studies of the transmittance characteristics are carried out using Finite- Difference Time-Domain (FDTD) methods by RSOFT Software. Results show that the microring-based wavelength filter has a FSR of 1.4 THz and a Q-factor value of 486. On the other hand,the microdisk based filter has a broader FSR with slightly smaller Q-factor

    Factors Affecting FTSM Studentsā€™ Achievement in Statistics Course

    Get PDF
    AbstractIn learning a statistics course, students are forced to deal with complicated formula which makes them feel under a lot of pressure and find it difficult to understand certain concepts. Previous researches show that Faculty of Information Science and Technology (FTSM) studentsā€™ achievement is only average, nevertheless their attitude towards this course is generally positive. The question is, doesnā€™t the positive attitude contribute to the studentsā€™ achievement in the course? What are the other factors which really contribute towards the studentsā€™ achievement in the statistics course? Based on this inquiry, a research is carried out to investigate the factor(s) which may affect studentsā€™ achievement in the statistics course. This survey involves first-year students from the 2010/2011 session from the FTSM. The methodology of the survey is using questionnaires. Data collected is analysed using the SPSS software version 18.0. Analysis of research data is made using the chi-squared test. Findings of the research show that demographic factors such as gender and pre-university achievements do not affect the studentsā€™ achievement. Race, program of study as well as studentsā€™ entrance qualifications are among the factors which influenced their achievement. Although attitude in general does not influence achievement, affective and cognitive components however, do relate to studentsā€™ achievement

    Indeks kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Revolusi Perindustrian Keempat membawa cabaran baharu kepada institusi pengajian tinggi bagi menarik peluang untuk aktiviti penyelidikan berkualiti tinggi. Bagi memastikan institusi dapat menyokong secara tekal penyelidikan berimpak tinggi, prasarana bersesuaian disediakan sebagai pemangkin aktiviti penyelidikan cemerlang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan mengukur indeks kepuasan terhadap prasarana penyelidikan. Kajian dilaksanakan terhadap sampel 992 orang pelajar siswazah UKM melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Enam faktor prasarana penyelidikan telah dikenal pasti dan dianalisis, iaitu perpustakaan, perkhidmatan pelajar, kemudahan fizikal, kemudahan keselamatan, kemudahan awam, dan kafeteria. Hasil kajian menunjukkan lebih 60% daripada item dikaji berada dalam kategori tahap kepuasan yang tinggi. Bagi Indeks Kepuasan Pelajar, UKM memperlihatkan pencapaian cemerlang bagi faktor perpustakaan, pencapaian baik bagi empat faktor berkaitan penyediaan kemudahan dan pencapaian sederhana bagi faktor kafeteria. Pengukuran kualiti prasarana berasaskan persepsi pelajar adalah penting bagi membantu menambah baik sektor penyelidikan dan menjadi tanda aras perkhidmatan penyelidikan

    Faktor penentu kejayaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di Malaysia

    Get PDF
    Realiti sistem perundangan syariah yang semakin mencabar dalam persekitaran global masa kini memerlukan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan efisien dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Ilham untuk membangunkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (e-Jinayat) adalah hasil mekanisma yang tidak sistematik dan tidak seragam dalam sistem perundangan jenayah syariah di Malaysia. Pengguna sistem merupakan salah satu elemen utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah sistem. Tanpa pengguna, operasi sistem menjadi lumpuh dan kerajaan mengalami pembaziran kos, tenaga kerja dan masa yang diperuntukkan. Setelah hampir sedekad pelaksanaan e-Jinayat, penggunaan sistem masih kurang mendapat sambutan di peringkat negeri. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap faktor penggunaan sistem tersebut dan sekali gus mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan sistem e-Jinayat. Kajian ini menggunakan adaptasi model Teori Penerimaan dan Penggunaan Teknologi Bersatu (UTAUT) dengan penambahan satu faktor luaran yang merangkumi faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan dan sokongan vendor. Sejumlah 282 data kajian diperolehi hasil soal selidik terdiri daripada penguat kuasa agama dan pendakwa syarii yang merupakan pengguna e-Jinayat. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan responden terhadap e-Jinayat berada di paras sederhana. Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa jangkaan prestasi adalah faktor dominan yang mempengaruhi niat tingkah laku dan diikuti dengan pengaruh sosial dan jangkaan usaha. Hasil keputusan juga menunjukkan hubungan niat penggunaan dan sokongan vendor signifikan terhadap tingkah laku penggunaan manakala keadaan kemudahan sebaliknya. Hasil kajian boleh dijadikan garis panduan dalam mengukur tahap penggunaan sistem sekali gus membantu pembangunan sistem pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia
    corecore