Indeks kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Revolusi Perindustrian Keempat membawa cabaran baharu kepada institusi pengajian tinggi bagi menarik peluang untuk aktiviti penyelidikan berkualiti tinggi. Bagi memastikan institusi dapat menyokong secara tekal penyelidikan berimpak tinggi, prasarana bersesuaian disediakan sebagai pemangkin aktiviti penyelidikan cemerlang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan mengukur indeks kepuasan terhadap prasarana penyelidikan. Kajian dilaksanakan terhadap sampel 992 orang pelajar siswazah UKM melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Enam faktor prasarana penyelidikan telah dikenal pasti dan dianalisis, iaitu perpustakaan, perkhidmatan pelajar, kemudahan fizikal, kemudahan keselamatan, kemudahan awam, dan kafeteria. Hasil kajian menunjukkan lebih 60% daripada item dikaji berada dalam kategori tahap kepuasan yang tinggi. Bagi Indeks Kepuasan Pelajar, UKM memperlihatkan pencapaian cemerlang bagi faktor perpustakaan, pencapaian baik bagi empat faktor berkaitan penyediaan kemudahan dan pencapaian sederhana bagi faktor kafeteria. Pengukuran kualiti prasarana berasaskan persepsi pelajar adalah penting bagi membantu menambah baik sektor penyelidikan dan menjadi tanda aras perkhidmatan penyelidikan

    Similar works