1 research outputs found

    Tahap kesedaran keperluan pemilikan pelan perlindungan Takaful berbanding insurans konvensional : kajian terhadap pelajar semester 5, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Puncak Alam / Nurul Atikah Mohamad Isa

    Get PDF
    Kajian berkaitan tahap kesedaran terhadap keperluan memiliki perlindungan takaful berbanding insurans konvensional di kalangan pelajar semester 5 ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari) UiTM Kampus Puncak Alam. Kajian ini tertumpu hanya kepada pelajar semester 5 dan skop kajian dapat dibahagikan kepada dua kelompok responden iaitu program Muamalat dan program Pengurusan Halal. Keseluruhan pelajar yang berkaitan adalah seramai 80 orang (populasi). Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui edaran kajian soal selidik dalam kalangan pelajar semester 5. Keputusan yang diperolehi mendapati pelajar semester 5 bagi kedua-dua program mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap objektif kajian yang dijalankan akan tetapi terdapat perbezaan kefahaman bagi kedua-dua program tersebut berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Kesimpulannya, masih perlu banyak usaha yang diperlukan agar kefahaman dan pengetahuan terhadap takaful dan insurans konvensional lebih jelas terutama kepada masyarakat seluruhnya
    corecore